Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida December 12, 2018 @ 3:53pm

‘Ku Bersuara’ Rungkai Kisah Sebenar Hidup Ernie Zakri

Penyanyi dan guru vokal terkenal Ernie Zakri kini muncul dengan single terbaru berjudul Ku Bersuara.

Single ini juga merupakan rakaman pertama Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri di bawah label Rocketfuel Entertainment.

“ Lagu ini sangat istimewa sebab ia mengenai diri sendiri. Lagu sebelum ini kisahnya daripada komposer tetapi Ku Bersuara ia idea asal saya. Malah, muzik video yang bakal dilancarkan pada 12 Disember ini pun berdasarkan kisah hidup saya.

“Pendek kata, lagu ini begitu dekat dengan saya. Pendek cerita, mudah untuk saya menjiwai dan sampaikan lagu ini nanti,” katanya.

Lebih istimewa, lirik lagu Ku Bersuara merupakan tulisan sahabat baiknya, Syamel bersama Omar K, Blaine Bakri dan John Jeevasingham.

” Saya amat berterima kasih dengan Syamel kerana kesudiannya menulis lagu Ku Bersuara. Sejak awal lagi saya sudah memaklumkan kepadanya saya tidak mahu bawa lagu cinta. Ku Bersuara mengangkat kisah sebenar di mana saya mewakili mangsa yang pernah dibuli secara fizikal dan emosi. Saya rasa lagu ini boleh relate dengan semua pendengar,” katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Muzik Video Ku Bersuara di Pintu Old Malaya, Kuala Lumpur, hari ini. 

Sesuai dengan kekuatan vokal Ernie, tidak hairanlah sekiranya Ku Bersuara bakal mengulangi kejayaan yang pernah diraih menerusi lagu Aku Cinta.

Ku Bersuara diterbitkan sepenuhnya oleh Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd.

Dalam perkembangan lain, Ku Bersuara kini menduduki tangga teratas carta iTunes Malaysia.

Anda boleh dengar lagu ini melalui penstriman atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Lagu ini juga boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Fri, 15 Sep 2023
Events Sun, 29 Sep 2019

71岁林子祥魄力十足一连唱32首歌!感触落泪:因为你们继续唱

现年71岁林子祥魄力十足,云顶演唱会一连唱32首歌;尾声更是感触落泪说道“我会一直继续唱下去,都是因为你们。”

Featured Sat, 9 Aug 2025
Hiburan Mon, 3 Mar 2025

[VIDEO] Individu Berpangkat Datuk Cuba Hasut? Farid Kamil Dakwa Hampir Terpedaya Dengan Fitnah Terhadap Diana Danielle

Farid Kamil dakwa ada pihak berusaha sebar fitnah isteri, cuba pisahkan rumah tangga dengan Diana Daniele

Featured Wed, 8 May 2024
Fab Foodies! Fri, 25 May 2018

Apa Di Dapur Bersama Chef Imelda

Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jangan sampai bawang putih hangus).

Hiburan Tue, 26 Dec 2017

Ozlyn dan Johan Rajalawak yang bakal menimang cahaya mata kelima

Tahniah diucapkan buat pasangan Ozlyn dan Johan Rajalawak yang bakal menimang cahaya mata kelima

error: Content is protected !!