Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 11, 2026 @ 2:32pm

“Saya Tak Buat Salah Pun Kena” – Amira Othman, Fattah Amin Tenang Hadapi Kecaman Netizen

Penyanyi, Amira Othman mencuri tumpuan apabila meluahkan isi hatinya susulan kecaman yang diterimanya selama ini.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Amira atau nama lengkapnya, Nadia Amira Othman, 33, memilih untuk bersikap matang dan kekal tenang berhadapan segelintir netizen yang tidak henti mengkritik.

“Macam tu lah sayang, manusia ada pelbagai jenis sebab tu Allah Maha Kaya. Yang tak baik kita tak perlu ambil, abaikan. Kita ambil yang baik-baik saja.

“Dah dia tak suka, kalau nak fahamkan mereka pun tak boleh, dia tetap tak suka. Biarkan, jangan buang masa.

“Saya tak buat apa-apa pun kena, ha bayangkan. Jadi itulah manusia,” katanya.

Dalam masa sama, suaminya, aktor, Fattah Amin turut menasihati dengan berkata tiada faedah untuk berlawan dengan netizen seperti itu.

‘Tak perlu baca komen, kalau tak ada benda baik nak cakap lebih baik diam saja.

“Kita tak akan menang kalau nak berlawan dengan orang yang cakap benda mengarut,” katanya.

@fattmiraeditz

the way they react to haters’ comments 🥹 they look so calm handling everything that’s happened in their lives 🫶🏻 smoga lepasni hidup korang dipeluk hal ii baik saja, dijauhkan dari orang yg berniat jahat dan yg melihat dengan iri hati🤍 #masyaallahtabarakkallah #fattahamin #amiraothman #fattmira #fyp

♬ original sound – Dyssaaa – Dyssa

Artikel Berkaitan: Didakwa Berbadan Dua, Amira Othman Mohon Privasi

Artikel Berkaitan: Amira Othman Jadi Sasaran Komen Negatif, Fattah Amin Beri Teguran Terbuka – “Janganlah Kutuk-Kutuk”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 30 Jun 2023

Isu Mosh-Pit Ketika Konsert, Masdo Berhasrat Nak ‘Educate’ Penonton

Boleh nak mosh tapi kena ikut kesesuaian lagu lah kan?

Hiburan Thu, 20 Dec 2018

Artis Wanita Dan Individu Bergelar Datuk Ini Antara Yang Ditahan Dalam Pesta Liar?

Tak habis-habis dengan dadah. Cuba bawak bertaubat, tak gitu?

Hiburan Fri, 27 Sep 2019

Alami Masalah Turun Darah, Abby Abadi Jalani Pembedahan

Semoga dipermudahkan segala urusan untuk Abby Abadi, Insha Allah…

Drama Thu, 15 Dec 2022
Hiburan Mon, 9 Jul 2018

Chef Wan Tempelak Netizen, Saran Contohi Menteri Termuda

Dalam pada itu, Chef Wan memberitahu sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya bersyukur atas sikap yang ditunjukkan Menteri muda ini berbanding kata-kata netizen yang busuk hati. Haih, netizen semua…sebelum menulis tu fikir dulu ya!

Trending Sat, 13 Jun 2020
Hiburan Wed, 4 Mar 2026

“Jangan Salahkan Nora Danish, Dia Sedang Berubah Jadi Lebih Baik” – Boss Ned

Nedim Nazri tampil mempertahankan bekas isterinya, selebriti terkenal, Nora Danish

Hiburan Thu, 7 Dec 2017

Rock Revival Himpun Otai Rock

siri persembahan ‘Rock Revival’ bermula pada 23 Disember ini di The House, G Tower Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur

error: Content is protected !!