Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin January 9, 2019 @ 4:50pm

HAHA Dan Kim Jong Kook Buat Konsert Di Malaysia?

Mungkin ini adalah salah satu konsert yang bakal mengegarkan Stadium Malawati,  Shah Alam kerana kedua-dua bintang program Running Man ini bakal turun ke Malaysia untuk mengadakan persembahan sulung mereka.

Di khabarkan, Haha dan Kim Jong Kook bakal mempersembahkan lagu solo dan duet menerusi persembahan mereka nanti yang dijadualkan pada 2 Mac 2019.

Apapun, konsep nyanyian Kim Jong Kook yang berentak balada dan genre lagu yang dibawakan oleh Haha yang berentak reggae itu pastinya menjanjikan persembahan yang mantap dan gabungan muzik yang hebat daripada kedua-duanya.

Malah, persembahan mereka juga akan turut dimeriahkan dengan kehadiran penyanyi bergenre reggae dari Korea Selatan iaitu, Skull.

Jadi kepada peminat Haha dan Kim Jong Kook, korang bolehlah mendapatkan tiket konsert secara ‘offline’ mulai 19 Januari (12pm) hingga 20 Januari di kedai gaya hidup digital Mcalls di NU Sentral, Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall, Dataran
Pahlawan Melaka Megamall, Paradigm Mall Johor Bahru dan Pusat Servis Mcalls MMall Pulau Pinang. 

Selain itu, tiket konsert juga boleh dibeli secara online di laman web MacpiePro  (www.macpiepro.com) mulai 21 Januari 2019 (12pm) dengan harga tiket RM153 (Zon Biru), RM243 (Zon Hijau), RM333 (Zon Ungu), RM453 (Zon Kuning) dan RM493 (Zon Merah).

Jadi, apa tunggu lagi dapatkan tiket sekarang!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 12 Feb 2026

“Harap Ramadan Ni Orang-Orang Berilmu Kongsi Kisah-Kisah Ilmiah, Tak Mahu Gosip Atau Mengutuk” – Sweet Qismina

Sweet Qismina berharap bulan Ramadan kali ini dapat dimanfaatkan dengan perkongsian ilmu bermanfaat

Hiburan Mon, 5 Aug 2019
Featured Tue, 2 Aug 2022

“Penat Nak Berpura-Pura” – Amelia Henderson Beri Bayangan Hubungan Dengan Aedy Ashraf Berakhir, Netizen Mohon Lebih Profesional!

Ciapan yang dibuat oleh pelakon Aedy Ashraf di laman Twitter miliknya baru-baru ini mencetuskan tanda tanya terutamanya mengenai status hubungannya bersama aktres Amelia Henderson. Kali ini peminatnya pula berasa kecewa dengan dakwaan tersebut kerana menganggap […]

Hiburan Mon, 27 May 2019

Syahrini Hamil Anak Pertama?

Kedudukan tangan Reino dilihat memegang perut Syahrini. Kebetulan je kot?

 

error: Content is protected !!