Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 13, 2026 @ 7:55am

Himpunkan Lebih 100 Pempengaruh Dari Lebih 20 Negara, All Star Influencers Award 2026 Kembali Dengan Lebih Mega!

All Star Influencers Award (ASIA) 2026 kembali dengan skala lebih besar apabila menghimpunkan lebih 100 pempengaruh dari lebih 20 negara bagi mempromosikan Malaysia menerusi kempen pelancongan digital selama tujuh bulan.

Penganjuran kali ini dijangka menjadi antara platform promosi digital terbesar di Asia dengan gabungan lebih 500 juta pengikut di media sosial termasuk Instagram dan TikTok.

Ketua Pegawai Eksekutif ASIA, Datuk Abd Rahman Soltan berkata, ASIA2026 kini bukan sekadar malam anugerah tahunan, sebaliknya platform global yang menghubungkan pelancongan, budaya dan industri kandungan digital.

“Media sosial hari ini memainkan peranan besar dalam mempengaruhi trend pelancongan dunia. Sebab itu kami menghimpunkan pempengaruh antarabangsa bagi memastikan Malaysia menerima liputan organik yang lebih meluas,” katanya.

Program itu dianjurkan dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) serta Tourism Malaysia selari aspirasi Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Sepanjang tujuh bulan pelaksanaan, delegasi pempengaruh tempatan dan antarabangsa akan menjelajah beberapa negeri termasuk Johor, Perak, Pulau Pinang, Sabah, Terengganu, Kedah dan Melaka bagi mempromosikan budaya, makanan, lokasi ikonik serta gaya hidup tempatan kepada jutaan pengikut seluruh dunia.

Malam kemuncak All Star Influencers Award (ASIA) 2026 dijadual berlangsung pada November depan menerusi acara eksklusif bertaraf antarabangsa yang menghimpunkan pempengaruh, selebriti digital dan pemain industri kreatif.

Tahun lalu, ASIA2025 mencipta rekod apabila meraih lebih 1.6 bilion capaian digital menerusi tanda pagar rasmi #AllStarInfluencersAward2025 di pelbagai platform media sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 23 Dec 2025

Individu Fitnah Uqasha Senrose ‘Hamil’ Anak Orang Lain, Kamal Adli Bersuara! – “Itu Anak Kandung Saya”

Menyifatkan komen yang diberikan itu sebagai keterlaluan, Kamal menegaskan, tuduhan berkenaan sama sekali tidak benar dan melampaui batas sebagai seorang muslim.

Featured Mon, 19 Jul 2021

Caprice Tampil Mohon Maaf – “Apa Yang Berlaku Adalah Kesilapan Saya”

Buang yang keruh, ambil yang jernih tak giteww?!

Trending Mon, 9 Dec 2019
Trending Mon, 9 Oct 2023
Trending Wed, 19 Sep 2018

Jimat RM 200, DIY ‘Repair’ Mesin Basuh Dengan Mudah. Sejam Dah Siap!

Tidak perlu lagi keluar duit untuk membaiki mesin basuh anda.

Trending Thu, 22 Feb 2018

KENAPA WANITA SUKAR DIFAHAMI?

Kaum lelaki harus faham, wanita tidak berterus terang dan selalunya menggunakan pendekatan ‘berkias’. Seringkali, lelaki perlu berusaha memahami segala kehendak wanita.

error: Content is protected !!