Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 19, 2025 @ 12:06pm

Terbabit 3 Kes D*dah, Aditya Zoni Titip Sokongan Buat Ammar Zoni – “Salah Tetap Salah Tapi…”

Pelakon Indonesia, Aditya Zoni tampil memberi sokongan penuh kepada abangnya, Ammar Zoni, yang kini dipenjara selepas terbabit dalam tiga kes berkaitan dadah.

Kata Aditya atau nama lengkapnya Muhammad Aditya Warman, 25, dia mendoakan agar Ammar berada dalam keadaan baik memandangkan dia  tidak mengetahui tempoh penahanan abangnya itu.

Bagaimanapun, dia dan keluarga sentiasa memberikan sokongan terhadap Ammar.

“Doakan ada berita baik buatnya. Saya pun sudah lama tidak bertemu dengannya. Kali terakhir sekitar dua bulan lalu, sebelum dia dipindahkan ke penjara berbeza.

“Seperti yang saya katakan kepada media di Indonesia, apabila seseorang terbabit dalam penggunaan bahan terlarang, di mana-mana negara sekalipun, rehabilitasi tetap perlu ditempuh. Kesalahan perlu dihukum dan mereka juga perlu diubat

“Kami selalu menyokong Ammar dan walau apa pun terjadi, saudara harus saling menyokong saudara sendiri.

“Salah tetap salah tapi perkara itu juga harus diubati,” katanya.

Aditya berkata demikian usai ditemui pada malam tayangan Filem Menjelang Maghrib 2 : Wanita Yang Dirantai di TGV One Utama baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Aditya menjelaskan, konflik yang menimpa Ammar sedikit pun tidak mengganggu karier lakonannya.

“Apapun yang berlaku, kami tetap adik beradik dan kami akan tetap menyokong antara satu sama lain.

“Lagipun, banyak perkara sudah berlaku dalam keluarga kami. Doakan ada berita baik untuknya.

“Kali terakhir jumpa dua bulan lalu, sudah kurus mukanya tapi alhamdulilah dia baik-baik sahaja,” jelasnya.

Media Indonesia sebelum ini melaporkan Ammar sudah tiga kali didapati terbabit dengan kes penyalahgunaan dadah.

Terbaharu, dia dilaporkan kembali berurusan dengan bahan terlarang dan ditahan kerana disyaki terbabit aktiviti menjual dadah ketika masih berada dalam tahanan.

Berkongsi perkembangan terkininya pula, Aditya mengakui teruja dapat bersama-sama penonton Malaysia menyaksikan Filem Menjelang Maghrib 2: Wanita Yang Dirantai.

“Sambutan di Indonesia sangat baik, jadi saya berharap ia mendapat penerimaan sama di Malaysia kerana masyarakat di sini juga gemar menonton filem seram.

“Tetapi apa yang kami tawarkan bukan sekadar seram klasik, sebaliknya ada elemen budaya dan nilai moral,” ujarnya.

Sekadar info, Menjelang Magrib 2: Wanita Yang Dirantai mengangkat kisah amalan pasung, iaitu kepercayaan turun-temurun sebagai kaedah rawatan gangguan mental.

Selain Aditya, filem itu turut dibintangi Ajeng Fauziah, Muthia Datau, Aisha Kastolan dan Aurelia Lourdes, dan bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 20 November 2025.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 30 Jul 2018

Syafiq Kyle Kembali Bangkit Selepas Kontroversi Video Viral

Dihimpit kontroversi yang menjadi bualan ramai, Syafiq Kyle tidak cepat melatah dalam menyelesaikan isu yang timbul..

Featured Fri, 10 Sep 2021
Hiburan Tue, 23 Oct 2018

演了大鸟50年! 85岁的他宣布从《芝麻街》退休

《芝麻街》为相当知名的儿童教育电视节目,尤其当中许多布偶深受大小朋友喜爱,现在扮演「大鸟」长达50年的资深演员Caroll Spinney 宣布退休,节目于官方推特感谢他的付出,为小朋友带来许多欢笑和美好回忆。

Hiburan Tue, 28 Jan 2025

Isu Rumah Tangga, Tekanan Vokal Terbaik… Hafiz Suip Akui Konsentrasi Terganggu Menjelang AJL39

Hafiz Suip akui konsentrasi terganggu terpalit isu rumah tangga

Featured Tue, 8 Jan 2019
Trending Fri, 10 Jun 2022

“Jangan Nak Keruhkan Hubungan Orang Lain!” – Azri Iskandar Selar Kenyataan F, Mahu Cepat Nikah Dengan Azra

Azri mahu percepatkan pernikahan dengan Azra, diganggu wanita dikenali sebagai F.

Featured Wed, 9 May 2018

Anda Tak Perlu Gigih Nak Bersihkan, Sekali Celup Boleh Tahan 20 Hari Dakwat PRU14

Jangan gigih sangat nak hilangkan dakwat di jari itu lepas mengundi, sebab ia akan tahan selama 20 hari!

error: Content is protected !!