Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida December 17, 2018 @ 8:30pm

‘ Saya Masih Dalam Proses Merawat Hati Terluka’ -Julia Farhana

Pelakon Julia Farhana Marin mengaku terluka dengan apa yang terjadi antaranya dengan tunang, pelakon Erwin Dawson.

Namun begitu, pelakon Terima Aku Seadanya ini sedia memberi peluang kedua kepada Erwin.

“ Memang saya terluka tetapi Erwin bersungguh-sungguh mahu berubah.

“ Dia juga matang dalam menangani isu yang timbul. Saya bersedia memberikan dia peluang kedua,” katanya kepada BH Online.

Tambah Julia, dia akur bahawa dalam setiap perhubungan pasti ada dugaan namun bersyukur kerana insiden itu menguatkan lagi ikatan cinta mereka.

 “ Saya tahu Erwin masih mencintai, begitu juga perasaan saya terhadapnya. Kasih sayang saya terhadapnya tidak pernah terhakis.

“ Cuma, saya masih dalam proses merawat hati yang terluka. Namun, saya bersyukur kerana insiden yang berlaku membuka mata sejauh mana kami menghargai antara satu sama lain,” katanya.

Pelakon filem Dorm Melati, Hospital dan Langsuir tidak menafikan, keretakan hubungan mereka bertambah rumit apabila timbul campur tangan orang luar.

“ Jadi, kami ambil keputusan tidak lagi menghiraukan orang luar dalam memperbaiki hubungan ini.

“ Saya dan Erwin harus membina hubungan yang kukuh supaya tiada siapa yang boleh tumbangkan cinta kami. Pokok pangkalnya, ia juga terletak pada diri.

“ Jika ada pendirian tetap, kami tidak akan jatuh terduduk, sekalipun pelbagai percubaan dilakukan untuk memusnahkan cinta kami,” katanya.

Gadis kelahiran Sabah itu berkata, ketika ini, mereka masih belum menetapkan tarikh perkahwinan, meskipun pernah merancang untuk disatukan awal tahun depan.

“ Kami ambil keputusan untuk tangguhkan dulu perkahwinan memandangkan saya banyak terbabit dengan pelbagai projek tahun depan.

“ Bukan hanya lakonan, saya juga merancang untuk aktif dengan kerja amal. Saya dan Erwin berfikir, biarlah kami tidak terburu-buru untuk berkahwin.

“ Kami perlu berikan diri masa dan ruang secukupnya untuk lebih mengenali hati budi masing-masing sebelum melangkah ke alam perkahwinan,” katanya.- BH Online.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 5 Jan 2025

“Sebagai Seorang Ibu, Saya Bersyukur Lihat Anak Kedua Selamat Bernikah” – Sheila Rusly

Alhamdulillah, anak kedua Sheila Rusly selamat bernikah baru-baru ini.

Hiburan Mon, 17 Dec 2018

#mentor7: ‘Tak Pernah Rasa Selesa Walaupun…’ Zaaim Takut Disebut Bakal Juara?

Protege Siti Nordiana, Zaaim menyifatkan pujian sebagai pemangkin untuk terus membuat yang terbaik di konsert separuh akhir Mentor musim ketujuh ini. Zaaim atau nama sebenarnya Zaaim Abdullah ketika ditemui sejurus tamat konsert Mentor berkata dia […]

Hiburan Wed, 22 Nov 2023
Hiburan Tue, 28 Jan 2025

“Kalau Ini Zuriat Saya Kekalkan, Jika Sebaliknya… Keluarkan” – Along Cham Berserah Isteri Alami Keguguran

Along Cham buat solat tahajud, dapat tahu isteri keguguran selepas keluar penjara

Hiburan Thu, 12 Sep 2019

泰风来袭!dimsum 携9位泰星来马开唱

泰风来袭!dimsum携9位泰星来马开唱,Sunny和霸总Tor 11月来马会粉丝。

error: Content is protected !!