Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 9, 2025 @ 8:11pm

Naki Terbang ke Indonesia Untuk Kolaborasi Istimewa Bersama Mitty Zasia Dalam ‘Lepas Pegangan’

Selepas kejayaan lagu Masa bersama Fahimi, penyanyi dan penulis lagu yang sedang mencipta nama, Naki, terus mengorak langkah ke peringkat serantau.

Kali ini, Naki bekerjasama dengan penyanyi dan penulis lagu Indonesia, Mitty Zasia yang pernah mencuri perhatian peminat Malaysia melalui lagu popularnya Yang Lain Boleh Hilang Asal Kau Jangan.

Kolaborasi mereka menerusi single baharu berjudul Lepas Pegangan menjadi simbol penyatuan dua budaya muzik dari Malaysia dan Indonesia.

Lagu ini dihasilkan sepenuhnya oleh Mitty dan Naki, menggabungkan dua gaya penulisan yang berbeza tetapi saling melengkapi antara satu sama lain.

Mengangkat tema melepaskan, menerima dan berdamai dengan kenyataan, Lepas Pegangan bukan sekadar lagu tentang perpisahan.

Ia membawa makna yang lebih mendalam sebagai ruang refleksi untuk setiap pendengar menafsir pengalaman peribadi mereka sendiri.

“Bagi saya, lagu ini sangat peribadi dan penuh makna. Sebelum kami mula menulis, saya dan Mitty banyak berbicara tentang kisah serta pengalaman hidup masing-masing.

“Dari situ kami sedar bahawa lagu ini tidak hanya tentang satu hal, tetapi boleh ditafsir dengan pelbagai cara, supaya setiap orang yang mendengar dapat rasa dekat dengannya,” kata Naki.

Kolaborasi ini tercetus secara tidak dirancang ketika Naki berada di Yogyakarta untuk menghadiri satu kem penulisan lagu. Dalam kunjungan ringkas ke studio Mitty, pertemuan tersebut akhirnya mencetuskan idea untuk menghasilkan Lepas Pegangan.

Proses rakaman dijalankan sepenuhnya di Yogyakarta dan meninggalkan kenangan manis buat Naki.

“Sebaik saja saya tiba di lapangan terbang, saya terus ke studio dengan bagasi besar dan mula merakam hingga larut malam. Ia pengalaman yang menyeronokkan kerana Mitty dan pasukannya menyambut saya dengan sangat mesra, seperti keluarga sendiri.

“Untuk visualizer pula, saya dan Mitty merakam bahagian masing-masing menggunakan kamera sendiri. Masa itu baru saya sempat berjalan-jalan di sekitar Yogyakarta sambil bekerja, sebab sebelum tu jadual saya padat dengan menulis dan merakam,” katanya.

Mitty turut menyifatkan kerjasama ini sebagai sesuatu yang istimewa kerana mempertemukan dua dunia muzik yang berbeza tetapi sejiwa.

“Tidak lama sebelum saya bertemu Naki, saya baru menulis Lepas Pegangan. Dari awal saya sudah rasa lagu ini perlukan duet. Jadi bila berjumpa Naki, saya terus tawarkan lagu ini kepadanya.

“Naki dan pasukannya setuju, dan semuanya berjalan sangat pantas, hari pertama kami buat bengkel lagu, hari kedua rakam suara panduan dan dua minggu kemudian, lagu pun siap,” cerita Mitty.

Bercerita tentang kerjasama mereka, Mitty menambah bekerja dengan Naki dan pasukannya sangat menyenangkan dan dia menyifatkan suasananya santai tapi tetap fokus dan produktif

Melalui Lepas Pegangan, Naki berharap lagu ini dapat membuka lebih banyak ruang kolaborasi antara pemuzik Malaysia dan Indonesia serta mempererat hubungan antara peminat dua negara.

Single Lepas Pegangan kini boleh didengarkan di semua platform penstriman digital, manakala Official Visualizer boleh ditonton di saluran YouTube rasmi Naki.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 22 Feb 2022

Farahdhiya Pilih Rapper Korea Selatan

Penyanyi Farahdhiya atau nama sebenarnya Farahdhiya Mohd Amin, 38, mengambil keputusan untuk tampil dengan sesuatu yang berbeza apabila muncul dengan single terbaru berjudul Tewas. Lagu Tewas yang bergenre Electronic Dance Music (EDM) menggunakan tiga bahasa […]

Hiburan Fri, 15 Feb 2019

Sweetnya Ucapan Ulang Tahun Hafiz Buat Ibu…

Kasih ibu membawa ke syurga…selamat hari jadi Puan Liza!

Featured Fri, 26 Apr 2024
Featured Thu, 27 Oct 2022
Hiburan Wed, 12 Jul 2023
Trending Tue, 12 Mar 2024
Trending Sun, 28 Mar 2021

Dijalankan Penuh Meriah Semalam, Hari Sukan Maya Pertama Malaysia Bersambung Hari Ini!

Buat kali pertama diadakan di Malaysia, hari sukan maya pertama Malaysia, Pesta Game yang dikuasakan oleh Samsung Galaxy A52 | A72 menyaksikan para pencipta kandungan YouTube bertanding untuk meraih kemenangan bagi rumah sukan masing-masing. Kemeriahan […]

Hiburan Wed, 6 Jun 2018

Berdepan Kontroversi Yang Hampir Sama, Ini Pesan Shukri Yahaya Kepada Syafiq Kyle

Shukri Yahaya juga mengakui bahawa agak lama baginya untuk memadam dan membersihkan namanya ketika terpalit dengan isu kontroversi tersebut

error: Content is protected !!