Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 16, 2025 @ 1:29pm

Rahsia Gelap, Cinta Diragut, Hidup Musnah! Elizad Tanggung Derita Dalam ‘Perempuan Tidak Ternikah’

Kehilangan cinta, penolakan keluarga dan rahsia silam yang terbongkar menjadi nadi utama drama terbaharu TV3, Perempuan Tidak Ternikah, yang bakal menggegarkan emosi penonton bermula 17 Disember ini.

Disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di slot Akasia, drama ini mempertaruhkan lakonan penuh jiwa Elizad Sharifuddin sebagai Keisya, seorang wanita yang terpaksa menelan pahit getir kehidupan apabila maruah dan kebahagiaannya diragut satu demi satu.

Dibesarkan oleh neneknya selepas ibu bapanya berpisah, Keisya membina harapan baharu bersama tunangnya, Adli lakonan Ali Reza. Namun, hidupnya terus diuji apabila ayah kandungnya, Malik (Kaza), muncul dengan niat yang meruntuhkan jiwa, selain menuntut wang sebagai syarat untuk menandatangani surat pengakuan pernikahan selepas terbongkar rahsia bahawa Keisya adalah anak luar nikah.

Demi cinta, Keisya dan Adli nekad bernikah di Siam, namun kebahagiaan itu tidak bertahan lama apabila Keisya kehilangan dua insan tersayang serentak neneknya meninggal dunia akibat serangan jantung, manakala Adli maut dalam kemalangan jalan raya.

Lebih menyayat hati, Keisya yang sedang mengandung ditolak keluarga mentua, menyebabkan dirinya terjerumus dalam kemurungan dan hampir berputus asa untuk meneruskan hidup.

Nasib Keisya berubah apabila dia diselamatkan Rayyan lakonan Yusuf Bahrin, seorang lelaki yang membantunya bangkit dan memulakan hidup baharu di rumah kebajikan. Namun, luka lama dan trauma silam membuatkan Keisya menolak benih cinta yang hadir, memilih untuk melarikan diri daripada kebahagiaan yang ditawarkan.

Selain Elizad dan Yusuf Bahrin, drama ini turut dibintangi Shahz Jaszle, Raden Zaharatul, Sharifah Shahora, Gabriel Chung serta Ali Reza, yang menguatkan lagi konflik dan emosi penceritaan.

Perempuan Tidak Ternikah bukan sekadar mengangkat kisah cinta yang gagal, sebaliknya menyelami realiti pahit kehidupan wanita yang sering menjadi mangsa keadaan, penganiayaan serta keputusan orang lain, sekali gus menyentuh isu maruah dan trauma yang diwarisi.

Dengan penceritaan yang sarat emosi, konflik keluarga yang berat serta lakonan mantap barisan pelakon berpengalaman, drama ini dijangka meninggalkan kesan mendalam dan mencetuskan perbincangan dalam kalangan penonton.

Drama ini boleh disaksikan bermula 17 Disember 2025, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di slot Akasia TV3. Penonton juga boleh menonton episod baharu 24 jam lebih awal menerusi platform Tonton.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 1 Oct 2018

Cantik Sangat Ke Daiyan Trisha Sampai Buat Netizen Nangis?

Cantikkknya, sampai tak bekelip mata okay!

Trending Mon, 4 May 2020

Azmi Caliph Buskers Perlukan Bantuan Kewangan Demi Teruskan Hidup

Semoga dipermudahkan urusan Azmi dan rakan-rakan yang lain

Konsert Tue, 6 Jun 2023
Trending Mon, 21 May 2018
Trending Mon, 7 Jan 2019

宫崎骏迷有福了!吉卜力工作室2022开设新主题公园

宫崎骏迷有福了 !吉卜力工作室决定在长久手市的爱与地球博纪念公园内,开设新的主题公园。

Trending Tue, 7 Mar 2023
Hiburan Thu, 2 Jan 2025
Hiburan Fri, 9 Feb 2024
Featured Sat, 14 Jan 2023

“Package Warga Emas Ke Ni?” – Gelagat Roy Azman, Jalaluddin Hassan & Ramli MS Bercuti Di Jepun Buat Warganet Terhibur

Tular satu perkongsian di TikTok, memaparkan Roy Azman, Datuk Jalaluddin Hassan dan Datuk Ramli MS bercuti bersama di Jepun. @thisisroyazmanGhisauuuu gak tok jalal nih 🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣♬ original sound – Roy Azman Menerusi muat naik yang dibuat […]

Trending Wed, 2 Oct 2019
error: Content is protected !!