Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 12, 2026 @ 2:33pm

“Saya Tak Anggap Pertanyaan Itu Perkara Toksik” – Amyza Aznan Perjelas Kerap Pakai Shawl Yang Sama Berulang Kali, Nafi Terasa Hati Dengan Peminat

“Itu adalah shawl terakhir yang saya pakai ketika bersama arwah. Dari hospital sehinggalah ke liang lahad”.

Demikian respons pelakon dan pelawak, Amyza Aznan ketika diminta mengulas mengenai komen yang diberikan warganet terhadap selendang (shawl) yang sering digunakannya.

Kata Amyza, 49, komen-komen yang ditinggalkan warganet menerusi platform media sosial kebelakangan ini dianggap sebagai perkara positif dan tindakan mengambil berat terhadap dirinya.

“Saya setiap kali baca komen, saya selalu anggap positif sahaja. Saya tidak fikir dalam nada yang lain. Bila saya kongsi di Instagram tempoh hari, sebenarnya ramai yang ada persoalan yang sama.

“Jadi bagi saya mereka sebenarnya ambil berat. Saya tiada masalah dengan perkara itu,” katanya.

Ibu anak tiga itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis Melodi Raya yang diadakan di Saloma Theatre, pada Selasa.

Katanya lagi, pertanyaan yang sering diajukan peminat mengenai isu tersebut juga tidak dianggap sebagai sesuatu yang toksik sebaliknya peluang untuknya berkongsi cerita kepada khalayak.

Dalam pada itu, Amyza memaklumkan itu adalah selendang terakhir yang dipakainya ketika bersama arwah anak sulungnya, Andre Mikhail bermula dari hospital sehingga ke liang lahad.

“Saya tidak rasa pertanyaan itu sebagai sesuatu yang toksik. Tidak mengapa, saya anggap ia perkara yang baik. Bagi saya soalan individu tersebut bagus sebab sekurang-kurangnya saya boleh kongsi cerita sebenar.

“Itu adalah shawl terakhir yang saya pakai ketika bersama arwah. Dari hospital sehinggalah ke liang lahad. Jadi shawl itu ada momen sentimental antara saya dan dia.

“Saya tidak kisah mereka nak tanya apa-apa soalan, cuma jangan tanya pasal anak,” jelasnya.

Dalam masa sama, Amyza juga berterima kasih kepada pihak media yang terus berkongsi perkembangan tentang dirinya kerana secara tidak langsung ia membantu memudahkan orang ramai datang menziarah pusaara Allahyarham Andre tanpa mengganggunya.

Mereka datang sahaja. Alhamdulillah sebenarnya walaupun kamu (media) kena kecam sebab orang kata asyik keluarkan cerita pasal saya.

“Tapi apa yang orang tak nampak, bila media kongsi cerita itu secara tidak langsung ramai yang datang menziarah tanpa mengganggu saya.

“Saya cuma nak ucapkan terima kasih. Untuk mereka yang nak anggap negatif itu terpulang, tapi saya nampak banyak perkara yang positif,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Genap 7 Hari Pemergian Andre Mikhail, Amyza Aznan Luah Rasa Sebak – “Aku Ikhlas Tapi Aku Rindu”

ARTIKEL BERKAITAN:“Kita Tidur Bersama Dan Ini Pelukan Terakhir Untukmu” – Muat Naik Foto Bersama Arwah Andre Mikhail, Amyza Aznan Undang Sebak

ARTIKEL BERKAITAN:“Mungkin Dia Takut Saya Tak Boleh Move On” – Amyza Aznan Terkilan Tak Dapat Temani Arwah Anak Ketika Hembus Nafas Terakhir

ARTIKEL BERKAITAN:“Aku Dah Tak Kuat” – Amyza Aznan Menjerit, Menangis Seorang Diri Dalam Kereta

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 12 Jan 2018

Doakan Semoga Urusan Dipermudahkan – Neelofa

Neelofa dikatakan menyimpan hasrat untuk membuka sebuah pusat pengajian Al-Quran adakah ini sebabnya meminta doa agar semua urusan dipermudahkan?

Trending Wed, 30 Sep 2020

4 Lagi Kluster Baharu Kini Dikesan

Terus amalkan penjarakkan sosial dan SOP!

Featured Sat, 7 Apr 2018

Rupanya Ada Seorang Lagi Ahli Keluarga Kardashian Yang Anda Mungkin Tak Tahu. Sama Cantik!

Tak mengejutkanlah jika ada seorang lagi ahli keluarga Kardashian yang juga cukup lawa dan menarik perhatian.

Trending Tue, 16 Oct 2018

‘Tiada Lagi Alarm Clock Papa, Jumpa Di Syurga Nanti…’ Luahan Karl Shafek Buat Netizen Sebak

Hanya pecinta kucing saja yang tahu bagaimana peritnya rasa kehilangan itu…

Featured Tue, 19 May 2020
Hiburan Sun, 18 Feb 2018

大年初三:免费观赏《春天花啦啦!一屋满堂》

好事成双!在这个充满欢乐佳节气氛的2月份,马来西亚第一网络电视 tonton 将于2月18日开放《春天花啦啦!一屋满堂》让用户免费观看,以及给予Android用户享有50%新春优惠升级成为VIP会员。

Selebriti Mon, 28 Aug 2023

Isu Puteri Sarah Masih ‘Diganggu’, Netizen Pula Bandingkan Dengan Abang Tesla

Masing-masing punya jalan cerita sendiri tak perlu dibandingkan kot 😌

Hiburan Sat, 28 Jun 2025
error: Content is protected !!