Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida March 18, 2019 @ 8:00am

‘ Skrip Kami ‘Bantai’ Saja’- Shiha Zikir Terkejut Persembahan di BBB 2019 Terima Maklum Balas Positif

‘ Sebenarnya skrip kami semuanya spontan, ikut suka hati kami saja,’ demikian komen penyanyi Shiha Zikir yang terkejut dengan maklum balas netizen selepas melihat kemunculannya di minggu ketiga program Bintang Bersama Bintang 2019, malam tadi.

Shiha yang ditemui sejurus tamat program berkenaan mengakui terkejut ketika dihubungi pelawak Sharif yang memintanya menjadi tetamu jemputan pada minggu ini.

“ Pada awalnya saya terkejut bila Sharif bertanya sama ada saya sudi untuk menjadi guest artist minggu ini.

“ Dia juga menerangkan konsep yang mahu dipersembahankan yang bertemakan Bollywood. Tanpa berfikir lama, saya bersetuju dan anggap tugas ini sebagai cabaran.

“ Sebenarnya apa yang penonton tonton itu semuanya skrip yang kami ‘bantai’ saja. Tak sangka dapat menghiburkan penonton,” katanya.

Tambah Shiha, ini merupakan pengalaman pertamanya berlakon untuk persembahan muzikal dengan menggunakan skrip spontan.

“ Saya pernah terlibat dalam penggambaran beberapa sitkom sebelum ini namun semuanya terikat dengan skrip.

“ Sebaik tamat sahaja persembahan, saya terkejut membaca komen di Instagram yang suka dengan lakonan saya sebagai wanita yang ‘crack’. Maknanya kira menjadilah,” ujarnya.

Shiha atau nama sebenarnya, Nurshiha Mohd Zikir turut berterima kasih kepada Sharif yang mempercayai bakatnya dalam masa sama memberi peluang untuk membuat persembahan komedi.

“ Bila dah cuba baru kita tahu kebolehan kita dalam sesuatu benda itu. Mungkin karakter sebenar saya yang gemar berlawak membuatkan watak saya nampak tidak dibuat-buat. 

“ Kalau ada peluang untuk bawa watak komedi, saya mahu terima dan mencuba lagi,” akhiri Shiha.

Gandingan Shiha dan Sharif di program Bintang Bersama Bintang 2019 (BBB) minggu ketiga membuahkan hasil apabila persembahan mereka dinobatkan sebagai persembahan terbaik sekaligus melayakkan Sharif membawa pulang wang tunai RM 10,000. Tahniah Sharif dan Shiha! 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 5 Oct 2023
Hiburan Wed, 27 Mar 2019

Aina Abdul Kongsi Pengalaman Depresi Dalam ‘Sumpah’

Aina percaya rezeki akan datang kepada sesiapa yang tidak berhenti berusaha!

Hiburan Wed, 4 Dec 2024

Dakwa Jay Iswazir Suami Psiko, Paksa Gugurkan Kandungan… Azzahra Ahmad Dedah 2 Tahun Hidup Derita?

Jay Iswazir didakwa paksa gugur kandungan, Azzahra Ahmad Dedah 2 Tahun Hidup Derita

Hiburan Mon, 16 Feb 2026

Nyanyi Karya Hafiz Hamidun & Fedtri Yahya, Shiha Zikir Angkat Keikhlasan Dalam Lagu Tradisional ‘Minta Ampun’

Shiha Zikir tampil dengan Minta Ampun, sebuah lagu yang membawa mesej tentang makna sebenar memohon maaf.

Events Thu, 23 Apr 2020
Hiburan Fri, 19 Jul 2024

Pernah Ditawar RM100,000 Buat Aksi Kurang Senonoh, Fitri Farok Tak Layan Mesej Lucah Di Media Sosial

Amboi, ramai ek ambil kesempatan nasib baik Fitri tak layan 🔥

Hiburan Mon, 19 Jan 2026

Aedy Ashraf Enggan Ikuti Trend Throwback Tahun 2016 – “Kalau Lupakan Adakah Hidup Akan Jadi Baik Atau Sebaliknya?”

Aedy Ashraf tidak menafikan dia terinspirasi melihat perjalanan hidup orang lain

error: Content is protected !!