Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 8, 2026 @ 3:26pm

Konsert Kristal OG Rai 25 Tahun Perjalanan, Satukan ‘Keluarga Besar’ Dalam Pentas Bersejarah

Kumpulan rock Kristal bakal mencipta sejarah tersendiri apabila menghimpunkan barisan ahli lama dan baharu menerusi konsert istimewa ‘Kristal OG – 25 Tahun Dalam Satu Malam’ yang dijadualkan berlangsung pada 1 Mei ini di Zepp Kuala Lumpur.

Konsert berkenaan dianjurkan bersempena ulang tahun ke-25 perjalanan seni kumpulan itu dalam industri muzik tanah air, sekali gus menjadi platform mengimbau nostalgia serta meraikan legasi yang dibina sejak penubuhan mereka.

Menurut vokalisnya, Lan Solo, konsert tersebut akan menampilkan kelainan berbanding persembahan terdahulu apabila mereka tampil dengan konsep ‘all out’.

“Konsert kali ini berlainan dengan konsert Kristal sebelum ini. Kami akan ‘all out’ dengan saya menyanyikan lagu-lagu daripada album pertama sehingga album ke-13.

“Lagu-lagu ini termasuk yang dirakam bersama ahli lain seperti Rody, Izal, Joe, Acap, Amai, Ainol, Rijal dan ramai lagi keluarga besar Kristal,” katanya.

Tambah Lan, perjalanan 25 tahun itu sarat dengan pelbagai pengalaman yang membentuk identiti kumpulan berkenaan hari ini.

“Sepanjang 25 tahun ini, kami melalui pelbagai cabaran, jatuh bangun, sedih dan gembira. Walaupun ahli silih berganti, semangat untuk berkarya tidak pernah pudar.

“Konsep dan genre muzik kami kekal sama, dan itulah yang menjadikan Kristal terus relevan hingga hari ini,” katanya.

Konsert itu dianjurkan oleh Pertubuhan Kasih KhaiRosma dengan kerjasama Blavia dan Andromeda Event sebagai penganjur acara.

Sokongan turut diberikan oleh Kementerian Komunikasi melalui MyCreative Ventures menerusi Dana Kandungan Kreatif – Industri Muzik dan Dana Persembahan Muzik.

Sementara itu, wakil penganjur, Khai, berkata idea penganjuran konsert berkenaan tercetus selepas beliau menjalinkan hubungan rapat dengan Lan serta melihat potensi untuk mengangkat perjalanan seni kumpulan itu ke pentas lebih besar.

“Lan sebelum ini tidak pernah mengadakan konsert solo berskala besar, hanya tampil bersama vokalis lain. Dari situ timbul idea untuk menghasilkan konsert ini.

“Sudah tentu ada cabaran, tetapi kami mahu menjadikan Konsert Kristal OG ini sebagai satu jenama,” katanya.

Artikel Berkaitan: “Dah Rendahkan Ego, Tapi…” – Lan Solo Kecewa Rody Masih ‘Dingin’, Impian Bersatu Dalam Konsert Kristal OG Terkubur

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 17 Dec 2020
Hiburan Wed, 1 Aug 2018

Bukan Lagi Anak Menteri, Dafi Lega Perubahan Bapanya?

Jujur saya katakan, pada awal selepas hal itu berlaku (peralihan Kerajaan), sana dan adik beradik juga tertanya, apa yang akan terjadi seterusnya.

Featured Tue, 6 Aug 2024
Hiburan Fri, 7 Mar 2025

“Poligami Bukan Tanda Tak Bersyukur” – Bakal Kahwin Dua, Azlan Komeng Nafi Abaikan Pengorbanan Nur Nilam

Azlan bertegas dia hargai pengorbanan Nur Nilam yang menjaganya selepas terbabit kemalangan

Featured Sat, 10 Sep 2022
Trending Sun, 28 Mar 2021

Belum Terfikir Pulang Ke Amerika Syarikat, Yuna Siapkan Album Baharu Di Malaysia

Penyanyi tempatan yang menempa nama di peringkat antarabangsa, Yuna, 34, belum terfikir untuk kembali Amerika Syarikat dalam masa terdekat. Hampir 10 tahun membangunkan karier muzik di sana, pemilik nama sebenar Yunalis Mat Zara’ai ini sedang […]

Events Sat, 31 Mar 2018

Hrithik Roshan Rujuk Bekas Isteri?

Pasangan Hrithik dan bekas isterinya, Sussanne sering berhubung demi  menjaga kebahagian anak mereka malah selalu juga bercuti bersama ke luar negara.

error: Content is protected !!