Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 12, 2026 @ 1:01pm

Letak Kaki Atas Kerusi & Borak Kuat-Kuat, Mimi Lana Tegur Sikap Tak Beradab Penonton Di Pawagam – “Kesian Orang Lain, Rugi Duit Mereka Bayar Tiket”

“Have some common sense and don’t be selfish please”.

Demikian luahan pelakon, Mimi Lana terhadap sikap segelintir penonton yang didakwa tidak menjaga adab ketika berada di pawagam sehingga mengganggu keselesaan orang lain.

Menerusi perkongsian di Threads, Mimi tampil menegur tindakan individu yang didakwa berbual dengan nada suara yang kuat sepanjang tayangan filem selain meletakkan kaki di bahagian kerusi hadapan tanpa memikirkan perasaan penonton lain.

“Nak tanya kau orang yang pergi tengok movie lepas tu berborak kuat-kuat tu kau orang borak pasal apa ye? Lepas tu yang letak kaki dekat seat depan kau orang tu penat sangat dengan kehidupan?,” soalnya.

Tegasnya, sikap tidak bertanggungjawab yang ditunjukkan individu itu bukan sahaja mencacatkan pengalaman penonton berkenaan selain turut menyebabkan orang lain yang sudah membayar tiket berasa rugi kerana tidak dapat menikmati filem dengan selesa.

“Kesian orang lain yang bayar tiket nak tengok, nak faham, nak fokus, nak enjoy… terus terganggu dan rugi duit yang mereka spend nak enjoy tu.

“Have some common sense and don’t be selfish please,” tegurnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan yang diberikan Mimi.

Malah, ramai yang berkongsi pengalaman buruk mereka  berdepan individu tidak beradab ketika menonton filem di pawagam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 17 Jan 2025
Featured Wed, 8 Dec 2021

Pihak Pengurusan Tak Mahu Fat Amy Turunkan Berat Badan

Pelakon komedi yang terkenal dengan watak Fat Amy, Rebel Wilson, 41, memberitahu pihak pengurusan tidak begitu menyokong keputusannya untuk mengurangkan berat badan. Rebel mendedahkan perkara terbabit menerusi satu sesi temu duga di BBC Breakfast, baru-baru […]

Trending Fri, 15 Jan 2021
Hiburan Mon, 26 Mar 2018

Hans Isaac Jawab Isu Dating Dengan Lofa?

Pertemuan itu cuma kebetulan dan bukanlah seperti yang digembar-gemburkan oleh netizen. 

Trending Wed, 25 Apr 2018

Pesanan Romantis Di InstaStory, Bukti Mira Filzah Dan Zizan Razak Dilamun Cinta

Biarpun kedua-dua posting berbalas kata rindu itu tidak ditujukan secara spesifik, namun ramai yang percaya ia ditujukan antara satu sama lain.

Featured Fri, 28 Jun 2024
Featured Thu, 15 Sep 2022

Uyaina Arshad Nikmati Proses Selepas Bersalin – “I Just Love Lauk Pantang”

Walaupun tengah berpantang, Uyaina tetap berseri!🤩🥰

Featured Mon, 12 Sep 2022

Kerap Muncul Dalam Filem Beruniform, Netizen Naik Muak Dengan Hairul Azreen?

Alamak apa kes? Tak ada angin tak ada ribut nama Hairul Azreen jadi sebutan 🥵🤭

error: Content is protected !!