Hiburan By: SGMS Faida March 23, 2019 @ 10:37am

‘Mama Masih Ingat Hari Pertama Sambut Arri…’- Sweet Sungguh Ucapan Erma Fatima Untuk Buah Hatinya

Pelakon dan pengarah Mok Cun, Erma Fatima mendedahkan kehadiran anak angkatnya, Arri dalam hidupnya sejak 23 tahun lalu banyak mengubah dirinya.

Sempena ulang tahun anak kesayangannya hari ini, pelakon berusia 51 tahun itu menulis sebuah entri istimewa di laman Instagramnya.

“ Mama masih ingat hari pertama menyambut Arri ke dalam hidup mama, mama telah berikrar pada Allah, mama akan jaga Arri sebaik mungkin sehingga akhir hayat. 

“ Walaupun bukan dari rahim ini tapi kehadiran Arri dalam hidup mama adalah kebahagian dari segala kebahagiaan. 23 tahun Arri bersama mama, bila mama membebel Arri kata mama marah, bila mama sentap, Arri rasa mama emotional.

“ Tapi ada satu rasa yang Arri tak mungkin dapat lihat dari mata kasar…warna yang Arri lukiskan dalam hidup mama selama 23 tahun,” luahnya.

Tambah Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad, Arri telah mencorakkan warna dalam kehidupannya.

“ Warna itulah yang memberi nyawa pada kehidupan mama sehingga hari ini. Nyawa kebahagiaan yang tidak mampu mama beli di mana-mana pun.

“ Andai ada kekurangan dari mama, maafkan mama. Arri adalah Anugerah Terindah dari Allah buat mama,” tulisnya.

Pernah berkahwin dengan pengarah Bade Hj Azmi, Erma becerai pada 17 Ogos 2017 selepas 27 tahun berkahwin.

Erma Fatima memiliki lima anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, Ahmad Arir, Ahmad Aifin, Citra dan Nurain.

Luahan rasa Erma yang sebak itu turut menarik perhatian netizen. Rata- ratanya gembira melihat kejayaan Erma membesarkan lima anak angkatnya dengan begitu baik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 11 Aug 2022

Gara-Gara Video Berunsur L*cah, PU Syed Beri Teguran Buat Aliff Syukri – “Bayangkan Anak Kamu…”

Fikir soal kematian, sedia ke nak tanggung dosa penonton – PU Syed

Featured Tue, 14 Mar 2023
Featured Sun, 9 Jan 2022

Dikecam Kerana Pakai Emas Ketika Tunai Umrah, Ifa Raziah Sangkal Kejian Netizen

Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi, Ifa Raziah, 46, dikecam netizen akibat foto yang dikongsikan ketika menunaikan umrah. Gambar tersebut menunjukkan Ifa sedang berdiri di hadapan Kaabah dan netizen tidak senang duduk apabila melihat barang kemas […]

Featured Wed, 5 Apr 2023