Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 13, 2026 @ 1:12pm

Atikah Suhaime Kesal Netizen Pertikai Sambut Majlis Hari Jadi Mulan Bersama Anak-Anak Yatim – “Mereka Balik Dengan Hadiah, Semua Gembira”

Pelakon, Datin Atikah Suhaime meluahkan rasa kesal apabila sambutan ulang tahun kelahiran anak perempuannya, Lyla Mulan Teh yang diraikan bersama anak-anak yatim menerima kritikan segelintir pihak di media sosial.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Atikah atau nama lengkapnya, Nur Atikah Mohd Suhaimi berkata dia tidak menyangka niatnya untuk berkongsi kegembiraan dengan kanak-kanak tersebut dipandang negatif oleh sesetengah netizen.

“Tak pasti kenapa orang pertikaikan sambut dengan anak yatim. Saya fikir mereka semua akan gembira. Semua pulang dengan hadiah hari jadi, termasuk anak-anak tetamu saya,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Atikah menyifatkan suasana majlis itu berlangsung meriah dengan pelbagai aktiviti sehingga membuatkan kanak-kanak yang hadir tidak mahu pulang awal.

“Mereka nampak bouncy castle, terus tak nak balik sampai pukul 10.30 malam. Cikgu kena pujuk mereka balik. Saya pun sempat bermain sama.

“Mulan suka berkawan. Abang-abang dan kakak-kakak ini semua sangat ramah dan suka melayan Mulan,” ujarnya.

Dalam masa sama, Atikah turut menjelaskan tindakannya mendukung anaknya ketika majlis tersebut bukanlah bertujuan untuk menunjuk-nunjuk seperti yang didakwa sesetengah pihak.

“Saya dukung Mulan bukan sebab nak tunjuk kemesraan mak dan anak, tapi kalau saya bagi Mulan berjalan, memang jenuh nak kejar dia,” katanya.

Berkongsi pengalamannya itu, Atikah berkata kanak-kanak di rumah kebajikan sebenarnya mempunyai sikap yang sangat positif dan mudah menghargai perhatian yang diberikan.

“Sejujurnya anak-anak ini semua tak ada pemikiran negatif seperti ‘cemburu tengok orang ada mak ayah’. Sebaliknya mereka sangat bahagia kalau dapat jemput makan di luar atau sambut hari jadi.

“Anda akan terkejut mereka sangat positif sebab hati anak-anak yatim ini suci. Akhir sekali, saya harap sangat kalau anda semua ada rezeki, jemput saja anak-anak ini raikan bersama,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 24 Nov 2025
Hiburan Sun, 2 Feb 2020

Selepas 12 Tahun Menyulam Cinta, Isyana Sarasvati Nikahi Doktor

Sama cantik, sama padan bagai pinang di belah dua.

Featured Wed, 30 Apr 2025

“Pergi Bercuti Mana Pun, Tiada Tempat Setenang Madinah” – Khairul Aming

Khairul Aming mengakui tiada tempat yang dikunjungi setenang kota suci, Madinah.

Featured Thu, 28 Jul 2022

Sah Sertai Tentera Udara AS, Sarah Hildebrand Tak Berdepan Diskriminasi Agama – “Mereka Sangat Menghormati Saya..”

Perbezaan agama dan budaya bukan penghalang Sarah. Dia turut menjawab mengapa dia memilih untuk sertai Tentera AS. Apapun, tahniah!

Filem Wed, 20 May 2026

Remy Ishak Lebih Peka Soal Kesihatan – “Kalau Tiba-Tiba Jatuh Sakit, Siapa Nak Jaga Keluarga?”

Remy Ishak mengakui faktor usia membuatkan dirinya kini lebih peka terhadap soal kesihatan dan gaya hidup selepas pernah mengalami masalah akibat kurang rehat serta terlalu memaksa diri bekerja.

Featured Fri, 22 Sep 2023
Events Wed, 2 May 2018

Teringin Cari Jodoh Di Facebook? Baca Ini!

Ciri baharu ini akan membantu orang ramai menjalin hubungan sebenar, bagi tempoh yang panjang dan bukannya untuk suka-suka

error: Content is protected !!