Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 28, 2025 @ 12:27pm

Buka Baju Atas Pentas Bukan Isu, Nidji Masih Tahu Hormat Peminat Di Malaysia

Vokalis kumpulan popular Indonesia, Nidji, iaitu Ubay menegaskan tindakan membuka baju ketika membuat persembahan bukan dilakukan sewenang-wenangnya sebaliknya bergantung kepada situasi dan lokasi.

Katanya ketika ditemui XTRA, dia tidak akan melakukan hal yang sama di Malaysia dek kerana masih tahu peraturan dan menghormati peminat di lokasi persembahan mereka.

“Kadang-kadang buka baju ketika membuat persembahan di Indonesia itu bukan suka-suka tetapi sebab cuacanya yang kadang-kadang terlalu panas.

“Dan, untuk di Malaysia.. kami masih tahu menghargai, menghormati setiap peraturan di lokasi tempat kami membuat persembahan,” katanya.

Ubai atau nama lengkapnya,  Muhammad Yusuf Nur Ubay berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Konsert Nidji X Bunkface yang berlangsung di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai hantaran foto tidak berbaju sekali gus menunjukkan badannya yang sasa, Ubay bagaimanapun menjelaskan, itu adalah kerana dia sentiasa melakukan aktiviti senaman bagi menjaga staminanya.

“Alhamdulillah, bersenam itu penting.

“Lagipun jadual kerja saya bersama-sama kumpulan Nidji juga padat. Jadi saya melakukan senaman dan menjaga kesihatan.

“Malah, lagu-lagu yang dibawakan Nidji juga selalunya yang rancak, jadi perlu tenaga yang maksimum.

“Kerja sambil bergembira, jadi harus jaga badan,” jelasnya.

Sekadar info, Nidji dan Bukface bakal berkolaborasi menggegarkan pentas Megastar Arena, Kuala Lumpur pada 21 Disember depan sempena Nusa Fest 2025.

ARTIKEL BERKAITAN:Nidji X Bunkface Bergabung Gegarkan Nusa Fest 2025

ARTIKEL BERKAITAN:Kolaborasi Paling Gempak Hujung Tahun Ini, Nidji & Bunkface Bersatu Di Pentas Nusa Fest!

ARTIKEL BERKAITAN:Nidji Bawa Sentuhan Magis ‘Teman Sejati’ Dalam Filem Ejen Ali The Movie 2

ARTIKEL BERKAITAN:Ejen Ali The Movie 2 Bangkit Semangat Penonton, Tampil 3 Runut Bunyi Hasil Kolaborasi Epik M.Nasir, Nidji & Hael Husaini

ARTIKEL BERKAITAN:Ejen Ali The Movie 2 Bangkit Semangat Penonton, Tampil 3 Runut Bunyi Hasil Kolaborasi Epik M.Nasir, Nidji & Hael Husaini

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 30 Aug 2022

“Saya Pergi Dapatkan Rawatan” – Zizan Razak Pernah Alami Anxiety

Kesiannya dengan Zizan, apa-apa pun kena utamakan kesihatan dulu ya.

Hiburan Thu, 8 Mar 2018

f(x)’s Amber Liu: “I’ll Be Nice When I Can But…”

Seems like f(x)’s Amber has got something to say to the haters.

Hiburan Thu, 17 Oct 2024

Adira Suhaimi Tepis Dakwaan Tinggal Sebumbung Dengan Datuk Red

Aiyo takkanlah Adira nak buat macam tu…

Trending Thu, 5 Oct 2023
Hiburan Wed, 8 Aug 2018

韩男偶像飙五月天歌「网友听到起鸡皮」

韩国男子组合VIXX主唱KEN,日前透过微博PO出一支影片,他一人飙唱天团五月天的《后来的我们》,到中间高潮处连飙4段高音,让网友听了鸡皮疙瘩狂掉。

error: Content is protected !!