Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 21, 2026 @ 3:59pm

“Tak Perlu Panjangkan Lagi” – Syukur Hak Penjagaan Penuh Kekal Miliknya, Fatin Afeefa Mahu Fokus Kebahagiaan Ivy

Pelakon, Fatin Afeefa meluahkan rasa syukur apabila kes hadanah membabitkan anak perempuannya, Ivy Herra Sophia akhirnya menemui titik noktah selepas tiga tahun melalui proses mahkamah.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Fatin atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin memaklumkan mahkamah memutuskan hak penjagaan penuh anaknya kekal diberikan kepadanya sebagai ibu kandung.

“Alhamdulillah, selepas tiga tahun turun naik mahkamah, akhirnya kes hadanah ini selesai. Hak penjagaan penuh kekal diberikan kepada saya sebagai ibu kandung,” katanya.

Dalam hantaran sama, aktres filem Tentang Bulan itu turut berharap semua pihak dapat meneruskan kehidupan secara baik demi kebahagiaan anak mereka.

“Pada tahap ini, saya cuma mahu semua pihak teruskan kehidupan dengan aman dan fokus kepada perkara yang benar-benar penting iaitu kesejahteraan Ivy. Tidak perlu lagi beri alasan atau panjangkan perkara yang tidak perlu,” katanya.

Menurut Fatin lagi, suara dan perasaan anaknya juga perlu diberi perhatian serta dihormati semua pihak.

“Suara Ivy juga penting dan dia berhak untuk didengari. Jadi, marilah kita jalankan tanggungjawab masing-masing dengan sebaiknya demi dirinya,” katanya.

Untuk rekod, Ivy adalah anak hasil perkahwinan Fatin bersama bekas suaminya, pelakon Adam Shahz. Pasangan itu sah bercerai pada 30 Mei 2017.

Fatin kemudian mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Aliff Awang atau lebih dikenali sebagai Opai pada 30 Disember 2022 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Jibril.

Selain itu, Fatin turut mempunyai seorang anak lelaki sulung, Adam Aisy Arrian hasil perkahwinan terdahulu.

Artikel Berkaitan: “RM1,300 Saja… Minta RM3,000 Tak Dapat Pun” – Fatin Afeefa Minta Netizen Berhenti Bergaduh Isu Nafkah Anak

Artikel Berkaitan: Berjuang Selama Tiga Tahun, Fatin Afeefa Luah Rasa Syukur Tuntutan Nafkah Bulanan Anak Dinaikkan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 7 May 2021

Sebab Kenapa BPR Fasa Ke-2 Tidak Berjaya Walaupun Lulus Fasa 1, Tarikh Rayuan BPR

Umum maklum, semua pemohon BPR fasa kedua boleh membuat semakan status mulai 7 Mei . Difahamkan, bayaran melalui akaun masing-masing akan diberi kepada penerima yang berjaya mulai 7 Mei hingga 12 Mei. Namun, mengikut pemerhatian […]

Hiburan Wed, 24 Jan 2024
Featured Wed, 24 Nov 2021

Romantiknya! Suami Bina Replika Taj Mahal Untuk Isteri Sebagai Simbol Cinta Di India

Seorang guru dari negeri Madhya Pradesh, India telah membina replika Taj Mahal untuk isteri sebagai simbol cintanya. Memetik laporan Dailymail, Anand Prakash Chouksey, 52, membina istana marmar seluas 929 meter persegi untuk isterinya, Manju Shah, […]

Featured Thu, 10 Feb 2022

Penyanyi Apo Kono Eh Jang Meninggal Dunia

Innalillahwainnailaihirrojiun. Al-Fatihah.

Cahaya Mata Fri, 9 Sep 2022
Trending Wed, 6 Jan 2021
Hiburan Mon, 11 Sep 2023
error: Content is protected !!