Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal July 31, 2019 @ 2:00pm

Bakal Kahwin Tahun Depan, Zara Zya Tak Harap Ditaja

Meskipun perancangan untuk mendirikan rumah tangga terpaksa ditunda ke tahun hadapan gara-gara jadual kerja terlalu padat, pelakon Zara Zya mengakui, dia dan kekasihnya, Hafreez Adam tetap berusaha merealisasikan impian suci mereka.

Zara, 34, berkata, dia dan Adam, 29, tidak pernah main-main, terutama dalam hal berkaitan perkahwinan, namun kesibukan kerja membuatkan segala persiapan tidak mampu diuruskan dalam masa terdekat.

“Adam sedang menghabiskan penggambaran drama 80 episod, Puteri Yang Ditukar, disusuli sebuah lagi drama 30 episod.

“Saya pula sedang menjalani penggambaran drama 20 episod, Elegi Mamat Romantik, arahan Harris Fadzillah.

“Rezeki yang ada ini, kami kumpul untuk berkahwin nanti. Kami tidak mahu mengharapkan tajaan, malah selesa jika majlis kami nanti hanya ringkas.

“Jika boleh, kami mahu menggunakan duit sendiri, tanpa tajaan mana-mana pihak,” katanya.

Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin berkata, dia dan kekasihnya tidak kisah menangguhkan majlis perkahwinan mereka kerana enggan terburu-buru menaiki pelamin.

“Bagi saya, tidak lari gunung yang dikejar. Saya juga tidak pernah memaksa Adam, malah memberinya ruang terlebih dahulu menyelesaikan tanggungjawab.

“Saya bagaimanapun, tidak menafikan, perasaan resah semakin memuncak, biarpun perkahwinan dijangka berlangsung tahun depan.

“Saya risau apabila kerap diasak persoalan, bila mahu berkahwin? Kerja pula tidak pernah habis. Selain berlakon, saya sibuk menguruskan beberapa perniagaan, termasuk restoran dan produk pelangsingan badan,” katanya.

Wanita kelahiran Lenggong, Perak itu berkata, dia bersyukur hubungannya dengan Adam tidak berdepan masalah, biarpun mereka jarang bertemu dan keluar bersama.

“Hubungan saya dan Adam bukan seperti pasangan kekasih lain, yang selalu bertemu dan meluangkan masa bersama. Kalau jumpa, itu pun hanya untuk makan-makan.

“Dahulu, saya ingatkan Adam hanya bergurau apabila meluahkan hasrat mahu bertemu ibu bapa. Tetapi, dia betul-betul ikhlas dalam perhubungan kami.

“Sebelum ini, saya tidak fikir dia serius kerana kami jarang keluar berdua. Saya dan Adam hanya betul-betul bercinta selepas kami berkahwin nanti,” katanya.

Zara juga percaya, apabila berjauhan dan jarang bertemu, ia menimbulkan perasaan rindu yang mendalam di jiwa.

“Jika selalu bertemu, cepat pula rasa bosan. Kami lebih selesa dengan keadaan sekarang. Jarang bertemu bukan bermakna kami tidak serius dalam perhubungan.

“Saya sukakan Adam kerana kematangan dan sikapnya yang mengutamakan keluarga. Adam bukannya lelaki yang suka melepak tidak tentu hala.

“Setiap kali berbual, kami akan berbincang soal masa depan, bukan borak kosong. Dia juga kelakar dan kuat mengusik, selain romantis,” katanya yang dicalonkan dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH 32).

Kredit: Berita Harian Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 27 Mar 2018

Siti Alami Kehilangan Banyak Darah!

‘Seharian saya berada di wad bersalin di bawah pengawasan doktor sebelum dipindahkan ke wad biasa.” – Siti Nurhaliza

Featured Thu, 5 Jan 2023

“Tak Adil Menilai Saya Jika Tidak…” – Siti Khadijah Halim Dituduh Sombong?

Kena kuat kalau jadi selebriti ni kan? Semoga bertabah Siti

Hiburan Tue, 6 Jun 2023
Featured Tue, 25 Oct 2022
Featured Thu, 31 Mar 2022
Hiburan Tue, 26 Dec 2023

Usah Berharap Kepada Anugerah & Populariti, Bell Ngasri Ingatkan Bakat Baharu Agar Utamakan Kualiti Hasil Kerja

“Jangan cuba fikirkan untuk raih anugerah dan dapatkan sesuatu” – Bell Ngasri

Hiburan Wed, 12 Jun 2024
Hiburan Fri, 22 Nov 2019

Eina Azman Bawa Pembantu Menunaikan Umrah

Semoga peroleh umrah yang mabrur!

Hiburan Tue, 13 Aug 2019
error: Content is protected !!