Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin January 21, 2026 @ 10:37am

Bukan Sekadar Filem, The Voice of Hind Rajab Cetus Gelombang Kemanusiaan.. Raih 39,000 Tontonan

Filem dokudrama berteraskan kemanusiaan, The Voice of Hind Rajab terus menerima sambutan memberangsangkan apabila berjaya mencatatkan 39,000 jumlah tontonan setakat ini selepas ditayangkan di 51 lokasi seluruh Malaysia dan Brunei.

Pencapaian itu sekali gus membuktikan sokongan padu penonton tempatan terhadap karya yang mengangkat kisah perjuangan dan nilai kemanusiaan, meskipun tidak berada dalam kategori filem hiburan.

Berita gembira itu dikongsikan oleh wakil penerbit, Zainal Rashid Ahmad (ZRA) yang meluahkan rasa teruja dengan sambutan luar biasa diterima sepanjang beberapa hari tayangan filem tersebut.

“Terima kasih rakyat Malaysia dan semua yang telah hadir pada hari ke-9, 10, dan 11 tayangan filem. Kita dah berada dalam keadaan hari ini. Kita akan naik ke tangga yang ketiga, negara yang paling banyak penonton bagi The Voice of Hind Rajab,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Yusof Haslam Sifatkan Filem ‘The Voice Of Hind Rajab’ Bukti Kekejaman Tanpa Batasan 

ARTIKEL BERKAITAN:“Malaysia Disasar Lima Negara Teratas Kutipan The Voice of Hind Rajab, Buka Laluan Ke Oscar” – ZRA

ARTIKEL BERKAITAN:“Bukan Sekadar Filem, Ini Suara Kebenaran” – Hazwani Helmi Seru Sokong The Voice of Hind Rajab

Menurut ZRA, sokongan berterusan penonton tempatan juga berkemungkinan membolehkan Malaysia memintas Belgium dari segi jumlah tontonan.

“Mungkin hari ini kita mampu untuk potong Belgium dengan sokongan anda.

“Kejutan paling besar, kita terima 3,000 tontonan pada hari Jumaat. 7,400 pada hari Sabtu, dan lebih 5,000 orang pada hari Ahad semalam,” kongsinya.

Bekas peserta misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) itu berkata, pihak produksi juga tidak menjangkakan sebuah filem yang mengangkat sejarah perjuangan kemanusiaan mampu mencatatkan angka tontonan setanding filem box office tempatan.

“Kita tak pernah menjangkakan sebuah filem yang menceritakan tentang sejarah perjuangan kemanusiaan boleh berada dalam kumpulan kutipan filem box office di Malaysia.

“Ia juga membuktikan bahawa Malaysia ialah negara pasaran berpotensi bagi filem-filem kemanusiaan selain daripada genre hiburan yang biasa diketengahkan,” jelasnya.

Pencapaian ini telah memperlihatkan peningkatan konsisten dari hari ke hari, dengan momentum tontonan ini dijangka terus berkembang dan berpotensi mencecah 80,000 penonton menjelang minggu hadapan, seiring dengan pertambahan kesedaran awam serta sokongan berterusan daripada masyarakat.

Diterbitkan oleh Mime Films dan Tanit Films dengan Primeworks Studios sebagai pengedar serta rakan pemasaran rasmi, The Voice of Hind Rajab diarahkan oleh pengarah tersohor Tunisia, Kaouther Ben Hania, dan dibintangi barisan pelakon antarabangsa seperti Saja Kilani, Motaz Malhees, Amer Hlehel dan Clara Khoury.

The Voice of Hind Rajab bukan sekadar filem, tetapi ialah satu bukti dan satu suara yang kekal abadi. Hayati inspirasi kisah benar yang menyentuh jiwa dan menyentak emosi ini di pawagam sekarang.

Sebagai simbol empati dan solidariti, Media Prima akan menyumbangkan RM1.00 daripada bahagiannya bagi setiap tiket yang terjual kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima.

Untuk perkembangan terkini dan kandungan eksklusif The Voice of Hind Rajab, ikuti kami di Facebook, Instagram, X dan YouTube Primeworks Studios.

ARTIKEL BERKAITAN:Filem The Voice of Hind Rajab: Suara Kecil Dari Hujung Talian Yang Meruntun Jiwa

ARTIKEL BERKAITAN:Suara Yang Tidak Sempat Diselamatkan: Mengapa ‘The Voice of Hind Rajab’ Menggoncang Dunia Perfileman

ARTIKEL BERKAITAN:“Tolong Jangan Tinggalkan Saya”- Rayuan Kanak-Kanak G*za Bergema, Teaser Filem ‘The Voice of Hind Rajab’ Buat Ramai Terkedu

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 24 Nov 2024

Pelakon Popular Didakwa ‘Songlap’ Wang Lagi? Individu Wanita Tampil Kemuka Bukti – “Wang Ibu Ditipu & Bibik Dipukul”

isu penipuan wang melibatkan pelakon popular semakin panas apabila seorang individu wanita tampil menimbulkan dakwaan lain berserta bukti.

Featured Mon, 20 Aug 2018

5 Mitos Tentang Nyamuk & Fakta Sebenar Yang Anda Perlu Tahu

Jom belajar tentang nyamuk sempena World Mosquito Day yang disambut pada hari ini!

Trending Mon, 3 May 2021
Hiburan Wed, 24 Jul 2019

Malas Cari Calon Suami, Zizi Kirana Serah Pada Ibu

Zizi Kirana nekad memberikan sepenuh kepercayaan kepada ibu untuk memilih bakal suaminya.

Hiburan Tue, 23 Jul 2019
Hiburan Mon, 3 Apr 2023

[VIDEO] Untung Dapat Dengar Nyanyian Live! Kanak-Kanak Terpaku Dengar Suara Merdu Anuar Zain

Pelbagai lapisan umur yang minat dengar suara Anuar Zain ni

Hiburan Wed, 3 Jan 2024

Isteri Selamat Melahirkan Anak Lelaki, Ryan Bakery Bergelar Bapa

Alhamdulillah congrats Ryan & Elyia! 🤲🏼 Lepas ni ada content Ryan junior 😍

error: Content is protected !!