Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 16, 2025 @ 11:42am

Nora Danish Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Mickey Ayo

Pelakon dan usahawan jelita, Nora Danish kembali mencuri perhatian ramai selepas memuat naik satu video istimewa sempena ulang tahun kelahiran jejaka yang sering dikaitkan dengannya, Mickey Ayo.

Menerusi perkongsian tersebut, Nora dilihat tampil dengan kapsyen ringkas namun penuh makna, seolah-olah menzahirkan ucapan istimewa buat individu berkenaan.

“Happy 35th birthday, Yoyo,” tulisnya ringkas pada kapsyen video berkenaan.

Selain itu, Nora juga berkongsi sepotong video pendek memperlihatkan momen manis mereka berdua berserta muzik latar nyanyian Alex Warren berjudul, Ordinary.

Namun, sebelum perkongsian tersebut, Nora turut memuat naik tangkap layar berupa kalendar yang menunjukkan tarikh, 15 Oktober disertakan dengan emoji berbentuk hati dan angka satu.

Terdahulu, hubungan keduanya menyorot perhatian ramai selepas aktres itu memuat naik beberapa foto yang telah ditangkapnya sepanjang bulan Ogos.

Namun, perkongsian tersebut kemudiannya mencetuskan spekulasi apabila terdapat satu gambar yang menampakkan sebahagian wajah seorang lelaki yang berkopiah dengan kapsyen ringkas.

‘A new chapter’,” kongsinya.

Sekadar info, Nora mendirikan rumah tangga dengan Nedim pada 30 Mac 2017 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl yang kini berusia tujuh tahun.

Walau bagaimanapun, jodoh antara mereka tidak berpanjangan apabila disahkan bercerai pada pada 19 Jun 2024.

Untuk rekod, Nora juga pernah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 16, sebelum bercerai pada 2008.

ARTIKEL BERKAITAN:Duda Anak Dua Didakwa Kekasih Baru Nora Danish?

ARTIKEL BERKAITAN:“Siapa Beli Tag Okay, Nak Tengok” – Gara-Gara Penangan Nora Danish, Kopiah Putih Sold Out!

ARTIKEL BERKAITAN:Spekulasi Hubungan Nora Danish, Mickey Ayo Semakin Panas! Kad Kahwin ‘M & N’ Bertarikh 080925 Cetus Persoalan

ARTIKEL BERKAITAN:Foto Bermain Pickleball Tular, Mickey Ayo Lebih Terbuka Kongsi Foto Berdua Dengan Nora Danish

ARTIKEL BERKAITAN:Nora Danish Tepis Dakwaan Bakal Berkahwin Esok – “Foto & Video Tular Hanya Marketing, Tak Ada Kena Mengena Dengan Saya”

ARTIKEL BERKAITAN:Nora Danish Bagi Jam, Mickey Ayo Balas Hadiah Beri Kasut ‘Matching’… Netizen Usik Persis Pasangan Bercinta

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 20 Mar 2018

Tak Sengaja Sebar Gambar, Jurusolek Minta Maaf

Saya tidak tahu menahu mengenai kenyataan suami Siti yang mana mereka bakal berkongsi wajah anak selepas tujuh hari kelahiran.

Hiburan Fri, 5 Apr 2019

Peminat Nak Bunuh Diri, Ini Reaksi Faizal Tahir!

Faizal memberitahu bahawa ramai peminat menghubunginya apabila beliau memuat naik satu video di Instagram story dan meletakkan nombor telefonnya 2 bulan yang lepas supaya peminat boleh menghubunginya secara peribadi.

Events Wed, 20 Feb 2019

Here’s the Final Match-Up for IEM Katowice CS:GO Major New Legends!

You’ll be surprised at who some are going against.

Trending Fri, 29 Jan 2021

Hafiz Hamidun Bakal Tampil Dengan Konsert ‘Virtual’ Marhaba

Tak sabar rasanya nak dengar album Marhaba

Featured Tue, 10 Feb 2026

“Saya Masuk Industri Tanpa Duit, Tanpa Nama” – Mimi Lana Dedah Bukan Orang Senang, Nabila Huda Pernah Pinjamkan ‘Winter Clothes’

Pelakon popular, Mimi Lana berkongsi pandangannya mengenai industri seni tanah air yang menurutnya sering dilabel ‘kotor’.

Hiburan Sat, 14 Jul 2018
Featured Tue, 10 Mar 2026

“Saya Paling Pantang Bila Orang Salahkan Takdir” – Sarimah Ibrahim 

Pelakon dan penyanyi, Che Puan Sarimah Ibrahim tampil berkongsi pandangan peribadinya mengenai sikap segelintir individu yang gemar menyalahkan takdir ketika berdepan situasi tertentu.

error: Content is protected !!