Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 September 3, 2019 @ 7:59pm

Aliff Aziz dan Kontroversi Berpisah Tiada

Penyanyi yang berasal dari Singapura ini tidak habis-habis dilanda kontroversi. Dahulunya, kontroversi rumahtangga  Aliff Aziz (28 tahun) yang didirikan dengan Bella Astillah pada 9 September 2016 kecundang apabila dia telah beberapa kali ‘kantoi’ berlaku curang tehadap isterinya dan pelbagai gambarnya dengan wanita-wanita lain dalam keadaan yang mencurigakan muncul di media sosial. Akhirnya Bella yang mempunya seorang anak berusia 2 tahun hasil perkahwinannya dengan Aliff, mengambil keputusan untuk bercerai dengannya pada 16 Mei lalu.

 

Pagi ini, netizen digemparkan lagi dengan berita dakwaan terhadap Aliff Aziz di mahkamah Singapura atas dua tuduhan mencuri pula! Menurut Berita Harian Singapura, Aliff didakwa mencuri wang pelakon Indonesia, Raja Yunika Perdhana Putri sebanyak $300 dolar Singapura (RM908.50) dan 1 juta rupiah (RM297). Kejadian itu didakwa dilakukan oleh penyanyi lagu Sayang-Sayang itu dalam sebuah bilik di Studio M Hotel di 3 Nanson Road antara 12 dengan 3 pagi pada 7 Jun lalu.  

 

Foto Iqbal Faizal untuk Berita Harian Singapura

 

Baca:https://www.xtra.com.my/ms/category/featured/posts/tak-serik-artis-kelahiran-singapura-tu-buat-hal-lagi

 

Bukan itu sahaja, penyanyi itu juga didakwa mencuri sekotak rokok dan pemetik api bernilai $15.60 (RM47.25) milik seorang individu benama Gurwinder Singh di kafe Starbucks di Plaza Singapura pada 6 Ogos 2018 sekitar 4.45 pagi. 

 

Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz telah dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak $5000 dolar Singapura (lebih kurang RM15 000) dan perbicaraan akan disambung pada 1 Oktober ini. 

 

Kalau ada masalah kewangan, seelok-eloknya bawa lah berbincang dengan ahli keluarga terdekat dan sahabat yang rapat. Mungkin mereka mampu membantu sedikit sebanyak. Kalau dah kena tangkap dan di dakwa mencuri ni siapa yang malu? Mereka dan keluarga mereka! (Siapa pernah tengok Ringgit Kasorga, mesti ingat dialog yang dipopularkan oleh Deana Yusof ni)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 3 Apr 2023
Contest Mon, 25 Oct 2021

Kamal Adli & Ain Edruce Hos Baru Program Lagu Cinta Kita Musim Ke-3!

Diadaptasi daripada program popular CJ ENM, ‘Love At First Song’, program ‘hybrid music dating’ yang dinamakan sebagai Lagu Cinta Kita versi Malaysia kini kembali untuk musim ke-3 (LCK3). Bersiaran selama 8 episod, LCK3 akan menampilkan […]

Drama Mon, 17 Feb 2020
Selebriti Wed, 29 Nov 2023
Featured Mon, 13 Jan 2025

Amira Othman Perjelas Dakwaan Bercinta, Mengaku Hanya Tumpang Populariti Fattah Amin

Hubungan mesra yang terjalin antara dirinya dan Fattah hanyalah atas urusan kerja sahaja.

Featured Mon, 16 Jan 2023

Duan Naga Bogho Angkat Martabat Jati Diri Orang Kelantan

Cerita ni best! wajib tengok okay….👍👍👍

Hiburan Tue, 26 Aug 2025

Keith Foo Syukur Jumpa Calon Sesuai, Riena Diana Dapat Restu Anak

Keith Foo syukur Riena Diana rapat dengan Skylar

error: Content is protected !!