Euforia Bola 2026
Trending By: Afiq Kandi March 3, 2026 @ 10:57am

Linda Rafar Rugi RM500,000, Tertekan Hingga Makan Ubat Selepas Didakwa Ditipu ‘Datuk’

Pelakon dan penyanyi, Linda Rafar, mendedahkan dia mengalami kerugian sebanyak RM500,000 selepas didakwa ditipu seorang individu bergelar ‘Datuk’ dalam satu urusan perniagaan. Linda atau nama sebenarnya Azlinda Abdul Rafar, 48, berkata kejadian itu memberi impak besar terhadap emosinya.

“Saya tak sangka ditipu oleh satu kumpulan untuk buat bisnes. Sepanjang hidup, ini kali pertama saya melalui perkara macam ini. Impaknya sangat kuat sampai saya betul-betul tertekan hingga menyebabkan kemurungan,” katanya ketika ditemui pada satu majlis berbuka puasa di Putrajaya.

Menurut Linda, tekanan dialami sehingga menjejaskan kesihatan mentalnya dan dia terpaksa mengambil ubat untuk menenangkan diri.

“Di depan orang saya cuba nampak okey dan buat video gelak-gelak macam biasa, tapi hakikatnya saya terpaksa makan ubat untuk tenangkan diri. Saya asyik fikir, bila dia nak bayar? Bila dia nak pulangkan duit saya?” ujarnya.

Malah katanya, dia mengambil ubat yang diberikan doktor selama tiga hari berturut-turut kerana mengalami gangguan tidur.

Tambahnya lagi, individu terbabit bukan orang asing dalam hidupnya dan dikenali dalam kalangan golongan VIP, membuatkan dia yakin untuk bekerjasama.

“Ya, saya kenal. Dia bergelar datuk dan memang dikenali dalam kalangan VIP. Sebab itu saya agak takut nak cerita panjang,” jelasnya.

Lebih menyedihkan, impian untuk membawa anak-anak menunaikan umrah serta bercuti ke London terpaksa dibatalkan.

“Saya juga niat nak bawa anak-anak pergi umrah dan bercuti ke London. Anak-anak tanya kenapa batal. Saya terpaksa beri alasan ada penggambaran, padahal tak ada,” katanya.

Linda kini sudah melantik peguam sebagai langkah seterusnya sekiranya wang tersebut masih gagal dipulangkan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 6 Oct 2022
Featured Tue, 29 Mar 2022

“Kenapa Pegang Anjing Tak Pakai Gloves?” – Penat Sering Didakwa Buat Kerja Haram, Doktor Veterinar Ini Jelaskan Perkara Sebenar

Haa dengar tu penjelasan daripada doktor veterinar sendiri mengenai isu memegang anjing..

Hiburan Tue, 30 Jun 2026

“Akaun Threads Saya Kena Locked” – Umisya Mazlan Syukur Emosi Baik Ketika Berpantang, Seloroh Aslam Sasar 15 Anak

Menurut Umisya, buat masa ini dia mahu berehat seketika selepas melahirkan anak keempat

Hiburan Fri, 22 Nov 2024
Hiburan Wed, 6 Dec 2023
Featured Tue, 1 Nov 2022

“Kalau Arwah Siti Sarah Ada, Dia Lagi Sweet…” – Netizen Sebak Tengok Shuib ‘Suap Diri Sendiri’

Baru-baru ini, pelawak Shuib Sepahtu, memuat naik satu video yang memaparkan rakannya, Ajak Shiro sedang bermesra dengan isteri, Nur Afifah Amin. Menerusi perkongsian tersebut, Ajak menyuap makan kepada Afifah yang berada di sebelah, manakala Shuib […]

error: Content is protected !!