Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Padin February 9, 2026 @ 2:37pm

Gara-Gara Kontraktor, Madam Mariyah Rugi Lebih RM100,000 – “Tak Sampai Hati Nak Kata Ditipu, Tapi…”

Usahawan kontroversi sensasi, Madam Mariyah berkongsi pengalaman pahit apabila mengalami kerugian melebihi RM100,000.

Mariyah atau nama sebenarnya, Mariyah Yaakob, 52, mendedahkan ia berlaku selepas kontraktor yang dilantik untuk menyiapkan ibu pejabat baharu didakwa gagal melaksanakan kerja seperti dipersetujui.

Apa yang membuatkan dirinya lebih kecewa adalah kontraktor berkenaan merupakan kenalan rapatnya sendiri yang berstatus ibu tunggal.

Menurutnya, dia sudah membuat bayaran keseluruhan sebanyak RM215,000, namun hasil kerja yang diterima tidak setimpal dengan jumlah tersebut.

“Saya tak sampai hati nak kata ditipu, tapi duit sudah dibayar penuh. Malangnya kerja yang dibuat langsung tak ikut spesifikasi yang saya minta.

“Bila saya minta syarikat lain periksa, mereka beritahu kos sebenar kerja itu sekitar RM100,000 sahaja dan kualitinya tak sepadan dengan bayaran,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki Semakin Mencurah Selepas Bercerai, Madam Mariyah Dapat Tawaran Bintangi Filem! Sedia Berlakon Jika Kena Dengan Watak & Masa

Tambah Mariyah, kontraktor terbabit kemudiannya menghantar surat menarik diri sebelum menghilangkan diri tanpa sebarang penjelasan lanjut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

Ditanya mengenai tindakan seterusnya, Mariyah mengakui pada awalnya dia bercadang mengambil langkah undang-undang, namun membatalkan hasrat tersebut atas faktor peribadi.

“Saya memang sudah berjumpa peguam untuk saman. Tapi bila fikir dia kawan dan ibu tunggal, niat asal pun nak tolong, jadi saya tak jadi teruskan.

“Saya reda sahaja dan serahkan pada Allah. Saya halalkan semuanya sebab tak mahu simpan dendam. Saya percaya rezeki Allah lebih besar, kalau hilang RM100,000 mungkin diganti berkali ganda, mungkin RM100 juta,” ujarnya.

Walaupun berdepan ujian tersebut, Mariyah tetap bersyukur apabila pejabat urusan baharunya akhirnya berjaya disiapkan seperti dirancang.

Katanya, pelbagai perancangan perniagaan sudah diatur termasuk pelancaran beberapa produk terbaharu.

“Alhamdulillah, pejabat ini akhirnya dapat dirasmikan. Banyak perancangan menanti selepas ini.

“Pada hari sama, kami turut memperkenalkan tujuh produk baharu yang fokus kepada peningkatan aura diri,” katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Madam Mariyah Kesal Bekas Suami Lafaz Cerai Ketika Live TikTok – “Saya Bukan Perempuan Gila! Sampai Sekarang Orang Hina Saya”

Sebelum ini, nama Mariyah menjadi sebutan orang ramai apabila suaminya, Mr. S menceraikannya menerusi komen ketika siaran langsung di TikTok pada 7 Ogos 2025.

Mariyah bercerai talak satu dengan Mr. S di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru pada 30 September 2025 selepas hampir dua dekad mendirikan rumah tangga. Perceraian itu dikaitkan dengan kehadiran orang ketiga.

Kini, Mariyah terus mengembangkan empayar perniagaan selepas kejayaan jenama Kopi Che Lims. Walaupun diuji dengan pelbagai cabaran, Mariyah memilih untuk terus bangkit dan memberi fokus kepada perkembangan bisnesnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 5 Feb 2021

“Ustaz Buka Mata Ramai Pemimpin.. ” – Pertemuan Ebit Lew Dan TMJ Dapat Perhatian Ramai

Semoga lebih ramai peminpin yang mencontohi sikap Ustaz Ebit Lew, sentiasa memberi tanpa mengharapkan balasan🤲🏻

Featured Tue, 11 Apr 2023

Belum Memiliki Lesen Memandu, Anna Jobling Beli Kereta Pertama Pada Usia 23 Tahun!

Congratulations! Kena cepat-cepat amik lesen baru boleh drive okay

Hiburan Wed, 24 Jan 2024

“Iya Saya Dan Fuad Masih LDR” – Farah Lee Perjelas Sebab Tinggal Berasingan Dengan Suami

Haa kenapa tu? Kita doakan Farah bahagia bersama suami & anak

Featured Thu, 1 Jun 2023
Featured Wed, 17 Aug 2022

Telan 12 Kapsul Ketum Dua Kali Sehari, Seorang Lelaki Masuk ICU

Bahaya ya penggunaan ketum ni.. Semoga diberikan kesembuhan buatnya.

Hiburan Wed, 10 Dec 2025

Akaun Palsu Kongsi Video Dengan Arwah Suami, Zizie Ezette Tegaskan Hanya Ada Satu Media Sosial Aktif

Zizie Ezette menegaskan hanya ada satu akaun media sosial iaitu Instagram sahaja

error: Content is protected !!