Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Fas July 17, 2019 @ 4:00pm

Kemelut Selesai…Vida Pamer Barang Kemas Untuk Aishah!

Usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida menyerahkan barangan kemas dan berlian kepada Aishah, petang ini.

Vida atau nama sebenarnya Hasmizah Othman bersyukur kemelut di antara dia dan Aishah telah berakhir hari ini.

“Sebagai seorang yang bertanggungjawab, saya berbesar hati memenuhi tuntutan Aishah walaupun sebenarnya ia bukan tuntutan tetapi adalah keinginan asal saya sendiri untuk memberikan sesuatu yang menggembirakan Aishah sebagai Juara program Gegar Vaganza Musim Ke 4,” katanya ketika ditemui di sidang akhbar penyerahan barang kemas kepada Aishah di One World Hotel, Petaling Jaya, Selangor sebentar tadi.

Akui Vida, dia komited dalam isu yang telah berlaku sebelum ini.

“Saya juga telah memberikan peluang yang orang lain tidak tahu iaitu saya telah memberi peluang kepada Aishah untuk memilih sendiri barang kemas berlian di kedai di Bangsar.

“Walaupun sebelum ini pihak saya ada menggantikan dengan barangan berlian lain tetapi saya batalkan kerana barang kemas saya telah undervaluekan oleh Aishah,” katanya.

Oleh demikian, Vida memberi pilihan kepada Aishah untuk memilih sendiri set barang kemas yang diinginkan.

“Ini pilihan yang telah dipilih Aishah. Jujurnya saya tidak menyangka barang kemas dan berlian sebegini dipilih.

“Tetapi tak mengapa kalau pilihan ini yang dapat memuaskan dan menggembirakan hati Aishah,” ujarnya

Menerusi sidang akhbar tersebut, Vida memasukkan dua batu berlian 1 karat potongan bulat bernilai RM 27,100 dan 0.70 karat berlian potongan `puteri’ bernilai RM12,920 ke balang makanan ringan produk miliknya.

Selain berlian, Vida turut menunjukkan tiga cincin berlian berwarna emas kekuningan bernilai RM20,820, cincin emas putih (RM11,410) dan emas putih ‘mounting’ (RM7,750).

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Tue, 25 Mar 2025

Mahukan Kelainan… Penerbit Angkat Naskhah Adik Beradik, Tampil Elemen Thriller Dalam Rahsia Kelabu

Jaja Ishak mengangkat nashkah hubungan adik beradik dalam telefilem Rahsia Kelabu.

Featured Sat, 26 Jul 2025
Hiburan Sat, 31 May 2025
Featured Tue, 14 Oct 2025

Sarat Peringatan Yang Hebat, Abby Abadi Suka Nasihat Ayah Amira Othman – “Ayah Macam Ni Lah Yang Buat Anak Terdidik Dengan Baik”

Kata Abby, kata-kata yang keluar dari mulut bapa kepada penyanyi itu sarat dengan peringatan yang hebat.

Hiburan Sat, 17 May 2025
Hiburan Thu, 18 Jul 2019

Congrats BTS for Making into Time’s 25 Most Influential People on the Internet for the Third Time!

BTS once again proves music can break borders! A huge congratulations for the success!

error: Content is protected !!