Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 8, 2026 @ 3:19pm

Jamal Abdillah Perjelas Dakwaan Bersara, Akui Hanya Gurauan Pentas

Penyanyi legenda, Jamal Abdillah menafikan dakwaan kononnya dia mahu mengundurkan diri daripada dunia seni selepas tular video memaparkan dirinya memberi bayangan mengenai persaraan.

Menerusi temu bual bersama Hot FM, Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidilah Ali, 66, menjelaskan kenyataannya itu sekadar gurauan spontan ketika membuat persembahan di sebuah majlis.

Menurut pelantun lagu Kekasih Awal Dan Akhir itu, dia berasa penat dan hilang semangat selepas terpaksa menunggu hampir empat jam sebelum naik ke pentas.

“Sebenarnya saya menunggu di majlis itu hampir empat jam, jadi semangat untuk buat persembahan dah pudar dan saya rasa lemau.

“Artis-artis baru ramai, tapi mereka bagi saya menyanyi yang akhir sekali,” katanya.

Jelas Jamal, faktor keletihan itu membuatkan dia berseloroh mengenai persaraan ketika sedang membuat persembahan.

“Semasa saya menyanyi, saya risau tahap pencapaian untuk saya membuat persembahan tak sampai. Sebab itulah saya kata, saya sudah letih dan selepas hari lahir nanti saya nak bersara.

“Sebenarnya itu hanya gurauan pentas, bukannya betul pun. Istilah bersara untuk orang seni memang tak ada,” katanya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hot FM 🇲🇾 (@hotfm976)

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan Raja Pop negara itu seakan-akan mengumumkan persaraannya daripada arena muzik sehingga mencetuskan tanda tanya dan spekulasi dalam kalangan peminat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 7 Aug 2023
Hiburan Mon, 1 Jul 2019

Johan As’ari Tak Kisah Kalau Tak Jadi Kahwin?

Kita doa yang baik-baik untuk Johan & Letty okay!

Hiburan Wed, 1 Aug 2018

泰星小鲜肉Lee和女神Mook 10日来马宣传

泰剧《我亲爱的失败者之怪物浪漫》男女主角小鲜肉Lee及女神Mook,将于8月10日来马展开2天1夜的浪漫宣传之旅。

Hiburan Mon, 18 Mar 2019

Video Lucah Aiman Tino Viral, Syafiq Kyle Tampil Beri Nasihat

Sebelum melakukan perkara yang bercanggah dengan adat, agama fikirlah insan yang tersayang

Cahaya Mata Tue, 25 Oct 2022

“Muka Mama Sangat” – Kecomelan Anak Mira Filzah Curi Tumpuan

Rupa paras comel anak lelaki pelakon dan pengacara Mira Filzah, Wan Khair Amir dihujani dengan pelbagai reaksi positif dan pujian dalam kalangan warganet di Instagram. Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman memuat naik foto […]

Featured Wed, 26 Mar 2025

Shiha Zikir Tegur Individu ‘Kaki’ Sebar Fitnah – “Apa Masalah Cik Kak? Meroyan Ke?”

Penyanyi Shiha Zikir meluahkan rasa kesal terhadap individu yang didakwa selalu menyebarkan fitnah terhadap dirinya.

error: Content is protected !!