Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 9, 2025 @ 1:37pm

Zizie Izette Masih Berkabung, Akui Rindu Arwah Suami Tidak Pernah Surut

Pelakon, Datin Seri Zizie Izette terus berkongsi detik pilu yang dilaluinya selepas pemergian suami tersayang, Allahyarham Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin, pada Jumaat lalu.

Menerusi luahan jujur di Instagram Story (IGs), Zizie atau nama lengkapnya, Zizie Izette Abdul Samad, 47, berkata dia kini memilih untuk menghadapi rasa perit kehilangan itu tanpa perlu menahannya.

Menurut Zizie, setiap air mata dan kerinduan yang datang bukan sesuatu yang cuba disembunyikan, sebaliknya satu proses yang harus ditempuh.

“Untuk saat ini, saya masih dalam fasa berkabung. Saya benarkan diri saya untuk menangis. Saya benarkan diri untuk merinduinya.

“Saya biarkan diri merasai apa saja perasaan yang datang… kerana saya tahu ini perjalanan yang perlu saya lalui. Rindu itu tidak akan pernah hilang,” katanya.

Akui Zizie, apa yang harus ditempuhinya kini sangat mencabar, namun kekuatan anak-anak menjadi asbab untuk dia terus bertahan.

“Ia memang sukar, tetapi saya tahu saya perlu terus kuat demi anak-anak,” ujarnya.

Sebelum ini, tindakan Zizie memadam semua foto di Instagram beberapa hari selepas pemergian arwah suaminya menimbulkan tanda tanya dan menarik perhatian ramai.

Untuk rekod, Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah meninggal dunia di sebuah hospital swasta pada awal pagi Jumaat lalu.

Sebelum ini, tindakan Zizie memadam semua foto di Instagram beberapa hari selepas pemergian arwah suaminya menimbulkan tanda tanya dan menarik perhatian ramai.

Untuk rekod, Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah meninggal dunia di sebuah hospital swasta pada awal pagi Jumaat lalu.

Artikel Berkaitan: Zizie Ezette Sebak, Dedah Pesanan Terakhir Bung Moktar

Artikel Berkaitan: Bung Moktar Radin Meninggal Dunia, Zizie Ezette Kongsi Khabar Duka Di IGS

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 16 Dec 2022

Video Wanita Galak Berjoget Demi Air Percuma, Ini Reaksi Aliff Teega

Personaliti media sosial, Alif Teega memberi teguran kepada individu yang tular di media sosial akibat berjoget demi mendapatkan minuman percuma di Pesta Pulau Pinang. @alifteegamana pergi malu😭 ♬ Calm Humming – Nasheed Menerusi video yang […]

Hiburan Sun, 8 Sep 2024

“Mungkin Lelaki Melayu Takut Nak Dekati Saya” – Aya Amiruddin

Aya dah la cantik, package kelakar lagi tau

Hiburan Tue, 24 Dec 2019

Heroin Winter Sonata, Choi Ji Woo Bakal Timang Cahaya Mata Pertama!

Lama tak nampak kemunculan Ji Woo di kaca tv kan?

Hiburan Sat, 31 Aug 2019

Kena Sindir Di Instagram…Baby Shima Tak Takut!

Saya tak tahu sama ada itu ikhlas atau terpaksa…

Hiburan Mon, 2 Oct 2023

“Sebelum Kahwin, Dhabitah Sudah Ajak Bincang Isu Pakaian Renang..” – Jiggy

Nak buat macam mana kan.. Anyways, congrats Dhabitah!

Trending Wed, 24 Aug 2022

“Sangat Humble” – Biarpun Tangan Penuh Barang, Eyra Hazali Selamba Tolong Peminat Ambil Foto

Sikap merendah diri yang ditonjolkan oleh pelakon Eyra Hazali meraih perhatian netizen. Terbaharu, nama Eyra Hazali menjadi bualan selepas videonya menawarkan diri untuk menangkap gambar peminat biarpun tangannya penuh dengan barang tular di laman TikTok. […]

Hiburan Tue, 9 Dec 2025
Trending Tue, 29 Jan 2019

Tampar Tiga Kali! Pembantu Sajat Buat Hal

Wow! Seram nyer boleh tampar-tampar kat public

Hiburan Wed, 11 Mar 2020
Hiburan Tue, 23 Jul 2019
error: Content is protected !!