Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 10, 2026 @ 11:26am

Atu Zero Sambut Baik Niat Berdamai, Masih Menunggu Tindakan Sharif – “Dia Kena Datang Jumpa Mak Minta Maaf”

Pelawak dan pelakon, Atu Zero mengakui dia menyambut baik hasrat abangnya, Sharif Zero, untuk memohon maaf, namun menegaskan sehingga kini dia masih menantikan tindakan tersebut.

Menurut Atu atau nama sebenarnya, Sharif Kunal Dol Sharif, 33, memberitahu dia ada menonton video temu bual abangnya yang meluahkan niat untuk berdamai, namun mendakwa tiada usaha susulan dilakukan selepas itu namun mendakwa tiada usaha susulan dilakukan selepas itu.

“Saya ada tengok video temu bual dia minta maaf, tetapi selepas itu dia tak datang kepada saya. Saya tunggu dia datang untuk minta maaf. Dia yang buat salah, saya tak buat salah apa-apa,” katanya.

Jelas Atu, video berkenaan sampai kepadanya menerusi kiriman orang ramai dan tag di media sosial, namun ia masih belum disusuli dengan pertemuan secara bersemuka.

“Video itu orang kirim kepada saya, orang tag. Tapi setakat ini masih tiada tindakan. Dia baru luahkan hasrat saja,” ujarnya.

Atu berkata, dia memilih untuk tidak bercakap panjang kerana bimbang tersalah kata, namun berharap Sharif mengambil langkah yang lebih serius demi kebaikan bersama.

“Saya harap dia datang untuk selesaikan masalah ini, tapi masih belum ada apa-apa tindakan. Dia dah cakap secara terbuka, tapi belum buat lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Atu menegaskan sekiranya Sharif benar-benar ingin berdamai, dia perlu memohon maaf kepada ibu mereka terlebih dahulu.

“Saya sambut baik niat dia, tapi jangan datang jumpa saya dulu. Datang jumpa mak. Mak pun dah tahu cerita. Minta maaf dengan mak. Kalau mak maafkan, saya pun maafkan. Itu saja.

“Saya kena maafkan dia juga, kalau tidak lambat masuk syurga nanti,” katanya sambil berseloroh.

Atu berkata demikian ketika ditemui pada majlis pengiktirafan Malaysia Book of Records restoran milik rakan selebriti, Ajak Shiro yang berlangsung di pusat beli-belah MyTown, Kuala Lumpur, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Atu berharap konflik yang berlaku dapat diselesaikan dan menjadi pengajaran kepada orang luar, khususnya dalam hubungan adik-beradik.

“Benda baik ini. Mana tahu apa yang jadi antara kami boleh jadi contoh kepada orang luar sana yang bergaduh sesama adik-beradik.

“Saya rindu nak berkumpul sebagai keluarga. Insya-Allah ada sinar untuk berbaik dan Zero menjadi satu. Orang pun ternanti-nanti kami berdua, lama tak beraksi di pentas. Kali terakhir pada 2019,” katanya.

Atu turut memaklumkan kali terakhir dia bertemu Sharif adalah ketika tayangan perdana filem Duyung pada penghujung Disember tahun lalu, dan selepas itu abangnya seolah-olah menghilang.

Sebelum ini, Sharif mengakui hubungannya dengan adik-beradik, khususnya Atu, kini tidak begitu baik, namun berharap semua salah faham dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

Sharif turut menegaskan isu ego bukan punca utama kerenggangan hubungan mereka, sebaliknya menganggap perselisihan faham itu perkara biasa dalam kalangan adik-beradik.

Dia juga menafikan dakwaan konflik berpunca daripada masalah kewangan, sebaliknya mengakui keadaan mungkin menjadi lebih tegang selepas kisah peribadi Atu dikongsikan dalam sebuah podcast sebelum ini.

Artikel Berkaitan: Enggan Panjangkan Isu, Sharif Zero Harap Hubungan Dengan Atu Pulih Semula

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 15 Sep 2022

Ayie Floor88 Kecewa Pinjaman Kereta Tak Lulus, Rupa-Rupanya..

Fuh terkejut dibuatnya.. Happy birthday Ayie!

Konsert Tue, 6 Jun 2023
Hiburan Mon, 2 Dec 2024

Ahli Old Money Mengorat Dahlia Rizal, Imran Aqil ‘Sound’ Individu Miang

Imran Aqil bidas individu old money cuba goda isteri

Featured Thu, 10 Aug 2023

Shila Amzah Tampil Respons Isu Ibu Bapa Bercerai – “Serabut! Doakanlah Saja Mereka Bahagia”

‘Suka hati merekalah nak buat apa. Nak cari kebahagiaan masing-masing’ – Shila Amzah

Hiburan Tue, 5 Mar 2024

Mokhzani Ismail Beri Respons Isu The Gadys Nyanyi Sumbang

‘Tak payah nak kecoh sangat macam baru pertama kali dengar orang nyanyi sumbang’ – Datuk Mokhzani

Trending Fri, 14 Jun 2024
Hiburan Wed, 15 Jan 2025

Klinik Bantu Buat Rawatan Gigi, Zahnita Wilson Menangis Kegembiraan

Zahnita Wilson menangis buat treatment gigi

error: Content is protected !!