Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 21, 2026 @ 10:45am

“Belum Masanya, Banyak Lagi Saya Harus Belajar” – Amir Ahnaf Tak Ralat Tolak Tawaran Bawa Watak Hang Tuah

Pelakon berbakat, Amir Ahnaf menjelaskan, dia tidak ralat melepaskan peluang keemasan membawakan watak Hang Tuah dalam teater ikonik muzikal Puteri Gunung Ledang.

Kata pemilik nama lengkap, Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin, 26, tawaran itu ditolak bukan kerana dia memilih, sebaliknya belum bersedia memikul tanggungjawab besar itu.

“Saya dapat jemputan daripada Tiara dan ketika itu jadual saya memang sibuk. Saya cakap dekat Tiara, insya-Allah kalau ada rezeki mungkin saya akan buat kelak.

“Tak ralat, tapi saya rasa belum sampai masanya lagi. Saya sendiri rasa watak Hang Tuah tu sebenarnya belum sesuai untuk saya buat masa sekarang. Lagipun saya baru berusia 26 tahun, banyak lagi yang perlu saya pelajari,” katanya.

Amir berkata demikian ketika ditemui pada majlis malam gala tayangan filem, The Furious: Pertaruhan Maruah, baru-baru ini.

Mengulas mengenai pemilihan pelakon, Aqasha untuk membawakan watak Hang Tuah pula,  Amir mengakui aktor itu adalah figura yang bagus untuk membawakan watak tersebut.

“Secara peribadi, saya melihat Aqasha sebagai seorang pelakon yang sangat bagus untuk naskhah ini,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alpha47 Films (@alpha47.films)

Dalam pada itu, Amir juga menganggap peluang dan kepercayaan dalam industri akan sentiasa hadir sekiranya seseorang pelakon mengutamakan kualiti dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.

Selain, sokongan yang diberikan penonton juga dianggap sebagai satu simbol kejayaan dan dia percaya peluang lebih besar mungkin hadir apabila tiba waktu yang tepat pada masa akan datang.

“Bagi saya peluang dan kepercayaan itu akan sentiasa ada jika kita mementingkan kualiti dalam pekerjaan.

“Saya ambil sokongan penonton itu sebagai satu simbol kejayaan. Insya-Allah, apabila usia saya mencecah 30 atau 35 tahun nanti, mungkin peluang itu akan datang lagi.

“Saya cuba sedaya upaya jaga kualiti dalam setiap naskhah yang diambil. Kalau hati saya sendiri kata Hang Tuah itu belum milik saya, maknanya memang belum masanya lagi.

“Saya lahir daripada bidang teater dan platform itu juga yang membuatkan saya jatuh cinta dengan seni lakon. Saya sangat menyukai teater PGL kerana membesar dengan naskhah itu. Tapi mungkin belum tiba masanya lagi,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:Amir Ahnaf Belum ‘Ready’ Beraksi Dalam PGL, Mohon Maaf Kepada Tiara Jacquelina – “Kapasiti Saya Belum Matang”

Artikel Berkaitan:“Dulu Pernah Minat Seseorang Berbadan Besar Tapi Tak Pernah Luahkan Perasaan Kepadanya” – Amir Ahnaf Cari Wanita Lemah Lembut & Penyayang

Artikel Berkaitan:“Susah Kalau Wajah Sama” – Adik Mahu Jadi Pelakon, Amir Ahnaf Beri ‘Tamparan Realiti’ Dalam Dunia Seni

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 17 Nov 2022
Hiburan Thu, 22 Jan 2026

“Jangan Salah Faham, Video Itu Hanya Content” – Zairi Aziz

Zairi Aziz berkata video yang memaparkan dirinya bersama rakan selebriti, Farihin Arnia, hanyalah kandungan hiburan

Hiburan Mon, 10 Mar 2025

Alami Klaustrofobia, Julia Farhana Imbau Pengalaman Ngeri Terperangkap Dalam Ruang Sempit – “Saya Tersekat Hampir 10 Minit”

Julia Farhana fikir hampir mati terperangkap dalam bonet kereta, tersangkut di bawah tanah

Hiburan Thu, 31 Jan 2019

Raysha Rizrose Terima Lamaran Ashraf Muslim ?

Wah, Tak sabar rasanya nak tengok cerita ni kan?

Hiburan Tue, 5 Dec 2017

Orang Kata Saya Menyanyi Lagu Orang Gila

Sebenarnya, Upiak pernah menghasilkan 19 album disepanjang kariernya sejak berusia 13 tahun.

Hiburan Tue, 14 Apr 2026

Kolaborasi Bersama Ucie Sucita, Nadia Rosli Tampil Dengan ‘Aduh Gak Kuat’

Penyanyi muda Nadia Rosli kembali mencuri perhatian dengan single terbaharu berjudul Aduh Gak Kuat, hasil kolaborasi bersama artis Indonesia, Ucie Sucita.

Hiburan Fri, 17 Apr 2026

Hariz Hamdan Kirim Nota Hari Jadi Buat Hazwani Helmi, Doakan Misi Sumud 2.0

Mengulas kritikan terhadap penyertaan wanita dalam Sumud 2.0, Hariz Hamdan memilih untuk berdiri di belakang Hazwani Helmi sebagai seorang rakan.

error: Content is protected !!