Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 18, 2026 @ 10:30am

Lakar Sejarah Tersendiri, Yazmin Aziz Terus Cipta Nama Di Peringkat Antarabangsa

Terus mencipta nama di persada antarabangsa, penyanyi Yazmin Aziz melakar sejarah tersendiri apabila muncul sebagai artis Malaysia pertama membuat persembahan di platform terkenal antarabangsa, Wish 107.5 Wish Bus.

Kemunculan itu sekali gus menjadi satu pencapaian besar bukan sahaja buat perjalanan seninya, malah turut mengangkat nama Malaysia di pentas muzik antarabangsa yang semakin kompetitif.

Persembahan yang dirakam pada 20 Januari lalu itu mula ditayangkan secara rasmi pada 4 Mei lalu pada jam 9 malam waktu Malaysia dan Filipina.

Platform Wish Bus sememangnya dikenali sebagai antara medium persembahan langsung paling berpengaruh di Asia dengan jutaan tontonan daripada peminat muzik seluruh dunia.

Berasal daripada stesen radio popular Filipina, Wish 107.5 berkembang menjadi studio rakaman bergerak bertaraf antarabangsa yang sering digelar sebagai “FM bergerak” berteknologi tinggi.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2014, Wish Bus berjaya mencipta identitinya tersendiri apabila membawa konsep persembahan langsung di ruang awam sebelum dimuat naik secara profesional menerusi YouTube di bawah sesi “Wishclusive”. Banyak persembahan yang pernah ditampilkan di platform itu turut menjadi tular hingga meraih ratusan juta tontonan di seluruh dunia.

Kini, platform tersebut turut berkembang ke beberapa negara lain termasuk Amerika Syarikat dan Korea Selatan, sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai salah satu platform muzik paling berpengaruh di Asia. Malah, kemunculan artis di Wish Bus sering dianggap sebagai simbol kredibiliti dan pengiktirafan budaya dalam industri muzik antarabangsa.

Persembahan Yazmin menampilkan single terbaharunya berjudul Nagpalinlang, lagu pertama nyanyiannya dalam bahasa Tagalog yang kini mula mendapat perhatian pendengar Filipina di seluruh dunia. Lagu tersebut diterbitkan di bawah Sony Music dan dilancarkan pada 16 Januari lalu.

Ditulis bersama Adonis Tabanda serta diterbitkan oleh Adonis Tabanda dan Bo Amir Iqram, lagu berkenaan membawa elemen emosi yang kuat dengan gabungan bunyi rancak berinspirasikan OPM atau Original Pilipino Music.

Menurut Yazmin, lagu itu bukan sekadar kisah putus cinta biasa tetapi lebih kepada perjalanan seseorang menemukan kembali harga diri selepas melalui pengalaman dikhianati.

“Ia bukan lagu sedih semata-mata. Lagu ini lebih kepada kesedaran diri dan memilih untuk menghargai diri sendiri daripada terus hidup dalam penipuan,” katanya.

Kemunculan Yazmin di Wish Bus hadir seiring dengan pencapaian antarabangsa lain yang turut membanggakan. Pada tahun lalu, dia mewakili Malaysia sebagai satu-satunya peserta dari Asia Tenggara dalam pertandingan nyanyian Silk Way Star di Kazakhstan dan berjaya mencatat jumlah siaran episod tertinggi merentasi enam rangkaian televisyen antarabangsa.

Pencapaian itu membuktikan nama Yazmin kini semakin berkembang di peringkat global. Tidak hanya memperkenalkan bakatnya kepada dunia, malah membuka ruang lebih luas buat artis Malaysia untuk turut mendapat perhatian antarabangsa.

Selain aktif dalam muzik, Yazmin juga mempunyai pengaruh besar di media sosial dengan lebih 1.9 juta pengikut di TikTok menerusi kandungan pelbagai bahasa, humor dan penceritaan yang dekat dengan kehidupan harian.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 22 Jan 2018

SALAH KE CHE TA PEGANG MIC?

Saya betul- betul nervous bila fikir nak menyanyi

Featured Mon, 5 Aug 2024

Hasrat Arwah Jay Jay Beli Kereta Baru Tak Kesampaian, Sempat Serah Tanggungjawab Jaga Isteri Pada Anak

Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. Al-Fatihah🥀

Hiburan Tue, 29 Apr 2025

Sebak Bertemu Semula, Afdlin Shauki Akui Rindu Que Haidar Selepas Lebih 10 Tahun Tidak Bertegur

Afdlin Shauki sebak jumpa Que Haidar lepas 10 tahun menghilang

Featured Mon, 28 May 2018

Pancing Putera George Dengan Smarties Baru Dia Tersenyum Lebar

Alexi Lubomirski mendedahkan betapa sukarnya pewaris takhta itu untuk senyum dan bagaimana dia akhirnya dapat membuatkan George tersengih dengan cara yang cukup mudah iaitu dengan menyogok George dan lainnya coklat Smarties.

Kisah Viral Tue, 23 Jun 2026

Miliki Lebih 4 Juta Pengikut, ‘Durian Influencer’ Edison Ang Buka Pusat Pengalaman Raja Buah Terbesar Asia… Mahu Dunia Kenali Kisah Musang King!

Digelar sebagai durian influencer, Edison Ang tidak sekadar berkongsi kandungan mengenai raja buah, malah kini membawa minatnya ke satu tahap lebih besar.

Featured Sun, 24 Dec 2023

Ibu Kandung & Teman Lelaki Ditahan, Beri Bayi 16 Bulan Dadah

Allahu, apa teruk sangat manusia sekarang ni tak ada hati perut!😡

Featured Fri, 13 Feb 2026

“Hidup Lebih Tenang Bila Berhenti Sibuk Hal Orang Lain”- Remy Ishak

Pelakon popular, Datuk Remy Ishak meluahkan pendapat peribadinya mengenai ketenangan hidup.

error: Content is protected !!