Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 16, 2025 @ 1:37pm

“Jika Disabitkan Maka Jatuh Talak Dua” – Peguam Sahkan Nubhan Pernah Lafaz Cerai Dua Kali 

Penyanyi dan usahawan, Nubhan didakwa pernah melafazkan cerai terhadap isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek iaitu pada tahun 2017 dan Ogos lalu.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam yang mewakili isterinya, Datuk Akberdin Abdul Kader ketika ditemui sebelum prosiding kes bermula.

“Dia pernah melafazkan cerai sekali iaitu pada 2017, tetapi merujuk semula dalam tempoh yang singkat.

“Namun, perkara itu tidak pernah didaftarkan, termasuklah rujuk berkenaan,” katanya kepada pemberita.

Bagaimanapun Akberdin memaklumkan, punca lafaz talak itu sudah tidak lagi relevan kerana dilafazkan di luar mahkamah.

“Bila lafaz dibuat di luar mahkamah, punca sudah tidak relevan lagi.

“Cuma, mahkamah akan meneliti lafaz cerai itu dibuat dengan niat, dalam keadaan waras, dan tanpa paksaan.

“Namun, jika disabitkan oleh mahkamah, jadi jatuhlah talak dua,” jelasnya.

Selain itu, Akberdin juag mengesahkan bahawa Nubhan pernah menghantar surat menawarkan perceraian kepada anak guamnya.

Pada Khamis, Nubhan dan Afifah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Sepang bersama peguam masing-masing.

Sebelum ini, tular berita mengenai perceraian Nubhan dan Afifah yang didakwa melafazkan talak di dalam kereta pada Ogos lalu.

Untuk rekod, Nubhan dan Afifah Hidayah yang juga doktor gigi, mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 selepas hampir setahun bertunang.

Perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8; Ahmad Aaffan, 6; dan Afzan Nayille, 3 tahun.

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 23 Feb 2023

Tular Foto Merisik, Zara Zya Pilih Kunci Mulut – “Belum Waktunya Lagi”

Betul ke netizen kata Datuk Alha Alfa yang merisik tu? 🤔

Hiburan Tue, 11 Feb 2025

Teruja Kembali ke Malaysia, Culture Wars Suka Makan Rendang

Kumpulan muzik Culture Wars teruja kembali ke Malaysia.

Events Fri, 20 Dec 2024
Featured Wed, 16 Jun 2021

Bacaan Yasin Serentak Di TV3 Pecah Rekod, Raih 1.3 Juta Penonton

Siaran program bual bicara, Tanyalah Ustaz yang disiarkan pada 1 Jun lalu di TV3 berjaya meraih 1.3 juta penonton, siaran itu membawakan bacaan Yasin serentak bagi mendoakan kesejahteraan rakyat berdepan penularan pandemik COVID-19. Segmen yang […]

Hiburan Mon, 12 Jun 2023
Hiburan Tue, 5 Jun 2018

Rosmah Mansor Hadir Di SPRM Pagi Ini

Beliau tiba dengan menaiki kereta Mercedes Benz berwarna perak dengan nombor pendaftaran WQF11 bersama dengan anak perempuannya, Nooryana Najwa dan menantu Daniyar Kessikbayev.

Trending Wed, 3 Feb 2021

Gementar Tamat Zaman Solo, Intan Ladyana Sempat Turun Padang Jumpa…

Selepas setahun menjalin hubungan mesra, pelakon Intan Ladyana mengakui berdebar untuk menamatkan zaman solo dengan kekasihnya, pelakon Harris Alif pada hujung minggu ini. Difahamkan, majlis pernikahan Intan yang bakal berlangsung di pejabat Jabatan Agama Islam […]

Hiburan Sun, 19 Nov 2023
error: Content is protected !!