Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Yanie Baharom April 2, 2018 @ 2:54pm

10 Selebriti Hollywood Dengan Sepasang Mata Cantik! No 5 Paling Unik.

Setiap manusia diciptakan Tuhan unik. Ada yang cantik kerana rupa paras menawan, susuk tubuh lampai, genit menggoda, ada yang berambut ikal mayang dan tidak kurang anggun berambut pendek.

Intinya adalah, setiap manusia diciptakan dengan kelebihannya masing-masing. Namun, sepasang mata yang mempesona memang bisa membuatkan sesiapapun jatuh cinta kerana itu wujud istilah ‘dari mata jatuh ke hati’.

Di dunia selebriti Hollywood, ada 10 selebriti dilahirkan dengan sepasang mata indah. Siapakah mereka, lihat 10 senarai di bawah ini.

1. Angelina Jolie

Adalah satu hal prejudis jika bercakap tentang mata yang cantik, namun tidak memperkatakan kecantikan sepasang mata biru milik Angelina Jolie. Wanita dengan profil lakonan hebat juga pemilik himpunan anugerah itu yang sentiasa mempamerkan dedikasinya dalam aktiviti kemanusiaan turut disebut sebagai selebriti Hollywood dengan ulas bibir mungil lagi seksi! sehingga dianggap wanita terseksi di dunia.

Foto Kredit : glamsquadmagazine.com

2. Aishwarya Rai Bachchan

 

Foto Kredit : dubaistandard.com

Amber Heard mempunyai wajah yang paling indah di dunia dan gelaran itu tidak diberi orang ramai sebaliknya Sains memperakuinya. Ini kerana struktur wajah Heard dikatakan sempurna. Malah dia juga mempunyai sepasang mata yang cukup menawan. Kalau tak percaya, lihatlah matanya!.

Foto Kredit : wallpapersite.com

4. Gigi Hadid

Halaman demi halaman muka surat untuk menceritakan tentang  kecantikannya gadis bermata biru-hijau yang memukau ini, siapa lagi kalau bukan Gigi Hadid. Matanya memang bisa membuat hati sesiapapun cair.

Foto Kredit : hdwallpaperslife.com

5. Mila Kunis

Pelakon yang memulakan karier seawal usia 15 tahun di dalam siri TV hit ‘It’ 70s Show ‘ itu, membesar sebagai seorang wanita cantik dan aktres yang serius. Menderita penyakit heteochromia, namun itu memberikannya keistimewaan dimana dia memiliki dua warna mata yang berbeza. Kiri beliau adalah hijau terang, sedangkan mata kanannya jauh lebih gelap, hampir coklat. Walau bagaimanapun, dunia tidak boleh berhenti menatap matanya yang besar, penuh tarikan dan keunikan.

Foto Kredit : lusco-fusco.com

6. Adriana Lima

Supermodel terkenal kebanggaan wanita Latin bersal dari Barzil ini mempunyai sepasang mata biru yang cukup seksi, misteri dan ibarat magnetik yang membuatkan kita sukar untuk melepaskan pandangan terhadapnya. Pada usia 36, Lima adalah salah seorang model yang paling lama memegang gelaran Angel, Victoria Secret.

Foto Kredit : Vanity Fair

7. Charlize Theron

Theron mungkin merupakan wajah pertama yang timbul dalam fikiran anda. Bermula sebagai model, keperibadiannya yang kuat, mata hijau cantik, dan persembahan dalam lokonan sehigga memenangi anugerah menjadikannya salah seorang pelakon paling diinginkan di Hollywood.

Foto Kredit : youtube.com

8. Megan Fox

Selebriti seterusnya ini memang seksi.. Walaupun keseksian dan bibir seksinya lebih diperkatakan tetapi sepasang mata birunya itu menjadikan Foz kelihatan super sexy!.
 

Foto Kredit : followingthenerd.com

9. Margot Robbie

Satu lagi kecantikan bermata biru dalam senarai adalah, Margot Robbie yang memulakan kerjayanya di dalam industri perfileman Indie di Australia. Dia kemudian membintangi siri opera iaitu sebuah karya komedia gelap  berjudul ‘The Wolf of the Wall Street’. Terdapat banyak tulisan tentang matanya yang ghairah sehingga disenaraikan salah satu mata paling seksi di dunia.

Foto Kredit : denofgeek.com

10. Emma Stone

Apa yang ingin anda katakan mengenai aktres dengan bayaran tertinggi ini yang pernah memenangi anugerah tertinggi lakonan Academy Awards, Bafta Awards dan Screen Actor Guilds? Tentu saja anugerah sepasang mata yang cantik selain wajahnya yang menawan. Berwarna hijau dengan coklat hazel, matanya berkilau seperti permata.

Foto Kredit : vogue.com

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Wed, 30 May 2018

7 Cara Mudah Yang Artis K-Pop Gunakan Untuk Nampak Lebih Menarik

Kalau anda nak jadi cantik seperti artis K-Pop, inilah apa yang anda kena buat.

Featured Wed, 25 Mar 2020
Oh Lawa Fri, 2 Feb 2018

Bahaya Tester Alat Solek

Namun, tahukah anda tester atau sampel barangan kosmetik seperti gincu, maskara atau eyeliner yang terdapat di kaunter kecantikan boleh mengakibatkan risiko jangkitan Herpes jenis 1 (herpes oral).

Oh Lawa Mon, 4 Feb 2019
Featured Wed, 28 Nov 2018

Jom Lihat Aktres Cantik Manis Ini Melukis Beg Tangan. 7 Jam Untuk Siapkan 1 Beg!

Cantik dan berbakat besar. 1 pakej lengkap buat Heart!

Oh Lawa Fri, 20 Jul 2018

Fashion Forward Batik Kelantan Antara Projek Menarik Di KLFW 2018

KLFW menunjukkan sokongannya terhadap industri tekstil negara apabila menampilkan inisiatif Fashion Forward Batik Kelantan.

Oh Lawa Mon, 14 Jan 2019

Suntikan retro ‘dihidupkan’ kembali sebagai ‘DNA’ rekaan fesyen 2019

Baju jala kembali sebagai trend paling hangat dan wajib ada dalam almari anda!

Featured Mon, 10 Jun 2019
Featured Wed, 21 Feb 2018

Apa silapnya? Umur Baru 20-an, Tapi Nampak Macam 40-an

Tua sebelum usia, pasti anda tidak mahu perkara ini berlaku terhadap diri sendiri. Apa perasaan anda apabila ada orang yang meneka umur anda jauh lebih berusia daripada usia sebenar?

Featured Fri, 14 Feb 2020

Isteri pun boleh jadi sehangat model Victoria’s Secret kalau suami lakukan ini…

Apabila isteri atau teman wanita merajuk, kebanyakan lelaki lazimnya tidak berusaha untuk memujuk, malah ada yang buat tidak endah. Walaupun tidak semua lelaki sebegitu, kebanyakannya memang sebegitu! Walhal wanita yang dikatakan makhluk Tuhan paling kompleks […]

error: Content is protected !!