Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 3, 2026 @ 10:45am

Emma Maembong Terkilan DJ Kidd Kongsi Status Berpisah, Tak Serik Kembali Jalin Hubungan Cinta

“Saya sebolehnya nak elak dan tak suka sangat nak berkongsi pasal personal life”,  demikian respons pelakon Emma Maembong selepas diajukan soalan mengenai kenyataan yang dibuat bekas kekasihnya iaitu DJ Kidd sebelum ini mengenai status perpisahan mereka.

Kata Emma atau nama lengkapnya, Fatimah Rohani Ismail, 34, dia reda menerima ketentuan itu walaupun berasa kurang selesa berkongsi mengenai hal peribadinya kepada khalayak.

“Saya sebenarnya tak suka share pasal personal life. Kau orang pun tahu saya seboleh-bolehnya nak mengelak dan tak suka sangat nak berkongsi.

“Tetapi memandangkan dia (DJ Kidd) pun dah buat statement macam tu, jadi kita ikut sajalah cara yang macam tu. Sebab macam tak manislah kalau kita nak bercakap-cakap kan? Kalau dia yang dah buat statement macam tu, saya ikut sahaja.

“Terkilan, sedikit sebanyak pastilah ada. Terasa tu adalah, mestilah semua pun. Tapi nak buat macam mana… kita tak boleh nak kawal hati orang. Saya kena reda saja,” katanya.

Dalam pada itu, Emma mengakui meskipun hubungan tersebut sudah terlerai, namun mereka masih bersahabat sekali gus tidak berasa trauma atau menutup pintu hati untuk mengenali individu lain.

“Kami ada berhubung sebab bagi saya, hidup ini singkat sahaja. Saya pun tidak suka bermusuh atau bermasam muka.

“Saya juga pernah melalui kegagalan dalam perkahwinan. Semua fasa ini mematangkan. Kalau suatu hari nanti berjodohan, kita terima cuma mungkin bukan sekarang.

“Sebenarnya nak trauma tu tak adalah dramatik sangat. Saya pun dah pernah berkahwin dan pernah gagal juga. Jadi macam saya cakap, setiap pertemuan tu  membuatkan saya lebih matang dan belajar erti kehidupan,” jelasnya.

Emma berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Usanita di Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada Khamis.

Terdahulu, DJ Kidd menyorot perhatian ramai apabila memuat naik hantaran di platform Threads miliknya memaklumkan  bahawa hubungannya bersama aktres jelita itu telahpun berkahir.

Sebelum itu, DJ Kidd pernah mencetuskan spekulasi sudah mengahwini Emma selepas menyebut perkataan isteri dpada sebuag hantaran di media sosial miliknya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 17 Oct 2022

Ibu Tepis Dakwaan, IsmailI Izzani Hamilkan Gadis & Kahwin Senyap-Senyap

Allahuakbar.. Siapa lah yang sebar cerita ni?

Hiburan Sat, 29 Jul 2023

Duet Lagu ‘Lemak Manis’ Bersama Haziq Rosebi, Aina Abdul Teruja Wirawati Tun Dr Siti Hasmah Petik Piano – “Tak Pernah Terlintas Jumpa Beliau”

Wahhhh, sempoinya Tun Dr Siti Hasmah main piano, Aina & Haziq pula nyanyi 🤩 Kita perlukan lagu duet mereka! 😚

Featured Sat, 24 May 2025

Kerap ‘Overthinking’, Shuib Dedah ‘Sakit’ Kehilangan Bintang – “Bila Watie Pregnant, Saya Jadi Takut Hilang Dia”

Shuib Sepahtu, meluahkan rasa sedih dan sayu selepas kehilangan anak dalam kandungan isterinya.

Contest Mon, 1 Nov 2021

Lagu Cinta Kita 3: Tak Nampak Chemistry, 2 Couple Tersingkir… Jom Recap Episod 1!

Gandingan pengacara popular Kamal Adli dan Ain Edruce menghangatkan lagi pentas Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) yang baru sahaja bermula malam tadi. Persembahan peserta dan komen dari juri cinta yang ‘panas’ ternyata lebih menarik perhatian […]

Hiburan Sun, 18 Aug 2024
Hiburan Thu, 9 Nov 2023

Lelong Barangan Peribadi, Faizal Tahir Tunjuk Solidariti Melalui Faith4Palestine

Setiap sen hasil kutipan tiket dan jualan barang disalurkan 100% kepada saudara di Palestin.

Featured Fri, 21 Jul 2023
Trending Wed, 26 Aug 2020
error: Content is protected !!