Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal November 20, 2018 @ 11:17am

Selamat ulang tahun ke 90 Mickey Mouse!

Mickey Mouse disamping animasi-animasi lain menjadi peneman hujung minggu saat sekolah cuti. Keletah wataknya yang mencuit hati membuatkan sesiapa sahaja di zaman kanak-kanaknya terpacak di depan kaca televisyen setiap hari.

Hari ini hari Ahad (17.11.2018) merupakan ‘hari jadi’ animasi kegemaran anda sewaktu kecil dahulu. Tahukah anda, Mickey Mosue hari menyambut hari jadinya yang ke 90 tahun. Sudah tua bukan?

Animasi Mickey Mouse membuat kemunculan pertama apabila Walt Disney melancarkan ‘Steamboat Willie’ pada 18 N0vember 1928. Siri berkenaan merupakan percubaan kali pertama Walt Disney memperkenalkan watak berkenaan kepada khalayak umum dan dengan pantas, Mickey Mouse menjadi sensasi serta mampu bertahan sehingga ke hari ini.

”Orang ramai mula-mula takut dengannya. Namun tak lama, lepas itu Mickey Mouse menjadi kegilaan ramai. Kami mula mengeluarkan pelbagai produk sampingan bertemakan Mickey Mouse. Animasi ini menjadi lebih popular,”kata Becky Cline, pengarah Arkib Walt Disney.

 

Pencipta watak Mickey dan syarikat itu kemudian mencuba pelbagai idea baru untuk meastikan animasi berkenaan kekal relevan termasuklah menjadikannya watak sampingan dalam animasi-animasi yang lain.

”Bolehjadi, saya berkata, Mickey Mouse lebih popular daripada Coca-cola, semacam satu jenama yang mencetuskan fenomena dalam sejarah Amerika Syarikat,” kata pakar budaya pop yang mengajar di Universiti Syracuse, Robert Thompson.

Tahun ini, bersempena dengan ulang tahun Mickey Mouse ke 90, pelbagai jenama mewah antaranya Levi’s, Campbell’s Soup, Pez, Target, Goldfish dan Evian turut mengeluarkan produk khas sebagai penghargaan kepada animasi berkenaan.

Selamat ulang tahun ke 90 Mickey Mouse!

Sumber : Orlando Sentinel, Walt Disney

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 28 Nov 2020
Trending Thu, 18 Jun 2020

Bilangan Jemaah Di Surau Masjid Ditambah Kepada 250 Orang – Sultan Selangor

Jom sama-sama kita mengimarahkan kembali surau dan masjid..

Trending Wed, 21 Feb 2018

Bimbang Masa Depan Elfira, Punca Sufian dan Elfira Putus Tunang???

Penyanyi  Sufian Suhaimi dan Elfira Loy, sah putus tunang! dan berita duka cita itu disahkan sendiri oleh ibu Elfira, Filzah Yusof, 52.

Trending Tue, 3 Mar 2020
Hiburan Thu, 22 Jun 2023
Featured Wed, 21 Sep 2022

Ditanya Siapa Buat? Pakar Psikiatri Dedah Bella Sebut Nama ‘Benon’ & Buat Pergerakan Isyarat

Semoga adik Bella terus kuat dan mendapat keadilan yang sewajarnya.

error: Content is protected !!