Euforia Bola 2026
Hiburan By: Ad Ops March 11, 2019 @ 1:43pm

Penyanyi Korea Seungri (Big Bang) Berdepan Dakwaan Rasuah Seks

Salah seorang ahli kumpulan anggota kumpulan K-pop terkenal iaitu Seungri berdepan tuduhan rasuah seks apabila didakwa menawarkan khidmat pelacuran kepada pelabur asing di salah sebuah kelab malam miliknya. Dalam pada itu, peratus  saham syarikat agensi YG Entertainment dilaporkan mengalami penurunan yang mendadak.

Syarikat agensi terbesar YG Entertainment yang menguruskan aktiviti penyanyi ini berkata tuduhan terhadap Seungri telah dimaklumkan namun pihak YG Entertainment enggan memberikan sebarang komen.

Peratus saham syarikat YG Entertainment dilaporkan menurun sebanyak 14.2 peratus sejak November lalu. Dalam pada itu, penyanyi Seungri gagal dihubungi untuk mendapatkan komen namun penyanyi itu dikatakan menafikan dakwaan rasuah seks yang melibatkan dirinya.

Seungri akan mendaftarkan diri dalam latihan ketenteraan di negara Korea pada bulan ini, khidmat ketenteraan ini merupakan latihan ketenteraan mandatori bagi semua golongan lelaki di negara Korea yang berumur 25 tahun ke atas.

4 lagi ahli anggota kumpulan Big Bang yang lain telah menamatkan latihan ketenteraan mereka pada tahun lalu.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 8 Jan 2025
LIFESTYLE Sat, 1 Sep 2018

Whoops…Ini Tanda Kamu Sedang ‘Date A Playboy’

Lelaki Playboy. Pernahkah anda mengenal ciri-ciri Lelaki Playboy ? Jika tidak pernah jom ketahuinya di sini..

Hiburan Thu, 24 Jan 2019

Miley Cyrus Idam Cahaya Mata Tahun Ini

Auwww, mesti comel kan anak Miley & Liam ni nanti?

Hiburan Mon, 3 Jun 2019

ntv7, 八度空间及One FM新闻录影棚开放参观 [报名表格]

配合ntv7及八度空间《校园主播培训营》的活动开跑,电视台也安排了ntv7、八度空间及One FM 新闻录影棚开放参观活动,赶快报名参与!

Hiburan Mon, 8 Dec 2025

Daiyan Trisha Berang Akaun Palsu Sebar Dakwaan Tukar Agama – “Hentikanlah Perkara Mengarut Ini”

Daiyan meluahkan rasa kesal apabila akaun terbabit kembali aktif biarpun sudah beberapa kali digantung

Featured Sat, 10 Sep 2022

“Hidup Yang Banyak Sangat Fitnah” – Aaron Aziz Bimbang Fikir Masa Depan Anak-Anak

Betul tu! bagi ibu bapa ia adalah perkara yang perlu diberi perhatian

error: Content is protected !!