Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 13, 2026 @ 1:00pm

“Bukan Niat Nak Gunakan Kesempatan Yang Ada” – Aliff Syukri

Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri menjelaskan, tindakannya membantu wanita bernama, Salinah Adelinah Abdullah atau lebih dikenali sebagai @amoibajumerah bukanlah untuk mengambil kesempatan di atas kesusahan wanita itu sebaliknya, mahu meringankan beban yang ditanggung.

Kata Aliff menerusi perkongsian di Instagram, meskipun dia bukanlah seorang yang berpengaruh, namun dia cuba untuk membantu selagi yang termampu.

Dalam hantaran sama, Aliff turut memuji Amoi sebagai seorang anak yang sangat hebat kerana tidak pernah berputus asa menjaga ayahnya yang sakit.

“Amoi anak yang hebat. Papa ni bukan menteri, bukan juga Jabatan Kebajikan. Tapi papa sehabis baik cuba membantu mana yang termampu sahaja,” katanya.

Mengulas lanjut, Aliff bersyukur kerana jualan sambal Amoi juga  mendapat sambutan luar biasa selepas dibantu menerusi platform media sosial miliknya.

“Syukur papa bantu jualkan sambal Amoi dan terjual lebih 3,000 unit.. Saya nampak sinar kegembiraan Amoi dan juga ayahnya.

“Terima kasih yang menyokong. Bukan niat nak gunakan kesempatan yang ada, tetapi Papa dengan ikhlas cuba meringankan beban yang menimpa.

“Semoga Amoi mampu berusaha dan teruskam hidup bagi menyara ayahnya yang terlantar sakit. Terima kasih rakyat Malaysia kerana menyokong dalam semua perkara yang saya lakukan

“Hasil jualan akan saya salurkan semuanya kepada Amoi dan ayahnya,” jelasnya.

Sebelum ini, nasib Amoi menyorot perhatian ramai apabila wanita itu memaklumkan kedua-dua kakinya mengalami keretakan sekali gus bingung tidak dapat membantu menguruskan ayahnya.

Artikel Berkaitan: Zarina Zainuddin Pertahan Aliff Syukri Mahu Bantu Remaja Kemboja – “Jangan Dengki, Tak Kira Orang Mana Pun Dah Rezeki Dia”

Artikel Berkaitan: Aliff Syukri Hulur Gaji Puluhan Ribu Buat Norish Karman & Anak-Anak – “Mereka Bukan Meminta-Minta Tetapi Bekerja”

Artikel Berkaitan:Azar Azmi Nafi Guna RM40,000 Sumbangan Aliff Syukri Untuk Ikat Jamin Suami, Fokus Bayar Hutang Cecah Ratusan Ribu Ringgit

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 20 Oct 2022

“Ini Semua Drama Je Tau… Bukan Betul-Betul”- Akibat Watak ‘Makan Dalam’, Syamim Farid Terima Ugutan Simbah Asid

Watak Heliza menerusi drama yang kini mencetuskan fenomena, Sekali Lagi Cinta Kembali, memberi impak besar kepada Che Puan Syamim Farid, 31, apabila diugut akan disimbah dengan asid selain menerima kata-kata kesat daripada individu yang tidak […]

Hiburan Mon, 18 Dec 2023
Hiburan Sat, 13 Sep 2025

Zahirkan Rasa Cinta Mendalam Terhadap Tanah Air, BluntSheep Lancar Mini Album ‘Di Puncak Dunia’

Lagu utama yang turut dinamakan Di Puncak Dunia membawa mesej perjuangan, perpaduan dan cita-cita tinggi untuk mengangkat nama Malaysia di persada dunia.

Selebriti Fri, 1 Sep 2023
Hiburan Wed, 28 Feb 2018

Nur Sajat Has Her Own Show!

The lady has been the icon of controversy for the longest of time now but that does not mean her influence isn’t strong. Now, she has even has her own reality show!

Hiburan Mon, 3 Jun 2019

Adibah Noor Bengang Pengguna Akaun Linked In Guna Tanpa Izin!

Adibah Noor meminta pengikutnya di laman sosial agar melaporkan sebuah akaun palsu dipercayai Linked In yang menggunakan fotonya untuk tujuan negatif.

Featured Tue, 2 Apr 2024

“Memang Tak Ada Rupa Manusia Kalau Dapat Ni”- Neelofa Panas Hati, Titip Komen Isu Pengasuh Biadab Dera Kanak-Kanak

Mau tak geram! Kalau tengok budak tu kena pukul hati ni pun auto panassss je tengok maid dia🔥🔥🔥

error: Content is protected !!