Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Hiburan By: Padin October 19, 2025 @ 4:43pm

Sayang Uqasha Senrose & Anak Melebihi Segalanya, Kamal Adli Mohon Warganet Henti Provokasi

Pelakon popular Kamal Adli tampil menjelaskan beberapa salah faham yang tular di media sosial membabitkan dirinya dan isteri, aktres Uqasha Senrose serta keluarga mereka.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Kamal menegaskan kenyataan segelintir netizen mengenai dirinya tidak mempunyai masa untuk anak, Hawra Uqaira atau tidak menerima tawaran kerja sejak kebelakangan ini adalah tidak benar.

“Saya terpanggil untuk membetulkan beberapa kenyataan daripada netizen yang saya sayang kerana ia melibatkan maruah saya, isteri dan keluarga kami,” tulis Kamal.

Kamal menolak dakwaan kononnya dia terlalu sibuk hingga mengabaikan anak mereka, Hawra.

Menurutnya, dia sentiasa meluangkan masa bersama keluarga dan sering membawa anaknya bercuti.

“Saya seorang ayah, dan saya sangat sayangkan anak saya. Mustahil saya tidak fikir tentang Hawra,” katanya.

Mengulas dakwaan kononnya dia tidak mempunyai tawaran kerja selama tiga bulan, Kamal menjelaskan dia sengaja mengambil masa untuk berehat selepas jadual kerja yang padat, bagi memberi tumpuan kepada keluarga.

“Salah itu, saya memang tidak ambil sebarang kerja selama dua bulan untuk berehat dan fokus kepada isteri serta anak. Tak baik kata saya tiada kerja. Alhamdulillah, rezeki saya masih ada dan mencukupi untuk keluarga kecil kami,” jelasnya.

Dalam masa sama, Kamal mengakui jarang berkongsi hal peribadi di media sosial kerana masih terkesan dengan insiden serangan yang berlaku di Singapura sebelum ini.

“Kalau biasa ke platform saya, memang saya jarang kongsi hal peribadi. Kebanyakan yang saya muat naik lebih kepada kerja. Ini mungkin disebabkan trauma insiden dulu. Harap semua faham, saya ada saja di sini,” tambahnya.

Pelakon drama bersiri Bio-Nik itu turut menasihati netizen agar tidak meninggalkan komen negatif terhadap isterinya dan menghormati ruang peribadi mereka sebagai suami isteri.

“Janganlah provoke isteri saya atau tinggalkan komen negatif. Isteri saya juga manusia, kadang penat, kadang stres. Doakan yang baik-baik untuk kami. Demi Allah, saya sayangkan isteri dan anak saya sangat-sangat,” katanya menutup kenyataan.

Kamal turut menyelitkan tanda pagar #ilovemywife di penghujung hantaran tersebut sebagai simbol kasih terhadap isteri dan keluarga.

Sebelum ini, rumah tangga Kamal dan Uqasha kembali menjadi sorotan warganet selepas kedua-duanya dikatakan tidak lagi saling mengikuti di media sosial.

Spekulasi mengenai hubungan mereka semakin hangat diperkatakan apabila Uqasha muncul dalam siaran langsung dan berkongsi rasa penat menguruskan kerja serta anak kecil mereka.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang, dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira pada April tahun lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 1 May 2018

Adik Kahwin Dulu? Tasha Okay Saja!

“Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana saya percaya, sampai masa saya juga akan meninggalkan zaman solo dan memulakan hidup berumah tangga,” katanya.

Hiburan Thu, 3 Apr 2025

[VIDEO] AG Azmeer Bantu Pemuda Terkandas Di R&R Buat Ramai Sebak

AG Azmeer bantu pemuda terkandas di R&R motosikal rosak

Hiburan Mon, 15 Aug 2022
Hiburan Fri, 10 Jan 2020

Peminat Lagu Bollywood, Nantikan Konsert Terunggul Shreya Ghoshal Di Malaysia 2020

Peminat filem dan lagu Bollywood tidak seharusnya melepaskan peluang ini!

Hiburan Wed, 8 Aug 2018

韩男偶像飙五月天歌「网友听到起鸡皮」

韩国男子组合VIXX主唱KEN,日前透过微博PO出一支影片,他一人飙唱天团五月天的《后来的我们》,到中间高潮处连飙4段高音,让网友听了鸡皮疙瘩狂掉。

Featured Fri, 12 Dec 2025

Dr Fie Gelar Nubhan Gila, Pembantu Rumah Bertindak C*um Bibir Anak Lelaki – “Macam Dia Terpaling Sayang Anak Kita”

Ketegangan antara Dr. Afifah atau lebih mesra dipanggil Dr. Fie dan bekas suaminya yang juga penyanyi Nubhan, kembali menyorot perhatian selepas wanita itu berkongsi hantaran di platform Threads miliknya. Kata Dr. Fie, Nubhan hadir membuat […]

error: Content is protected !!