Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 18, 2026 @ 2:46pm

Miliki Latar Pendidikan Agama, Ozlynn Akui Perjalanan Hijrah Masih Belum Sempurna – “Moga Pengakhiran Kita Semua Lebih Baik”

Pelakon, Ozlynn Waty tampil berkongsi kisah penghijrahannya selepas membaca sebuah hantaran di platform Threads mengenai seorang individu wanita yang berkongsi kisah sama.

Kata Ozlynn atau nama lengkapnya, Rozlinawaty Ismail, 45, dia mengakui setiap individu mempunyai perjalanan hidup dan ujian yang berbeza untuk menjadi insan yang lebih baik di sisi Allah SWT.

Menurutnya, meskipun mempunyai latar pendidikan agama, namun dia masih melalui proses untuk memperbaiki diri sehinggalah hari ini.

“Allahu betul tu awak.. ujian setiap manusia lain-lain kan? Saya budak aliran kelas Arab, saya budak harfiah ( boleh direct translate Al quran tapi saya bukan hafizah dalam usaha ke arah itu) saya pelajar hadith ( bakal sambung lagi, tolong doakan ingatan saya kuat ya) Tapi saya tidak menutup aurat, sehingga Allah jemput saya menunaikan haji 2024.. Alhamdulillah masih belum sehebat awak tapi setiap progress tu ada,” katanya.

Bersyukur kerana dikelilingi insan-insan yang baik dalam proses hijrahnya, isteri kepada pelawak dan penyampai radio popular, Johan itu berkata, persekitaran yang baik banyak membantunya untuk terus istiqamah dan memperbaiki diri.

“Alhamdulillah circle saya semua sangat positif. Semoga kita semua menjadi lebih baik untuk pengakhiran kita. Aamiin,” jelasnya.

Artikel Berkaitan:“Miskin Aku Dulu Sampai Baju Tak Cukup Kain, Sekarang Kepala Pun Dah Ada Kain Tutup” – Ozlynn

Artikel Berkaitan:Pernah Diuji Hingga Dihalau, Dibaling Makanan… Ozlynn Syukur Rumah Tangga Masih Utuh

Artikel Berkaitan:Ozlynn Dedah Pernah Terima Komen ‘Jahat’, Didakwa Bakal ‘Lepas’ Hijab

Artikel Berkaitan:“Kalau Suami Nak Murah Rezeki Jangan Kedekut Dengan Isteri” – Ozlynn Waty

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 26 Apr 2026

“Gaduh Kecil Adik & Abang” – Lerai Sengketa Dengan Ameng Spring, Liza Hanim Enggan Panjangkan Isu

Anggap isu seperti gaduh adik & abang, Liza Hanim lerai sengketa dengan Ameng Spring.

Hiburan Wed, 23 Apr 2025

Netizen Kritik Penampilan Seksi Daiyan Trisha – “Mengucap Banyak-Banyak”

Daiyan Trisha sekali lagi dikritik seksi, tak jaga aurat lepas balik Umrah

Featured Fri, 7 Jul 2023

Aksi Wanita Menari Gelek Depan Orang Ramai, Caprice Tampil Bersuara

Baru-baru ini, tular di laman media sosial TikTok seorang wanita sakan menari gelek semasa menjadi penonton di sebuah rancangan nyanyian televisyen. ARTIKEL BERKAITAN: Menari Gelek Depan Orang Ramai… Aksi Wanita Ini Dikecam, Netizen Dakwa Tiada […]

Hiburan Sat, 1 Jan 2022

Heliza Helmi Sah Bergelar Isteri Datuk Seri

Penyanyi dan pengacara Heliza Helmi, 36, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman. Melangsungkan pernikahan pada jam 11.11 pagi tadi, Heliza sah menjadi suri hati kepada Mahadi dengan sekali lafaz di […]

Selebriti Tue, 25 Jul 2023
Trending Mon, 15 Mar 2021

Juri Dedah Punca Kemenangan Lagu Gila & Pemilik Vokal Terbaik Ernie Zakri

Gila memang bawakan kelainan, tampil lebih fresh

Featured Tue, 26 Dec 2023
error: Content is protected !!