Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 8, 2026 @ 10:58am

“Walaupun Seorang Selebriti, Saya Tak Pernah Guna Nama Atau Status Dapatkan Layanan Istimewa” – Rita Rudaini

Pelakon versatile, Rita Rudaini mencuri perhatian selepas menegur budaya kroni atau pilih kasih yang berlaku di sekolah pada hari ini.

Katanya menerusi perkongsian di Threads, bukan suara ibu bapa yang perlu dihapuskan sebaliknya budaya kroni, pilih kasih dan politik yang sudah dianggap biasa.

“Tak perlu jadi VIP untuk dihormati. Tak perlu ada kabel untuk mendapat hak. Yang perlu dihapuskan bukan suara ibu bapa tetapi budaya kroni, pilih kasih dan politik yang semakin dianggap biasa,” katanya.

Jelasnya, sekiranya budaya tersebut dinormalisasikan maka, ia akan memberi kesan terhadap golongan anak-anak yang sedang belajar.

Malah, sebagai seorang selebriti, dia tidak pernah menggunakan nama atau statusnya untuk mendapatkan layanan istimewa di sekolah anak-anaknya.

“Bila kroni, pilih kasih dan politik mula dianggap normal, yang rugi bukan ibu bapa tetapi anak-anak yang sedang belajar tentang kehidupan.

“Walaupun saya seorang selebriti, saya tidak pernah menggunakan nama atau status saya untuk mendapatkan layanan istimewa di sekolah,” jelasnya.

Dalam hantaran sama, pelakon drama rantaian Jiwa Seorang Pentaksub itu juga menegaskan, dia bersama ibu bapa lain akan mematuhi peraturan yang sah dan bukannya yang direka oleh pihak-pihak tertentu.

“Saya rela jadi suara ‘ibu bapa’ seperti mana YB/Menteri bawa suara rakyat. Tapi bila kena sama, yang bising-bising minta tolong semua lenyap hilang.

“Tapi saya okay sahaja sebab saya pun selama ni ‘lone ranger’. Cuma niat ikhlas membantu,” ujarnya.

Sekadar info, selain Rita,  Jiwa Seorang Pentaksub turut dibintangi barisan pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Sophia Albarakbah, Shahz Jaszle, Ady Mohammad dan Ariff Idrus.

Drama 25 episod itu mula bersiaran pada 1 Jun lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di TV3.

Selain siaran di TV3, penonton juga boleh mengikuti episod baharu secara eksklusif di iQIYI satu jam selepas tayangan televisyen sama ada menerusi laman web rasmi atau aplikasi di Google Play dan App Store.

Artikel Berkaitan:“Muka Poyo Tak Ada Common Sense” – Rita Rudaini Tegur Individu Selamba Merokok Di Tempat Awam

Artikel Berkaitan:Rita Rudaini Kongsi Lalui Fasa Sukar Sepanjang 50 Tahun – “Hampir 4 Tahun Tanpa Job, Tak Dibenarkan Keluar Rumah  & Ramai Minta Saya Mereput”

Artikel Berkaitan:Rita Rudaini Titip Pesan Selebriti Terpalit Isu Hubungan Toksik – “Cepat-Cepat Keluar! Kalau Duduk 10 Tahun Atau 15 Tahun Kau Akan Mereput”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 17 Apr 2026
Trending Fri, 5 Jun 2020

Khusus Untuk Penganggur, Kerajaan Umum Program Insentif Pengambilan Pekerja

Ambil perhatian buat mereka yang hilang kerja..

Featured Fri, 6 Feb 2026
Hiburan Wed, 22 Jan 2025

Hati Puteri Sarah Diulit Bahagia? Ini Respons Empunya Badan 

Puteri Sarah tak pernah berbincang soal kahwin baru dengan anak-anak

Hiburan Wed, 8 Jun 2022
Hiburan Fri, 19 Apr 2019

Ain Edruce Kini Tunangan Hafiz

Selamat bertunang Ain & Hafiz, comel je tengok gelagat dorang ni tau!

Trending Tue, 9 Jul 2019

Tahukah anda apa itu Wolbachia?

Ketahui strategi yang digunakan oleh pihak kerajaan.

Hiburan Wed, 11 Mar 2026

Video Raih 2.5 Juta Tontonan, Hael Husaini Tak Sangka Aksi Bantu Wanita Keluarkan Tayar Kereta Terperosok Dalam Lubang Tular

Hael Husaini tidak menyangka momen tersebut dirakam dan menjadi tular di media sosial.

error: Content is protected !!