Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 14, 2026 @ 5:31am

Beli Rumah Sejak Usia 19 Tahun, Aliff Syukri Miliki Lebih 200 Hartanah – “Ada Di Sungai Buloh, Puncak Alam, Setia Alam, London & Indonesia”

Usahawan selebriti dan penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan memiliki ratusan aset hartanah hasil perancangan pelaburan jangka panjang yang diusahakan sejak usia muda.

Aliff, 40, berkata jumlah keseluruhan aset yang dimilikinya kini dianggarkan antara 200 hingga 300 unit, melibatkan pelbagai jenis kediaman seperti kondominium mewah, apartmen dan rumah kos rendah.

“Saya memang minat kumpul aset dan sekarang jumlahnya sekitar 200 hingga 300 unit, termasuk rumah yang kebetulan viral baru-baru ini.

“Saya mula beli hartanah sejak umur 19 tahun lagi. Kalau masa itu saya tak ambil peluang, mungkin sekarang harganya sudah jauh lebih tinggi. Pada saya, hartanah adalah pelaburan jangka panjang, selain untuk kegunaan keluarga.

“Saya ada kediaman yang disewakan di Sungai Buloh, Puncak Alam, Setia Alam, di London ada satu hartanah dan di Indonesia pula sekitar 15 unit,” katanya.

Pelantun lagu Mama Papa Raya itu berkongsi perkara terbabit ketika ditemui pada majlis rumah terbuka yang berlangsung di kediamannya di Kota Damansara, pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja Aliff Syukri Sebak Terima Tawaran Tunai Umrah, Luah Rasa Syukur Bekerja Dalam Persekitaran Syarikat Positif

Menurutnya lagi, kebanyakan hartanah tersebut tidak didiami, sebaliknya disewakan sebagai sumber pendapatan tambahan selain perniagaan kosmetik yang dijalankannya.

“Antara aset yang saya ada termasuk kondominium, apartmen dan rumah kos rendah. Saya juga uruskan semua hartanah ini melalui syarikat sendiri, Aliff Syukri Properties. Kebanyakannya tidak diduduki, saya sewakan dan dari situ datangnya pendapatan tambahan,” jelasnya.

Dalam masa sama, isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid turut berkongsi minat terhadap pelaburan hartanah sudah lama menjadi sebahagian daripada perancangan kewangan mereka sebagai pasangan.

“Saya dan suami memang suka melabur dalam hartanah sejak dulu. Ia bukan saja jadi sumber pendapatan, malah sebagai simpanan masa depan. Rumah yang tular itu pun sebenarnya berlaku secara tidak sengaja. Kami lihat aset ini sebagai persediaan untuk anak-anak, mana tahu satu hari nanti mereka mahu gunakan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Setiap Kali Solat Saya Berdoa, Jadikanlah Anak-Anakku Soleh & Solehah” – Sambut Hari Lahir, Nur Shahida Kongsi Harapan Di Usia 41 Tahun

Namun begitu, Shahida menegaskan mereka tidak memperuntukkan mana-mana aset secara khusus kepada anak-anak, sebaliknya mahu mendidik mereka untuk berdikari.

“Walaupun kami ada banyak aset, kami tidak tetapkan mana-mana khusus untuk anak-anak. Saya sudah sediakan asas seperti pendidikan. Selebihnya, saya mahu mereka belajar usaha sendiri dan bina kehidupan masing-masing,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 16 Sep 2019

Air Mata Siti Nurhaliza Tumpah Jua Selepas…

Kenapa Tok Ti sebak tiba-tiba?

Featured Thu, 29 Sep 2022

Shuib Pecah Lantai Rumah, Netizen Pula….

Lahhh, nak ubah suasana rumah je, tak semestinya Shuib lupa pada arwah Siti Sarah 🥺

Hiburan Wed, 1 Feb 2023
Hiburan Mon, 15 Oct 2018

Netizen Bengang Cara KJ Salam Syed Saddiq?

Video tersebut menunjukkan aksi Syed Saddiq yang baru tiba di KLIA menghulurkan tangan untuk bersalam dengan hadirin termasuk KJ.

Featured Fri, 27 Jan 2023
Trending Wed, 29 Jan 2020
Hiburan Fri, 20 Sep 2019

Tahniah…Alif Satar, Isteri Dapat Anak Ketiga!

Syukur Alhamdulillah…Tahniah Alif & Shad!

Hiburan Wed, 13 Dec 2023
error: Content is protected !!