Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 13, 2026 @ 5:56am

Tunai Rukun Islam Kelima… Anak Sulung Berderai Air Mata Iringi Keberangkatan Tomok, Lisa Surihani Berkorban Tinggalkan Keluarga

Pelakon berbakat, Datin Lisa Surihani bersama penyanyi Tomok dan jemaah lain selamat berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan Rukun Islam kelima.

Di sebalik senyuman dan pelukan terakhir bersama ahli keluarga di lapangan terbang, tersimpan pelbagai rasa yang sukar digambarkan.

Momen perpisahan itu turut dipenuhi dengan air mata dan doa daripada insan tersayang sebelum para jemaah memulakan perjalanan suci mereka bersama Irkaz Travel & Tours yang berlepas pada Khamis lalu.

Dalam sedutan video yang viral di media sosial, Lisa berkongsi makna pengorbanan yang paling besar.

Dalam video sama, anak sulung Tomok, Arrian Shah Akid dilihat gagal menahan sebak ketika menghantar kedua ibu bapanya berangkat menunaikan ibadah Haji.

Reaksi penuh emosi itu turut menyentuh hati ramai yang menonton perkongsian tersebut di media sosial.

Menurut Lisa, cabaran paling besar yang dirasainya sebelum berangkat adalah meninggalkan keluarga tercinta terutama suami, anak-anak dan ibunya.

“Perkara paling berat untuk saya tentunya apabila terpaksa berjauhan dengan suami, anak-anak dan mak sepanjang berada di Tanah Suci,” katanya menerusi sebuah video yang dikongsikan di Instagram rasmi Irkaz Travel.

Lisa dan Tomok berangkat bersama jemaah haji Irkaz Travel & Tours pada Khamis lalu.

Tahun ini menjadi detik istimewa buat Irkaz Travel & Tours apabila diberi kepercayaan sebagai Pengelola Jemaah Haji dengan komitmen mengutamakan kebajikan dan keselesaan para jemaah.

Pada masa sama, Irkaz Gourmet Central Kitchen di Mekah turut memulakan operasi pertama bagi menyediakan sajian makanan khas buat para jemaah di Aziziyah sepanjang musim Haji.

“Menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan para jemaah bukan sahaja mendapat perkhidmatan terbaik, malah merasai ketenangan dan sokongan sepanjang melaksanakan ibadah Haji. Kami berharap seluruh perjalanan ini dipermudahkan dan dikurniakan Haji yang mabrur buat semua jemaah,” kata wakil pengurusan Irkaz.

Menurut pihak pengurusan, usaha itu dilakukan bagi memastikan setiap jemaah berasa lebih selesa dan terjaga sepanjang berada di Tanah Suci, selain berharap semua urusan ibadah dipermudahkan dan dikurniakan Haji yang mabrur.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 12 Jul 2018

Deepika Padukone is Kuala Lumpur!

If you’re lucky, try and take a get a selfie with the superstar.

Trending Mon, 3 May 2021
Hiburan Fri, 21 Nov 2025
Events Fri, 8 Feb 2019

#WinWithXtra: Enjoy a Day Filled with Joy at The Skytropolis Funland in Genting

It will be a fun getaway with family and friends regardless of age!

Featured Fri, 28 Feb 2025

Diinspirasi Dari Kisah Peribadi, Nyoman Paul Tuju Lagu ‘Alunan Mimpi’ Buat Mendiang Sahabat

MV ini dihasilkan oleh You Know Who Film dengan David Christover bertindak sebagai Director of Photography.

Gaya Hidup Wed, 6 Apr 2022

Philips Steam Generator Jamin Tiada Kesan Bakar Pada Pakaian

Kerja menggosok pakaian bukanlah kegemaran semua. Lebih-lebih lagi ketika mengejar masa untuk ke tempat kerja, menggosok baju yang banyak kedutan memerlukan masa lebih lama. Membantu rakyat Malaysia menyelesaikan tugas menggosok baju penuh gaya, Philips memperkenalkan […]

Trending Tue, 15 Jun 2021

Wah! Muncul Di Program Hiburan Popular Korea, Nama Aina Abdul Trending Di Twitter

Penampilan penyanyi Aina Abdul di program hiburan popular Korea Selatan semalam membuatkan namanya trending di laman sosial Twitter. Ramai peminat tempatan yang memperkatakan mengenai kemunculan pelantun lagu Sepi itu di salah sebuah episod program muzikal […]

Hiburan Sat, 13 Dec 2025

“Dia Sampai Berguling Atas Lantai” – Fasha Sandha Akui Hati Luluh, Mental Perlu Kuat Demi Anak

Fasha Sandha bagaimanapun menegaskan dia tidak menyesal bergelar anak seni

error: Content is protected !!