Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 14, 2025 @ 5:54pm

10 Tahun Bangunkan Syarikat Produksi, Tak Lupa Bantu Orang Lain… Jaja Ishak Terima Anugerah Khas Usahawan Wakaf MARA Madani

Penerbit Jaja Ishak bersyukur kerja keras membangunkan Jaja Ishak Channel (JIC) akhirnya membuahkan hasil apabila syarikat produksinya diumumkan sebagai penerima Anugerah Khas Usahawan Wakaf MARA Madani Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2024-2025.

Pengiktirafan itu disampaikan pada Majlis Anugerah Usahawan Majlis Amanah Rakyat (MARA) atau AURA peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, pada Rabu.

Menurut Jaja, kemenangan tersebut amat bermakna kerana kategori yang diterimanya merupakan anugerah baharu yang diperkenalkan oleh MARA bagi menghargai usahawan yang menyalurkan kembali manfaat kepada masyarakat.

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan penghargaan yang diberikan. Sejujurnya, saya sangat gembira dan terharu apabila JIC dipilih sebagai penerima.

“Selama 10 tahun, perjalanan membina syarikat ini bukan mudah, malah penuh dengan cabaran dan pengorbanan,” katanya.

Mengenang kembali memori zaman kanak-kanak dan remajanya, Jaja berkongsi kehidupannya yang bermula sederhana dan dibesarkan oleh kedua-dua ibu bapa bekerja sebagai peneroka kelapa sawit.

“Saya anak peneroka. Saya tak malu nak mengaku saya merupakan anak peneroka dan hidup kami sekeluarga sederhana sahaja. Melihat ibu dan bapa saya mencari rezeki, dari situ saya belajar erti usaha dan kesungguhan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jaja Ishak (@jajaishak)

“Saya masih ingat waktu hendak sambung belajar, kami sekeluarga turun ke ladang kutip buah sawit yang gugur dan angkat pelepah untuk dijual. Dari situ saya faham nilai kerja keras,” ujarnya.

Katanya lagi, didikan ibu bapa membuatkan dia sentiasa mengamalkan sikap suka memberi dan membantu orang lain, walaupun dalam keadaan sederhana.

“Ibu dan bapa saya selalu pesan, kalau ada rezeki lebih, walau sedikit pun, kongsilah dengan orang lain. Apa yang penting hati kena ikhlas dan terus istiqamah dalam memberi,” katanya.

Mengulas mengenai perjalanan sebagai usahawan dalam bidang penerbitan, Jaja tidak menafikan dunia perniagaan bukan satu laluan yang mudah.

“Kalau diberi pilihan, mungkin saya pilih makan gaji sebab saya pernah melalui waktu yang sangat sukar. Pernah sampai tak ada duit langsung dan dikejar oleh pihak bank serta pelabur kerana tidak tahu bagaimana nak urus naik turun dalam industri kreatif. Tapi syukur, MARA banyak membantu saya bangkit semula,” katanya.

Menurut Jaja, bantuan dan sokongan daripada MARA serta rakan-rakan dalam industri menjadi titik tolak untuk terus kuat dan berkembang semula dalam perniagaan.

“Waktu susah itulah kita belajar, masih ramai yang sudi bantu dan buka ruang untuk kita bangkit,” tambahnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jaja Ishak (@jajaishak)

JIC merupakan antara 24 usahawan dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor yang menerima pengiktirafan pada majlis tersebut.

Sebanyak 12 kategori dipertandingkan termasuk Anugerah Tokoh Usahawan MARA, Anugerah Khas Usahawan Wakaf MARA, Anugerah Jenama Terbaik, Anugerah Usahawan Aspirasi Wanita dan Anugerah Program Khas Usahawan.

Majlis penyampaian anugerah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Rubiah Wang. Turut hadir menerima anugerah bagi pihak JIC ialah Pengurus syarikat, Didi Zakil.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 12 Jun 2026

Bukan Sekadar Filem Seram, Khadam Buat Yasmin Hani & Sazzy Falak Emosi – “Sakit Ditonton Sebagai Ibu”

Tambah Yasmin dan Sazzy, kekuatan Khadam terletak pada jalan ceritanya yang membuatkan penonton berfikir perkara paling menakutkan bukanlah saka atau makhluk halus itu sendiri.

Featured Sun, 21 Aug 2022

Azizulhasni Titip Ucapan Penghargaan Buat Doktor Yang Selamatkan Nyawanya

Alhamdulillah, Datuk Azizulhasni Awang makin pulih

Hiburan Fri, 10 Nov 2023
Featured Thu, 19 Jun 2025

“Saya Tak Tahu, Isteri Okay Sahaja Dengan Saya” – Fikry Ibrahim

Fikry Ibrahim akhirnya tampil memberikan penjelasan mengenai isu tuntutan cerai isterinya.

Hiburan Sat, 27 Dec 2025

Akui Cemburu Ramai Kawan Dah Kahwin, Leona Harap Tahun 2026 Bertemu Jodoh

Kasih Iris Leona bersedia nak kahwin, cemburu ramai kawan sudah bergelar isteri

Hiburan Thu, 26 Mar 2026
Hiburan Thu, 29 Feb 2024
error: Content is protected !!