Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 11, 2025 @ 1:13pm

Selepas Pulang Dari Misi Gaza, Zizi Kirana Luah Hasrat Ke Makkah & Madinah – “Rasa Nak Duduk Tenang-Tenang Di Sana”

Selepas melalui detik getir dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza baru-baru ini, penyanyi Zizi Kirana meluahkan hasrat untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah dan Madinah bagi mencari ketenangan rohani.

Menerusi satu hantaran di Threads, Zizi berkongsi secara spontan luahan hatinya itu selepas pulang daripada misi tersebut.

“Sekarang rasa dia seperti mahu pergi Makkah dan Madinah. Duduk tenang-tenang di sana,” katanya.

Sebelum ini, Zizi menjadi tumpuan ramai apabila dia menyertai misi kemanusiaan GSF bagi menghantar bantuan ke wilayah Gaza.

Namun, kapal yang dinaiki kesemua aktivis GSF telah dipintas dan ditahan tentera Isr**l di Perairan Antarabangsa, minggu lalu.

Difahamkan, Zizi bersama 22 aktivis lain turut ditahan di penjara pihak penceroboh selama beberapa hari sebelumdibebaskan dan dibawa ke Istanbul, Turkiye, untuk mendapatkan rawatan dan rehat sebelum pulang ke Malaysia.

Tidak habis disitu, pelantun lagu ‘Eh’ ini juga pernah meluahkan hasrat hatinya untuk duduk dan berlama-lama di depan Kaabah.

ARTIKEL BERKAITAN:“Inilah Makhluk Paling Zalim Atas Muka Bumi” – Baju Digunting, Tudung Direntap… Zizi Kirana Dedah Momen Ditahan Pihak Isr**l

ARTIKEL BERKAITAN:“Pembuli Tak Pernah Hebat, Mereka Adalah ‘Loser’ Sebab…” – Zizi Kirana

ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Sebak Lihat Zizi Kirana, Farah Lee Usap Kepala Ardell Aryana – “Sahabat Berjuang Bersama”

ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Sebak Lihat Zizi Kirana, Farah Lee Usap Kepala Ardell Aryana – “Sahabat Berjuang Bersama”

ARTIKEL BERKAITAN:Selepas 3 Hari Ditahan, Peminat Lega Lihat Perkongsian Zizi Kirana Di Instagram Stories

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 14 Jun 2023
Trending Thu, 6 May 2021
Hiburan Sun, 2 Feb 2025
Hiburan Fri, 27 Sep 2019

Abby Abadi Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Pramatang

Alhamdullillah..semuanya selamat.

Events Tue, 24 Jul 2018

Everything that Went Down During the 13th Genting World Lion Dance Championship

Lion dance is a sport worth more appreciation than it gets.

Hiburan Thu, 18 Jul 2019

‘Tak Pernah Saya ‘Menganggur’ Sejak Berlakon’- Fadlan Hazim

Mungkin ada sesetengah pelakon hanya mengambil watak utama, tetapi saya tidak terlalu memilih.

Hiburan Tue, 11 Jul 2023
Hiburan Fri, 28 Jun 2024
Trending Sat, 20 Apr 2019

‘Ustaz’ Dikecam Selepas Ceraikan Isteri, Nikahi Janda Anak Satu

Semoga Puan Aini dikurniakan kekuatan menempuh dugaan hebat ini…

error: Content is protected !!