Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 24, 2026 @ 5:18pm

“Kalau Ditakdirkan Saya Kahwin Lagi, Saya Takkan Jadi Diri Saya Yang Dulu – Puteri Sarah Liyana

Pelakon dan usahawan, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin mendedahkan pengalaman kehidupan berumah tangga sebelum ini dan kemungkinan jika dia berkahwin semula pada masa hadapan kelak.

Kata Sarah menerusi sepotong video pendek sesi temu bualnya bersama audio siar Studio Sembang, dia pernah membuat keputusan paling besar dalam hidup apabila memilih untuk meninggalkan kerjaya demi memberi sepenuh tumpuan kepada keluarga.

“I choose to be a housewife  and leave everything. Korbankan segala-galanya hanya untuk menjadi seorang isteri dan ibu yang baik untuk anak-anak saya.

“Dan masa tu, saya fikir itu adalah keputusan yang tepat tetapi kemudiannya ada pula circumtances yang datang,” katanya.

@studiosembang #jomsembang dengan Puteri Sarah Liyana guys! kalau nak tahu apa cer dalam episode ni, kena lah layan hari khamis 10pm macam biasa kat @YouTube @Spotify atau @Apple Podcasts tau! #studiosembang ♬ original sound – Studio Sembang

Bagaimanapun, pengalaman lampau membentuk dirinya menjadi wanita yang lebih berdikari dan bekerjaya.

“Sekarang saya berubah pula menjadi seorang ibu yang bekerjaya.

“Kalau satu hari nanti saya berkahwin semula dan kembali kepada diri saya yang lama, saya tak kisah sebenarnya… I love that sebenarnya.

“Tapi mungkin ada perubahan sikit lah. Bukan macam dulu lagi,” katanya lagi.

Dalam hantaran sama, ibu anak dua itu menegaskan, pengalaman lampau dibuat tanpa berfikir panjang dan dia kini lebih berhati-hati dalam membuat keputusan.

“Kalau dulu saya betul-betul bagi kesemuanya. I give evrything, Kalau anda rasa nak korbankan segala-galanya, nak jadi suri rumah, tinggalkan karier tanya balik diri, berbaloi tak?  Kalau berbaloi you dapat the happiness tu, okay lah,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 16 Aug 2022

“Cuba Jadi Baik Walau Tak Sempurna…”- Siti Nordiana Akui Istiqamah Itu Tidak Semudah Yang Disangka

Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana tidak menolak dakwaan bahawa pemilihan kawan-kawan dan orang sekeliling yang betul menjadi asbab seseorang itu berubah dan istiqamah ke arah kebaikan. Namun, pastinya bukan mudah untuk seseorang individu itu sentiasa […]

Hiburan Tue, 28 Oct 2025

“Semua Yang Kita Lakukan Tergantung Kepada Nawaitu” – Nur Fazura

Fazura nasihat pengikut setiap perbuatan tergantung kepada nawaitu, Allah lihat hasil

Hiburan Tue, 28 Nov 2023
Hiburan Fri, 15 Aug 2025

Atikah Suhaime Hadiahkan Diri Emas Setiap Kali Berjaya Bersenam

Atikah Suhaime beli emas sebagai ganjaran selepas bersenam berat

Featured Wed, 26 Mar 2025

“Saya Akan Terus Belajar Dari Dugaan Ini” – Lantikan Aaron Aziz Sebagai Pengarah Pemasaran Agensi Umrah Ditamatkan

keputusan itu dibuat hasil perbincangan secara terbuka dan profesional antara pihak syarikat dan aktor itu.

Featured Fri, 28 Feb 2025

“Benda Tu Memang Tak Benar” –  Shikin Nafi Emma Maembong Sudah Berkahwin

Shikin juga terkejut dengan berita tular menga.takan Emma sudah berkahwin.

error: Content is protected !!