Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 19, 2026 @ 4:15pm

Aznil Nawawi Sedekah RM3,000 Bantu Pendengar Kool FM, Ramai Menangis Dengar Perkongsian Wanita Buntu Cari Duit Menjelang Syawal

Pengacara dan penyampai radio terkenal, Datuk Aznil Nawawi sememangnya dikenali dengan sifat pemurah serta gemar berkongsi rezeki dengan orang sekeliling.

Terbaharu, menerusi satu video yang dikongsikan di Instagram (IG) Kool FM, Aznil, 64, sekali lagi mencuri perhatian apabila menghadiahkan wang tunai berjumlah RM3,000 kepada seorang pemanggil dikenali sebagai Amira.

Dalam rakaman tersebut, Amira berkongsi dia dan suami sedang berusaha keras mencari rezeki bagi menampung perbelanjaan menjelang Aidilfitri, namun masih belum mencukupi.

“Suami kerja beberapa tahun tapi tak pernah dapat bonus. Kami pula baru berpindah, saya ikut suami supaya dia dapat dekat dengan ibu bapanya.

“Lagi beberapa hari nak raya, saya dengan suami hanya mampu saling berpandangan.

“Kami bukan susah sangat, tapi kami ada keinginan nak memberi, nak bersedekah. Bila adik-beradik lain salam mak ayah, mesti ada hulur sampul duit.

“Saya tahu suami nak memberi sebab dia seorang yang bertanggungjawab,” luahnya.

Tersentuh dengan perkongsian tersebut, Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil tanpa berfikir panjang menyatakan hasrat untuk membantu.

“Amira, kalau Pak Nil nak kirim duit raya untuk ibu bapa, anak-anak dan anak saudara awak, boleh?

“Kalau awak tolak, maknanya awak tolak hajat Pak Nil.

“Pak Nil dah kirim RM3,000 untuk awak. Saya nak raya awak tahun ini jadi raya yang gembira, ya,” katanya.

Amira yang jelas sebak tidak henti-henti meluahkan rasa syukur, malah mengakui tidak menyangka doanya dimakbulkan dalam keadaan yang tidak diduga.

“Saya nak cari RM30 pun susah sekarang. Malam tadi saya berdoa, ‘Ya Allah, pinjamkanlah sedikit daripada kekayaan-Mu kepada kami.

“Gembirakanlah hati kami Ya Allah. Kami dah habis usaha…’

“Saya tak sangka rezeki datang melalui Pak Nil. Tak pernah terfikir,” katanya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by koolfmmy (@koolfmmy)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tersentuh dan meluahkan rasa simpati terhadap nasib Amira.

Malah, ramai yang memuji keikhlasan Aznil dalam membantu, selain mendoakan agar rezekinya terus dilimpahkan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 18 Jul 2024

[VIDEO] Berkawan Sejak Berusia 19 Tahun, Zarina Anjoulie Anggap Bekas Suami Nora Danish Sebagai Abang – “Nedim Bukan Jenis Lepas Cerai Cari Perempuan Lain”

‘Selepas Nedim bercerai kami berhubung semula, tapi hubungan tak lebih dari abang adik’ – Zarina Anjoulie

Featured Thu, 1 Sep 2022
Featured Tue, 30 Aug 2022

Mesra Tonton Konsert Coldplay Hingga Didakwa Bercinta Dengan Aedy Ashraf, Ini Respons Daiyan Trisha – “Tiket Tu Sebenarnya…”

Tuan badan dah tampil jawab spekulasi hubungan percintaan dengan Aedy Ashraf 🥰 Amboiii. kemain lagi ek Sweet je!

Featured Thu, 18 May 2023
Hiburan Mon, 29 Oct 2018

It’s A BOY! Kapsyen Erma Fatima Untuk Adik Ipar Bikin Netizen Sebak

Berkemungkinan, kapsyen berkenaan mengingatkan perkara yang pernah dilalui oleh pelakon Mak Cun ini dahulu.

Trending Thu, 29 Mar 2018

Hantu Kebaya Merah Kembali?

Penampakan wanita berkebaya merah berjalan seorang diri di jalan gelap yang sunyi. Kalau korang, buat macam biasa atau dah jerit sekuat hati…hehe

Hiburan Fri, 6 Jul 2018

Pakar Sahkan Haqiem Rusli Alami Kemurungan

Buat masa ini, dia perlu bergantung kepada ubat serta beberapa sesi kaunseling bermula minggu depan. Terus kuat ya Haqiem!

error: Content is protected !!