Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 3, 2026 @ 7:19pm

“Saya Tak Ikuti Perjalanan Hidup Dia” – Erma Fatima Nafi Karya Baharu Ada Kaitan Dengan Da’i Syed

Penerbit dan pengarah Erma Fatima ketika menolak dakwaan segelintir netizen yang mengaitkan karya terbaharu arahannya, Jangan Panggil Aku Gus dengan pendakwah selebriti Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful.

Menurut Erma, karya tersebut tidak diinspirasikan daripada mana-mana individu sebenar, sebaliknya sekadar karakter fiksyen yang digarap untuk tujuan penceritaan.

“Saya tak mengikuti pun perjalanan hidup individu itu. Apa yang berlaku kepadanya, saya sendiri tidak pasti kesahihannya.

“Saya tak akan hasilkan cerita berdasarkan perkara yang saya tidak tahu. Saya juga tidak mahu menyentuh isu melibatkan seseorang jika kebenarannya masih tidak jelas.

“Saya tidak mengiyakan dan tidak juga menafikan apa-apa kerana memang tiada asas untuk dikaitkan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Lebih Sedekad, Erma Fatima Lepas Gian Kembali Duduk Di Kerusi Pengarah?

Terdahulu, seorang pengguna media sosial mendakwa naskhah tersebut terinspirasi daripada kisah Da’i Syed yang kini sedang menjalani hukuman penjara 10 tahun serta tiga sebatan atas kesalahan merogol seorang wanita, kes yang berlaku tujuh tahun lalu.

Berkongsi mengenai idea penghasilan drama berkenaan, Erma yang pernah meraih trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia edisi ke-9 dan ke-11 berkata, proses penggambaran telah berlangsung sekitar Februari lalu dan berjalan dengan baik.

“Syukur, drama ini menggabungkan barisan pelakon dari Malaysia dan Indonesia. Saya harap lebih banyak projek kolaborasi seperti ini dapat direalisasikan pada masa akan datang.

“Dulu kita pernah ada filem seperti Gadis Hitam Putih. Sudah lama rasanya tidak melihat kerjasama sebegini,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ada Luka Yang Tak Boleh Disentuh Sebelum Masanya” – Erma Fatima Kembali Duduk Di Kerusi Sutradara

Mengulas mengenai keputusannya kembali aktif sebagai pengarah selepas hampir sedekad, Erma menjelaskan situasi tersebut berlaku tanpa dirancang apabila dua pengarah yang dipilih sebelum ini tidak dapat meneruskan komitmen.

“Pada awalnya saya mahu Pali Yahya mengarahkannya, tetapi dia masih belum selesai dengan penggambaran projek lain.

“Pengarah kedua pula, Raja Mukhriz, berdepan situasi ibunya yang sedang kritikal di hospital ketika itu.

“Apabila kedua-duanya tidak dapat meneruskan, saya ambil keputusan untuk mengarahkan sendiri. Tambahan pula, saya akan mengarah filem selepas Aidilfitri nanti, jadi projek ini seakan latihan awal untuk saya,” katanya.

Selepas hampir 10 tahun tidak mengarah sepenuhnya di lokasi, Erma kembali memimpin produksi Jangan Panggil Aku Gus yang disifatkan sebagai antara karya paling berani dalam perjalanan seninya.

Drama tersebut menampilkan gabungan pelakon Malaysia dan Indonesia seperti Bara Valentino, Lukman Sardi, Elina Joerg, Bima Samudera, Anna Jobling, Puteri Sarah, Umie Aida dan Vanida Imran.

Projek rentas negara itu bakal menemui penonton menerusi aplikasi Karya Reels bermula 5 Mac ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 22 Mar 2019

Catch Dua Lipa, Hael Hussaini and Ismail Izzani at Lazada’s 7th Birthday Celebration

Everyone’s invited! Check out how you can join in on the fun.

Featured Wed, 13 Mar 2024
Featured Mon, 13 Dec 2021

“Relaks Je Pok Ya Cong Codei Naik Bas” – Netizen Teruja Lihat Sabri Yunus Beli Tiket

Seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama @_nbla.abuzai25 berkongsi video saat dia bertemu dengan pelakon dan pengarah berbakat, Sabri Yunus di sebuah kaunter menjual tiket bas. Video yang berdurasi 11 saat itu menunjukkan Sabri Yunus atau […]

Hiburan Sun, 28 Sep 2025
Hiburan Tue, 17 Dec 2024

[VIDEO] Anak Bongsu Lahir Pra Matang, Shuib Luah Rasa Syukur Tangan Kanan Ayash Dah Semakin Berfungsi – “Dulu Doktor Kata Dia Tak Bernafas Lapan Saat”

Ayash Affan tak bernafas lapan saat, Shuib kongsi perkembangan tangan kanan anak yang sebelum ini kurang berfungsi

Trending Mon, 24 Dec 2018

Perbualan Comel Sajat Dan Orang Tuanya. Ayahnya Bilang Sajat Perempuan!

Sajat memuat naik satu video di laman Instagram yang menampilkan ibu bapanya bagi memberi penjelasan berhubung status jantinanya.

Featured Mon, 20 Mar 2023
Featured Sat, 19 May 2018

Tiada Kaitan DNA Namun Selebriti Hollywood Ini Memiliki Raut Wajah Seiras

Terbaru di laman YouTube memaparkan selebriti Hollywood yang mempunyai wajah seiras biarpun mereka sama sekali tidak mempunyai pertalian darah.

error: Content is protected !!