Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 10, 2026 @ 10:53am

Sering Terima Komen ‘Elok Tengok Cermin Dulu’, ‘Pergi Tegur Adik-Adik Dulu’… Ini Respons PU Riz

Pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz tampil memberikan penjelasan susulan kritikan segelintir pihak yang memintanya menegur ahli keluarga sendiri sebelum bercakap soal agama kepada umum.

Menerusi perkongsian di platform Threads, suami kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor itu menjelaskan setiap individu mempunyai tanggungjawab hijrah masing-masing dan perlu melaksanakannya dengan penuh hikmah.

“Setiap orang melalui proses hijrahnya atas tanggungan dirinya telah diwajibkan perintah Allah. Soal kita mampu atau tidak, kita sentiasa usaha dengan cara sehabis daya. Hikmah dan kecerdikan menjadi senjata utama kita, terutama dalam menegur.

“Menceritakan proses dengan meremehkan ajaran-Nya itu kita elakkan. Walaupun mungkin niatnya baik, cara tidak menghalalkannya. Jadi simpanlah ‘kurang cerdik’ kepada diri sendiri kerana dikhuatiri Tuhan memarahinya,” katanya.

PU Riz turut menjawab komen sinis yang menyarankan agar dia ‘melihat cermin dahulu’ atau menegur keluarga sendiri sebelum menasihati masyarakat.

“Kepada yang akan komen ‘elok tengok cermin dulu’, ‘pergi tegur adik-adik dahulu’, ‘saya cadangkan pusing area keluarga dulu’, ini jawapan saya.

“Pertama, tidak pernah kita setuju dengan maksiat ini. Seiring dengan hadis Nabi tentang sesiapa yang melihat kemungkaran mesti dicegahnya sama ada secara diam atau terbuka, telah pun konsisten saya menyebut mengenainya,” katanya.

Menurutnya, dalam konteks berkeluarga, kebijaksanaan dan konsistensi amat penting dalam menyampaikan teguran agar tidak menimbulkan fitnah atau salah faham.

“Kedua, soal tanggungjawab. Yang sedap mengecam dan komen tanpa arah, dalam kita hidup berkeluarga besar, perlu ada kebijaksanaan dan konsisten menegur. Ajak ke jalan Tuhan dengan dua hal iaitu hikmah dan contoh yang baik.

“Jika dilihat sebahagian tafsir ayat Allah tentang ‘jaga keluarga dari api neraka’, itu lebih tertumpu kepada ahli rumah. Boleh rujuk Ibnu Kathir.

“Lebih kepada anak-anak dan isteri yang di dalam tanggungan rumah kita. Pandanglah dengan ilmu, bukan hanya emosi semata,” jelasnya.

Artikel Berkaitan: Dari Rakan Kerja Jadi Rakan Serumah, PU Riz Kongsi Kisah Pilih Neelofa Sebagai Isteri

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 24 Jul 2018

“Satu-satunya Penyesalan Saya? Lambat Berhijab…”- Norish Karman

Siapa tidak kenal dengan pelakon serba boleh ini, bagilah apa sahaja watak beliau pasti tidak akan menghampakan penonton. Setuju? Namun, pelakon ini tampil dengan imej barunya yang kini sudah berhijab. 

Hiburan Mon, 1 Jul 2019

Fasha Sandha Redha, Belajar Untuk Tidak Terlalu Aktif!

Semoga Fasha terus kuat dan dimurahkan rezeki lagi lepasni!

Hiburan Tue, 20 Feb 2018

#KitaOK HARITH ISKANDER BIKIN GEMPAK?

Dengan idea baru sebagai pelawak stand-up comedy yang berjaya di pentas dunia, Harith kini akan kembali dengan tour nya tersendiri!

Trending Tue, 23 Jan 2018

超准塔罗能量解读 网友「太不可思议」

2018年是一个新的开始,你已做好新一年的计划,承接这股全新的力量了吗?如果你了解自己今年的优势力量,那将有助展开这趟年度灵魂之旅。闭上眼睛想象下,一年后回顾2018,看见自己丰富多元的展现,嘴角会不自禁上扬。

Featured Thu, 2 Mar 2023
error: Content is protected !!