Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 7, 2026 @ 12:37pm

Jazmy Juma Mahu Cabar Diri Bawa Watak ‘Psycho-Thriller’ & Komedi – “Tak Mudah, Perlu Persediaan Banyak”

Pelakon, Jazmy Juma mengakui masih belum puas meneroka pelbagai jenis karakter meskipun sudah membawakan pelbagai watak sepanjang bergelar anak seni.

Menurut Jazmy atau nama lengkapnya Jazmy Khan Juma Khan, 28, dia kini menyimpan hasrat untuk mencabar diri menerusi genre psycho-thriller dan komedi yang disifatkan antara naskhah paling sukar untuk dijayakan.

“Setakat ini saya dah buat pelbagai watak, tetapi saya masih lagi nak meneroka lagi. Saya rasa nak buat psycho-thriller dengan komedi selepas ini sebab sekarang banyak sangat cerita aksi dan cinta.

“Saya rasa komedi ini benda yang susah dan tak semua orang boleh buat lawak. Mungkin lakonan lain lebih mudah dan natural.

“Yang pasti saya ingin mencuba psycho-thriller yang pertama, kedua komedi dan ketiga aksi. Ketiga-tiga ini banyak persediaan yang perlu dibuat,” katanya.

Jazmy berkata demikian ketika ditemui di set penggambaran drama Yes! Captain Zul Aaryan di Kota Damansara pada Rabu.

Dalam masa sama, Jazmy turut mengakui setiap karakter yang dibawa memberi pengalaman berbeza dan banyak mengajarnya mengenai kehidupan.

“Saya pun tak tahu lagi apa perasaan yang saya mampu rasa daripada karakter-karakter lain sebab setengah orang dia sekat perasaan itu, tetapi bagi saya pula rasa benda itu mengajar saya erti kehidupan.

“Tapi saya kena rasa sekali supaya benda itu terkeluar dan sampai kepada penonton di skrin,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: “Jaga Kata-Kata Anda & Tolong Hormat Keputusan Peribadi Saya”- Jazmy Juma

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 2 Mar 2023
Hiburan Tue, 22 May 2018

Syabas! Festival Martabat Warisan Bangsawan Jelajah Lapan Negeri

Teater Bangsawan Dendam Laksamana yang pernah dipentaskan tahun lalu akan menampilkan wajah-wajah lama dan juga baharu. Gandingan segar tahun ini membariskan pelakon antaranya Nadia Aqilah Bajuri, Hairi Safwan, Asmidar, Jay Iswazir, Anwar Rusdini, Fitri, Naque Ariffin, Nazurah, Tria Aziz, Ucop, Azman Hassan dan ramai lagi.

Hiburan Tue, 31 Jul 2018

Belum Sedia Hamil Lagi, Biarlah Arif Membesar Dulu

Dengan jumlah pengikut serama 573,000 di laman Instagram kanak-kanak comel ini, tidak hairanlah Ariff dilihat mampu ‘mencaras’ populariti ibunya sendiri.

Trending Mon, 8 Apr 2019

#SetulusIkhlas : Tular Di Instagram, Wanita Ini Kongsi Kisah Bantu Suami Isteri Dibuang Keluarga

Terbaru, tular di Instagram apabila seorang pemilik Instagram yang dikenali dengan nama Massiew berkongsi kisah sedih bagaimana dia membantu pasangan suami isteri daif yang dibuang keluarga.

Trending Fri, 15 Jan 2021

Kerajaan Diminta Sedia Moratorium Menyeluruh, Tumpu Kepada B40 M40 Setiap Sektor

Kita doakan semoga ekonomi negara masih boleh dipulihkan!

Hiburan Sat, 25 Aug 2018

Nadiyah Shahab Tak Harap Majlis Kahwin Terlampau Gah

Untuk mengikuti lakonan terbaharu Nadiyah, anda boleh menyaksikan telefilem Mama Tak Akan Sama diportal rasmi  di www.tonton.com.my 

Trending Mon, 14 Dec 2020

Perdana Menteri Arah Bekalan Vaksin Ditambah Sehingga 70%

Semoga ini yang terbaik buat rakyat Malaysia

error: Content is protected !!