Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 1, 2025 @ 6:18pm

“Saya Masih Istiqamah Jaga Solat Hingga Hari Ini”- Angeline Tan Mahu Dalami Ilmu Agama

Pelakon dan juga penerima trofi Anugerah Saudara Baru (Muallaf) Cemerlang Pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul yang berlangsung pada 5 September lalu, Angeline Tan mengakui dia kini bersyukur apabila dikelilingi orang-orang baik.

Kata Angeline atau nama lengkapnya, Ardini Angeline Tan, 58, bersama orang-orang baik yang sentiasa mengajarnya ilmu agama membuka ruang dan peluang untuknya  lebih mendalami ilmu tersebut.

Jelasnya, antara perkara yang paling penting yang menjadi keutamaannya adala  sentiasa menjaga ibadah solat fardu lima waktu.

“Sebenarnya saya tdiak ada yang susah untuk tinggalkan. Dulu membentukkan saya, sekarang adalah the next stage.

“Kita tak boleh lain-lain tak bagus. Cuam sekarang saya banyak pergi mengaji dan mengajar dan mendalami agama. Dulu memang susah tapi sekarang saya  dah biasa menjaga solat.

“Alhamdulillah, sehingga ke hari ini saya tak pernah tinggal solat sebab tak mahu sia-siakan satu permulaan yang bagus.

“Saya dah tanamkan dalam hati andai sekali tinggalkan solat, akan ada yang kedua dan berikutnya,” katanya.

Angeline berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Hotlink: Geng Bijak Berbajet yang diadakan di Balai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur pada Selasa.

Berkongsi lanjut, Angeline mengakui dia kini apa yang dikongsikan pada majlis ilmu sebelum ini hanyalah sekadar pengalaman peribadinya memeluk agama Islam.

“Kalau orang dapat kebaikan daripada apa yang yang kongsikan, alhamdulillah. Itu semua atas izin Allah.

“Dan, apa yang saya kongsi itu hanyalah perkongsian peribadi,” jelasnya.

Terdahulu, Angeline Tan mendedikasikan Anugerah Maulidur Rasul yang diterimanya pada sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1447H/2025M, kepada suaminya yang juga pelakon dan pengarah, Sabri Yunus.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 22 Mar 2023
Hiburan Tue, 25 Jul 2023

Penaja Utama ABPBH35 Perjelas Hadiah Milik Bell Ngasri, Janji Beri Pakej Umrah Paling Istimewa

Katanya Bell akan dapat hadiah tambahan nanti ☺️ Wahh apa agaknya tu 👀

Trending Tue, 13 Mar 2018

Elon Musk – “Jajah Marikh Untuk Spesis Manusia”

Musk mengeluarkan kenyataan berikut semasa Festival SXSW selepas Donald Trump, Presiden Amerika Syarikat mengumumkan rancangan untuk bertemu pemimpin Korea Utara bagi membincangkan isu-isu berkenaan senjata nuklear.

Featured Mon, 13 Apr 2020
Trending Sat, 22 May 2021

Bapa Mentua Marsha Milan Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Bapa mentua kepada penyanyi, pelakon dan pengacara Marsha Milan Londoh, Datuk Seri Mohamed Ismail Mohamed Othman meninggal dunia pagi hari ini, selepas dimasukkan ke hospital akibat Covid-19. Menurut laporan Harian Metro, perkara itu disahkan pelantun […]

Hiburan Tue, 3 Jun 2025
Hiburan Wed, 1 Oct 2025

“Kalau Saya Tiada, Dialah Pengganti” – Zizi Kirana Titip Pesanan Penuh Emosi Buat Adik

Zizi Kirana menitipkan pesanan penuh sebak buat adiknya, Nurul Nazielah

Eat Travel Wed, 1 Apr 2020

Resipi mudah terung panggang ala piza

Terung pun sedap jika tahu cara memasak

Featured Sun, 28 Aug 2022
error: Content is protected !!