Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Fas July 24, 2019 @ 1:48pm

PU Riz ‘Anak Emak’ ke?

Pendakwah popular, PU Riz mengaku akan akur dengan pilihan ibunya dalam soal jodoh.

Menurut Riz yang kini mengusahakan sebuah restoran, dia mahu mendapatkan restu ibu sebelum mengahwini mana-mana wanita yang bakal mengisi hatinya kelak.

“Banyak benda yang saya ikut cakap mak, semuanya menjadi. Kalau mak tak berkenan mungkin saya akan bersedih tetapi mak adalah segalanya bagi saya.

“Saya akan berkahwin dengan wanita itu jika mak beri restu. Yang pasti, saya akan membawa wanita yang menepati kriteria seperti mak mahukan,” katanya ketika ditemui di restoran miliknya di Food Station berhadapan dengan pusat beli belah Nu Sentral, Kuala Lumpur.

Dalam masa sama, dia tidak kisah sekiranya masyarakat melabelnya sebagai seorang yang ‘anak emak’.

“Dalam Islam, hidup bagi seorang anak lelaki, keutamaan nombor satu adalah pada ibunya. Manakala bagi wanita, keutamaan nombor satu adalah suaminya.

“Apa sahaja yang berlaku, emak segalanya bagi saya. Dalam Al-Quran juga menyebut mengenai seorang mak lebih dari empat kali.

“Namun begitu, sekiranya sudah sampai jodoh saya akan berusaha mewujudkan keharmonian keluarga dalam rumah tangga. Dalam masa sama saya akan sayang ibu dan isteri. Insha Allah,” katanya yang masih berahsia dalam soal jodoh.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 22 Feb 2024
Featured Wed, 24 Aug 2022
Featured Mon, 10 Apr 2023
Hiburan Sat, 29 Mar 2025
Featured Sat, 13 Aug 2022

‘Digam’ Lepas Video Aksi Panas Tular Di Bigo, Natasha Elyzza Akui Lebih Matang & Memilih Kawan – “Memang Masa Muda Saya Seperti Monyet”

Setiap orang takkan lari daripada buat kesilapan. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Life must go on right? 😙

Featured Fri, 2 Dec 2022
Featured Tue, 19 Dec 2023
Featured Mon, 6 Oct 2025

Riena Diana Nekad Dalami Ilmu Agama, Akui Keith Foo Suka Lihatnya Bertudung!

Riena mengakui sedikit takut dan gementar apabila sering diajukan soalan mengenai isu tersebut

error: Content is protected !!