Euforia Bola 2026
Acara By: Padin February 22, 2026 @ 5:56pm

Terjah Brunei & Penang, Ben Ali & Nadiyah Shahab Terus Sukses Melangkah Untuk Tahun Kelima

Gandingan pasangan selebriti Ben Ali dan Nadiyah Shahab terus menyerlah sebagai penggerak utama apabila Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya (ABxFGR) kembali pada tahun 2026 dengan skala yang lebih meluas.

Dianjurkan bersama oleh My Events International dan Absolut Events & Management, ABxFGR memulakan jelajahnya di tiga lokasi utama.

Ia bermula di BRIDEX Convention Centre, Brunei (27 Februari–1 Mac 2026), diikuti PICCA, Pulau Pinang (6–8 Mac 2026) dan berakhir dengan acara kemuncak di MITEC, Kuala Lumpur (13–16 Mac 2026).

Acara kemuncak di MITEC akan berlangsung seperti tahun-tahun sebelum ini selama 66 jam tanpa henti, bermula jam 12.00 tengah hari pada 13 Mac 2026 hingga jam 6.00 pagi pada 16 Mac 2026.

Menurut Ben Ali selaku Pengarah Urusan Absolut Events & Management, Brunei dan Pulau Pinang merupakan lokasi baharu mereka.

“Skala penganjuran ABxFGR 2026 ini telah diperluaskan ke Brunei dan Pulau Pinang dan turut diperbesarkan dengan penambahan ruang pameran bagi menempatkan lebih banyak tapak reruai di acara kemuncak di MITEC, KL nanti.

“Jadi, kami amat menghargai sokongan barisan penganjur pada tahun ini dalam merealisasikan impian kami untuk menembusi pasaran baru di peringkat antarabangsa serta bahagian utara Malaysia,” katanya.

Menurut Datin Wira Sabrina, Pengarah dan Pengasas My Events International, pencapaian-pencapaian yang diraih sepanjang penganjuran ini telah mengukuhkan lagi status ABxFGR sebagai Festival Raya yang paling ikonik dan pilihan utama pengunjung di Malaysia.

“Di samping itu, ia memberi impak positif kepada ekonomi negara serta membuka peluang perniagaan kepada usahawan dan pemilik perniagaan tempatan, khususnya perusahaan kecil dan sederhana. Di samping itu, sebagai hentian antarabangsa pertama bagi acara ini, Brunei Darussalam menjadi fokus strategik bagi memperluaskan capaian jenama acara ABxFGR serta meraih potensi pasaran baharu di negara tersebut,” kata nya.

Sebagai sebahagian inisiatif tanggungjawab sosial korporat, penganjur ABxFGR 2026 akan menyampaikan bantuan kepada golongan memerlukan seperti anak-anak yatim dan persatuan ibu tunggal, meneruskan tradisi kebajikan yang telah dimulakan pada tahun-tahun sebelumnya.

Penganjur berharap ABxFGR 2026 terus menjadi platform utama untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan usahawan tempatan serta menawarkan pengalaman persiapan Raya yang lengkap kepada pengunjung.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Fri, 27 Jul 2018

Mempunyai Ciri Simple, Urban & Expressive, Zahirah Macwilson Dipilih Menjadi Duta Meeracle Yang Baharu

Memamg layak Zahirah Macwilson jadi duta Meeracle sebab dia memang cantik!

Acara Fri, 4 Oct 2019

Gaun indah persalinan istimewa raja sehari

Semuanya cantik, pasti pemakainya tambah anggun!

Acara Tue, 29 Oct 2019

Spray anti VOC keluaran acson yang pertama di Malaysia

Memberi gaya hidup sihat dengan Pemulihkan udara dalaman!

Acara Wed, 15 May 2019

Nikmati suasana membeli-belah 24 jam tanpa henti di Mood Republik Raya 2019

Pelbagai keperluan Aidilfitri disediakan kira-kira 100 usahawan tempatan

Acara Mon, 22 Jul 2019

Datuk Alha Alfa optimis curah ilmu solekan

Uqasha Senrose gamatkan Masterclass Makeup Alha Alfa

Acara Wed, 4 Apr 2018

Apo Kono Eh Jang Duduk Rumah Ajo. Jom Poie Gegaria Fest Seremban 7 April Ini!

Kini giliran orang Seremban pula! Gegaria Fest akan berlangsung pada Sabtu ini (7 April) di Dataran Centrio Seremban 2.

error: Content is protected !!