Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 24, 2026 @ 12:36pm

“Akhirnya Sangkar Ngeri Terungkai…” – Suami Abby Abadi Nasihat Marissa Dania Buka Lembaran Baru

Suami kepada pelakon dan penyanyi, Abby Abadi iaitu Faizal Zakaria tampil menitipkan kata-kata semangat buat anak tirinya, Marissa Dania susulan keputusan mahkamah yang mengesahkan dia tidak lagi mempunyai hubungan sah sebagai suami isteri dengan Aslam.

Menerusi ciapan balas di Threads miliknya, Faizal menzahirkan harapan agar Marissa menjadikan segala yang berlaku sebagai pengajaran dan meneruskan kehidupan dengan lebih baik pada masa depan.

“Insya-Allah, adik (panggilan Marissa) masa depan lebih cerah. Apa yang dilalui sebelum ini jadikan ia sebagai pengajaran.

“Fikir masa depan, tutup segala cerita lama. Ia mungkin tak boleh dipadam tetapi ‘seal’ ketat-ketat. Buka lembaran baharu untuk masa depan adik.

“Abah sentiasa doakan yang terbaik untuk adik,” katanya.

Dalam masa sama, Faizal turut meluahkan rasa syukur apabila kemelut yang membelenggu Marissa akhirnya menemui noktah.

“Alhamdulillah, akhirnya sangkar ngeri terungkai sudah. Allah lebih mengetahui segala-galanya,” katanya.

Faizal juga menegaskan kasih sayang isterinya, Abby terhadap Marissa tidak pernah berubah meskipun pelbagai dugaan melanda.

“Ingat, doa mama untuk adik tidak pernah lekang dari bibir mama. Kasih sayang mama hingga ke syurga,” katanya.

Pada Selasa, mahkamah memutuskan Marissa dan Aslam tidak lagi mempunyai hubungan sah sebagai suami isteri.

Terdahulu, Aslam dilaporkan memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai dan rujuk pada 10 Mac lalu.

Menurut peguam syarie yang mewakili Aslam, Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri, Aslam dipercayai pernah melafazkan cerai terhadap Marissa sebanyak dua kali iaitu pada September 2024 dan April 2025.

Untuk rekod, Marissa mendirikan rumah tangga bersama Aslam sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.

Perkahwinan itu mencetuskan perhatian ramai apabila didakwa berlangsung tanpa pengetahuan isteri pertama Aslam, Umisya Mazlan serta keluarga kedua-dua belah pihak termasuk ibu bapa Marissa, Norman Hakim dan Abby Abadi.

Pasangan itu juga pernah dikurniakan seorang cahaya mata, namun bayi berkenaan meninggal dunia ketika kandungan berusia lima bulan.

Artikel Berkaitan: Abby Abadi Beri Respons Berita Marissa Dania, Aslam Bukan Lagi Pasangan Suami Isteri – “Alhamdulillah”

Artikel Berkaitan: Netizen Ucap Tahniah Buat Umisya Mazlan, Harap Aslam Lebih Menghargai Isteri – “Menang Tanpa Bertanding”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 23 Aug 2024
Hiburan Wed, 24 Jan 2018

FARID KAMIL MASUK MAHKAMAH ESOK?

Datuk Farid Kamil turut memberitahu bahawa, beliau akan terus memperjuangkan nasib orang teraniaya dan meminta agar orang ramai mendoakan perjuangannya itu

Trending Mon, 3 Dec 2018

Duyung Pinggang Secekak a.k.a. Beby Maembong Dituduh Pondan, Sokong LGBT?

Beby Maembong adalah seorang wanita real, bukan pondan!

Events Sat, 24 Nov 2018

Gambar Perkahwinan Agong dengan Miss Moscow Curi Tumpuan Ramai

Sehingga pagi ini, Istana Negara masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung majlis berkenaan.

Featured Mon, 13 Mar 2023
#tilljannah Wed, 14 Dec 2022

Zahirah Macwilson Selalu Dengar Lagu Aiman Hakim Sebelum Kahwin – “Not Knowing 4 Years Later…”

Pelakon cantik, Zahirah Macwilson mengimbas kembali momen ketika mendengar lagu Buatmu Cinta nyanyian suaminya, Aiman Hakim Ridza. Menerusi perkongsian di TikTok, Zahirah dalam perjalanan untuk ke set penggambaran dan sedang mendengar lagu tersebut dimainkan di […]

Trending Fri, 25 May 2018

Suspek Kes Bunuh Nur Alya Ditahan

Berlaku perselisihan faham di dalam kereta sehingga mangsa dicekik oleh suspek selama beberapa minit yang menyebabkan kematiannya…

error: Content is protected !!